Masalah jerawat kucing

Tinggalkan Ulasan
Jerawat kucing

Apabila kucing meningkat dewasa, kadang-kadang berlaku juga jerawat di bahagian mukanya.

Sebagaimana manusia, banyak punca yang mendatangkan jerawat pada kucing.

Pemakanan, hormon, alahan, bakteria dan kebersihannya mempengaruhi pertumbuhan jerawat.

Kadangkala kita akan nampak kudis kering pada bahagian dagu kucing atau doktor akan menemui luka jerawat semasa melakukan pemeriksaan fizikal.

Bagaimana jerawat berlaku?

Jerawat bintik hitam atau putih ini boleh diperhatikan di sekitar bibir bawah atau pada dagu kucing.

Liang-liang kulit yang tersumbat ini boleh dijangkiti bakteria lalu bengkak nanah, yang dipanggil pustul.

Bengkak nanah ini boleh pecah dan kering, atau boleh membesar dan menyebabkan ketidakselesaan.

Bila jerawat akan muncul?

Boleh jadi kita yang lebih rimas terhadap jerawat ini berbanding kucing itu sendiri.

Berbeza dengan manusia, jerawat pada kucing tidak dicetuskan oleh kematangan atau baligh.

Dan jerawat ini juga tidak sunyi dalam kehidupan kucing, tak kira walaupun kucing tua.

Bahkan ia lebih banyak muncul pada kucing tua kerana mereka sudah jarang membersihkan diri apatahlagi bahagian dagu antara kawasan yang susah dicapai kucing.

Jerawat boleh muncul sekali sahaja, atau boleh muncul berulang-ulang dan lama.

Namun jangan risau kerana ia tidak menjangkiti manusia atau kucing lain.

Apakah punca-punca jerawat?

Sesetengah mangkuk makanan atau air yang diperbuat daripada plastik tak bermutu boleh menyebabkan jerawat kucing.

Tindakbalas kimia hasil sentuhan makanan dan plastik itu, kemudian bersentuh pula dengan kulit kucing, menghasilkan jerawat.

Secara peribadi saya lebih selesa dengan mangkuk seramik.

Tetapi, yang pastinya, bekas makanan tidak dibasuh baik akan menyebabkan himpunan saki-baki minyak dan apabila berpindah ke kulit kucing akan menyebabkan liangnya tersumbat.

Ada sesetengah kucing gemar menenggelamkan dagunya ketika menikmati makanan.

Jika kucing anda begini sikapnya, anda hanya perlu tukarkan mangkuk itu kepada yang lebih besar atau pinggan yang lebih rata supaya tidak banyak sentuhan berlaku antara makanan dan dagunya.

Bagaimana mengubat jerawat kucing

Untuk kes-kes kecil, anda sabun dan bilas dahulu dagu atau kawasan jerawat kucing. Sabun antibiotik pun boleh digunakan.

Kemudian titiskan sedikit madu dalam segelas minuman. Kacau rata dan sapu bersihkan dagu kucing setiap hari.

Ini akan membuka liang kulit dan mengeluarkan bintik-bintik hitam, selain menanggalkan minyak-minyak yang melekat pada pangkal rambutnya.

Kalau rajin boleh beli hidrogen peroksida di kedai. Saya guna madu sahaja.

Bagi kes yang sederhana, anda perlu dapatkan krim jerawat. Kandungan aktifnya benzoil peroksida, BPO.

Jangan guna krim jerawat manusia kerana kadar BPO terlalu tinggi. Untuk kucing, BPO hanya 2.5% sahaja.

Jika anda tidak berkongsi rencana ini
seekor kucing tidak akan dapat tidur nyenyak :(

© AlamKucing.com
Sila hormati dasar Hakcipta dan Penerbitan Semula kandungan laman ini.

Lazada Pets

0 ulasan:

Catat Ulasan