Muntah dan bebola rambut kucing

2 ulasan
Kucing menuntahkan bulunya

Pernahkah anda melihat kucing memakan rumput, dan beberapa ketika kemudian memuntahkannya kembali?

Muntah yang terhasil biasanya berwarna jernih, berbuih, rumput tak hadam dan beberapa helai bulu di dalamnya.

Bulu yang dimuntahkan itulah dipanggil bebola rambut. Ia bukanlah berbentuk bola pun.

Ada juga memanggilnya sebagai muntah rambut atau muntah bulu.

Bagaimana bebola rambut terhasil

Semua kucing boleh mempunyai bebola rambut dan ini berlaku semasa kucing membersihkan dirinya.

Sebahagian kecil bulu akan ditelan secara tak sengaja oleh kucing, dibawa masuk ke perutnya.

Rambut ini jika tak dimuntahkan akan dipindahkan melalui salur usus, sebelum dikeluarkan bersama najisnya.

Perkara ini normal melainkan bulu itu bergumpal dan menyekat salur usus. Hal ini berlaku jika terlalu banyak bulu ditelan.

Bolehkah bebola rambut dikurangkan?

Membersihkan muntah kucing bukanlah perkara yang seronok. Apatah lagi kucing akan muntah di mana tempat yang dia mahu.

Lagipun, jika bulu itu tersumbat di salur usus, sembelit pula akan berlaku.

Berita baiknya ialah bebola rambut ini boleh dikawal dan kucing akan jarang-jarang muntah.

Makanan kucing berformula

Sekarang sudah banyak jenama makanan yang didatangkan dengan formula bebola rambut (hairball formula).

Makanan begini ditambahkan dengan serat psilium yang boleh melonggar atau memecahkan gumpalan yang berlaku dalam usus.

Banyak sangatlah jenamanya, pilihlah yang mana berkenan di mana labelnya tertulis hairball formula.

Atau anda beli sendiri psilium ini di kedai-kedai farmasi, biasanya dengan jenama Metamucil.

Minyak zaitun

Ini hanya digunakan ketika perlu sahaja. Jika kucing sembelit, campurkan 1/4 sudu kecil minyak zaitun ke dalam makanannya.

Minyak zaitun ini tidak memberi zat kepada kucing tetapi melicinkan pergerakan ususnya.

Jangan beri lebih-lebih nanti cirit-birit! Jika anak kucing, beri setitis dua sahaja.

Tisu bayi lembap

Jenama seperti Huggies Baby Wipe, Johnsonn atau jenama farmasi seperti Guardian dan lain-lain boleh digunakan untuk mengurangkan bulu gugur.

Selepas anda memberus kucing, lapkan tisu ini ke serata tubuhnya untuk menangkap mana-mana bulu gugur yang terselindung.

Saya rasa membazir beli tisu begini untuk mengelap tubuh kucing tapi inilah cara yang senang kerana ia boleh dibuang begitu sahaja.

Kain mikrofiber

Ini cara kegemaran saya. Saya tak guna makanan berformula dan tisu khusus.

Anda boleh beli kain mikrofiber yang banyak dijual di pasaraya. Tak perlu berjenama pun.

Carilah yang panjang sikit supaya senang digulung pada tapak tangan.

Selepas selesai menyikat dan memberus kucing, lapkan kain ini ke serata tubuhnya. Bulu-bulu yang tertanggal akan melekat pada kain mikrofiber.

Anda boleh lembabkan kain ini tapi saya lihat lebih banyak bulu dapat ditangkap jika kainnya kering.

Kelemahan kain ini ialah apabila hendak membersihkannya. Leceh jugalah hendak buang bulu-bulu yang melekat padanya.

Tapi ia boleh digunakan berulang-ulang kali.

Jika anda tidak berkongsi rencana ini
seekor kucing tidak akan dapat tidur nyenyak :(

© AlamKucing.com
Sila hormati dasar Hakcipta dan Penerbitan Semula kandungan laman ini.

2 ulasan:

  1. Having read this I thought it was rather informative. I appreciate you taking the time and energy to put this informative article together. I once again find myself personally spending a significant amount of time both reading and posting comments. But so what, it was still worth it! capitalone.com

    BalasPadam
  2. Whether or to never apply for a home financing is probably one with the most important financial decisions in the person's life. mortgage calculator On top of the, you have to shop to the lowest type of home loan to save money on interest charges. canadian mortgage calculator

    BalasPadam