Hukum Memandulkan Kucing Dalam Islam

22 ulasan
Tukul mahkamah

Islam adalah agama yang sempurna dan tidak ada suatu pun dalam kehidupan ini yang tidak disentuh oleh Islam. Begitu juga dengan hal memandulkan/kembiri/kasi kucing peliharaan. Fatwa dan hukum yang berkaitan telah lama ditetapkan oleh ulama seluruh dunia.

Saya bukan pakar dalam penentuan hukum agama, tetapi saya hanya mengguna pakai apa yang telah ditentukan oleh mereka.

Sudah tentu mereka telah merujuk kepada nas-nas yang jelas sebelum membuat keputusan mengenainya. Saya harap catatan ini akan dapat memberikan penjelasan bagi mereka yang masih ragu-ragu mengenainya.

Khilaf di kalangan Ulama

Pertamanya, terdapat khilaf atau perbezaan pendapat di kalangan ulama dalam hal binatang peliharaan. Jika ianya binatang ternakan, kebanyakan ulama berpendapat ianya adalah harus untuk mengkasikannya bertujuan untuk melembutkan dagingnya.

Bagi binatang peliharaan, ada yang menegah (atas sebab-sebab tertentu), namun ada juga yang membenarkannya, iaitu dari pendapat Imam Hanafi (juga atas sebab-sebab tertentu).

Maka kita boleh bertaklid kepada pendapat yang membenarkan perbuatan mengembiri kucing peliharaan, atas sebab menjaga hubungan baik dengan jiran serta kesihatan kucing, dengan syarat pembedahan itu tidak akan membahayakan nyawa kucing itu sendiri.

Pernyataan di atas adalah kesimpulan yang boleh diperoleh di IslamOnline.com, pada pautan itu juga anda boleh melihat perbezaan pendapat di kalangan ulama dalam pelbagai mazhab.

Therefore, we say that if there is some benefit in neutering the cat and if that will not cause its death, then it is permissible.

Fatwa Jakim Mengenai Mengembirikan Binatang Peliharaan

Jakim telah pun mengeluarkan satu ketetapan pada tahun 2002, yang menyebut :

Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah.

All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community.

After studying the messages of the aforementioned mazhab's and the medical viewpoint, JAKIM has decided that neutering of cats for reasons of 'maslahat' is acceptable. It is in agreement with 'qaedah' (way) Fiqhiyyah which states "To choose the lesser of two evils".

Tapi Masih Ada Yang Kata Haram?

Memanglah, kan telah diterangkan tadi bahawa ada pendapat yang mengharuskannya, dan ada juga yang mengharamkannya.

Jika ada terdengar ustaz yang berkata ianya adalah haram, maka fahamlah bahawa dia bertaklid kepada pendapat yang mengatakan ianya adalah haram.

Tetapi haram di sini bukanlah mutlak untuk semua orang, kerana terdapat khilaf di kalangan ulama. Ia bukanlah ijma' ulama atau sepakat di kalangan ulama.

Jika anda berpegang kepada pendapat yang mengatakan ianya haram, tidak mengapa. Tetapi anda tetap perlu menjaga hak jiran anda.

Jangan pula jika jiran anda bertanya kenapa tidak dimandulkan kucing jantan itu (kerana kucing anda kencing pada pasu bunganya), anda hanya pandai menjawab, "HARAM!".

Jika diminta oleh jiran, anda perlu membasuh kesan kencing itu sehingga hilang, kerana itu adalah haknya.

Dan percayalah, kucing jantan yang tidak dimandulkan, pasti akan memancut untuk menanda kawasannya.

Cumanya, dalam suasana di Malaysia ini anda lihatlah sendiri keupayaan kita untuk menjaga kucing masing-masing. Besar sangatkah rumah di Malaysia ini?

Kucing memerlukan sekurang-kurangnya 3 blok rumah sebagai sempadan minimum untuk kawasannya. Mana nak cari? Melainkan kawasan rumah anda sememangnya sangat luas dan sahih perlakuan kucing anda tidak akan mengganggu jiran.

Saya harap anda telah jelas dengan masalah ini. Di sana-sini masih ada lagi yang ragu-ragu untuk memandulkan kucing mereka.

Melainkan anda tinggal di kampung di mana rumah jiran terdekat berjarak 100 meter, dengan halaman yang luas, dan tidak ada kucing terbiar di situ, maka munasabahlah untuk anda ragu-ragu.

Tetapi jika anda tinggal di rumah teres, seperti kebanyakan kita, apatah lagi di pangsapuri, sudah cukup jelas bahawa hukumnya telah menjadi harus.

Anda tidak tinggal seorang diri di perumahan itu. Selang beberapa langkah sahaja sudah bertemu dengan rumah jiran. Beberapa tapak sahaja sudah ada kucing mengiau meminta makanan.

Sepertimana saya pernah sebut sebelum ini, masalah kejiranan bukan perkara yang boleh dibuat main-main.

Kesimpulan

Hukum mengembirikan binatang peliharaan ialah samada haram atau harus. Ia menjadi harus apabila cukup syaratnya.

Harus, bukan untuk memuaskan hati anda, tetapi untuk menjaga hubungan baik dengan jiran, kesihatan kucing serta manfaat lain, selagi mana pembedahan itu tidak membahayakan nyawa kucing itu.

Sekarang ini sudah banyak klinik kerajaan meletakkan notis fatwa Jakim mengenai pengembirian.

Jika pada peringkat ini pun masih was-was, anda boleh berhubung sendiri dengan Jakim atau majlis fatwa di negara masing-masing.

Jika anda tidak berkongsi rencana ini
seekor kucing tidak akan dapat tidur nyenyak :(

© AlamKucing.com
Sila hormati dasar Hakcipta dan Penerbitan Semula kandungan laman ini.

22 ulasan:

  1. ermm, yg kata 'haram' tu, mesti diorang x rujuk ustaz. mungkin mereka tak faham yg kita bukan menyakiti haiwan, tapi membantu mereka, rasanya kucing2 ni lagi suka dikembiri coz tak risau dah nanti anak2 diorang kena lanyak kereta atau digigit anjing...

    BalasPadam
  2. ramai umat islam skrg ni yg tidak tahu hal ini kerana mereka hanya merujuk satu sumber sahaja.islam bukanlah agama yang kejam. kebanyakan apa saja yg kita buat NAWAITU kita mestilah betul. berdosa jika kita mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram.

    BalasPadam
  3. hai felis,

    sy nk minta la pendapat awk...mn lebih bagus/baik, bela kucing jantan atau bela kucing betina?

    BalasPadam
  4. Salam semua, aku pernah dibelasah 'kau2' pasal haram2 nih. Yg ckp tuh bjanggut lg. Depa tuh semua ckp kucing2 ni kesayangan nabi & para sahabat tapi bila aku tanya ada ke diaorg jaga kucing2 tu sama mcm nabi & shbt2 jaga... alam jadi sunyi sepi.. hehe..

    Kesalahan utama tuan kucing:-
    1) Curi makanan n selongkar tong sampah (kucing tu dah kebulur LAPAR..)

    2) Najis merata2 (kucing tu xpernah diajar buang najis setempat)

    3) Berpenyakit (kutu, kurap & demam) n kena lenyek kete (semangat jaga mula2 je.. dah branak pinak xkuasa nk jaga, kasi makan anak sendiri lg bagus..)

    So, korang ingat bdosa x apa yg korang buat tuh..?? Dosa apa yek.. kalu anak org pun bole campak dlm tong.. hehe.. wokeh cau lain kali plak.. hehe..

    BalasPadam
  5. Salam tuan blog, minta izin berkongsi perkara ini kat kawan2 sy melalui blog sy. tQ.

    BalasPadam
  6. salam tuan punye blog. nk mntk izin kongsi gak kt blog terbru kelab kt universiti saya nanti yep!

    BalasPadam
  7. blog yg bagus...fiqh perubatan haiwan...sebenarnye kat malaysia kita kurang terdedah dgn info mcm nie..hrp dpt buat 1 rancangn khas untuk kucing kat tv dr mereka yg berpengalaman seperti anda.xnk buat video post kat youtube ke..?cthnye keadaan kucing yg dtg kat klinik anda dan bagaimana utk merawatnya atau mengatasi ke..really appreciate.

    BalasPadam
  8. Kadang-kadang saya rasa sangat bersalah kerana mengkasi kucing saya, seperti menyekat dia daripada punyai anak. Tapi itu bukan niat saya, yang sebetulnya saya cuma mahu mengelak daripada berlaku terabainya anak-anak kucing. Kucing bila beranak anaknya banyak dan saya tidak punya masa yang cukup untuk memberi perhatian terhadap mereka nanti.

    BalasPadam
  9. Salam semua...sy da sekor kcg..betina..dah wat t/janji ngan dr haiwan nak wat pembedahan kat kcg tu esok(15/04/11)...tp confius sgt2...cb search kat internet n nk tau tau hukum hakam wat pmbdhan neh...akhrye lga sgt2 sb dah dpt kputusannya...esok my chiki akan dibedah...hope x de pe2...

    BalasPadam
  10. thank 4 the article,
    ia menjawab all my doubt,
    cause i dah ader experiance semua kucing kene buang ngan mum,
    mule dulu ade kcg jantan,
    then jumpa kucing betina bwk blk start beranak 7 lak tu,
    masa tu pas satu,satu kene bagi org
    then my cat yg jantan start tanda kawasan, yg betina start heat jer terkucil n terberak, die jadi lupe2 toilet die...pastu at last semua my mum buang,
    sedih sgt rasa cam kehilangan,sunyi je,
    now just jumpa one kitten betina n i take n jaga kat umah my bf,
    n we think to vacinate her n spay her so we can concerntrate on her....it 4 her own good
    cause kat around the area byk kucing jantan n selalu singah2 kat pintu,,,termasuk nyanya kucing i,,,

    BalasPadam
  11. Encik anjut yg bijak sana lagi hebat hebat pasal agama..bkn kami x rujuk ustaz..tp kucing juga makhluk kejadian Alah S.W.T..mereka walaupon haiwan ada perasaan n nafsu!..jikalau encik anjut dikembirikn..pikir la erk perasaan makluk lain..kalu kamu ader hati dan perasaan la..
    hukum harus adalah disebabkan oleh fahaman2 para ulama..dan byk lg pahaman2 lain!~~ yg penting igt segala perbuatan kamu adalah bergantung pada Nawaitu kamu!~~
    salam!~~

    BalasPadam
  12. haha,sapa yg nk kasi kucing tu..pikir baik2 bro..lebih2 kalo korg xde anak g...xpsl2 jd mmber aku,suka kucing tp bela bantai dikasinyer..balasan tuhan smpai skrg xder anak...aku mmg syg kucing laki bini & bela dr belum kawin smapai skrg tp anak xder g tp kami xpenah kasi kucing yg berbelas2 ekor tu,layan je kebajikan diaorg baik2....jiran2 yg peel mcm babi abaikn...skrg kami dh 5 taun kawin,merancang tau bukan mandul...dh ready nk anak skrg dpt dah,alhamduruillah...pikir2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn disebabkn awk ada anak ,awak nk kata mcm2 kt org x der anak. Rezeki Allah yg bg dan kalau Allah nk tarik bila2 masa je. Jgn riak bila berckp walaupn awak x sngaja nk berbangga2. Manusia slalu buat silap dan Allah juga maha pengampun. Tindakan awak menggambarkn jiran2 berpeel mcm babi pn berdosa jgk. Org len bela kucing jgk sayang sampai bwk kebilik tido even sakit dukung bwk g spital..dan klu blom rezeki mmg blom ada la.

      Padam
    2. Maaflah..rsenya fahaman awk ni dah memang menyimpang. Sy pun tak pernah lagi nk memandulkkan kucing2 sy tp bila baca ape yg awk tulis, memang nampak sngat keriakkan dlm diri tuh. Dalam islam sendiri dah ajar Jangan Sakitkan Hati jiran! Sampaikan sesiapa yg menyakiti hati jiran akan dihakimi dulu bila tibanya hari pembalasan. Boleh awk ckp abaikan jiran yg peel mcm b***? Ayat pun dh melambangkan bertapa kotornya hati awk. Tahniah, Allah swt berikan rezeki seorng anak utk awk. Tp ingat, jgn sampai riak mnguasai diri dan Allah swt tarik balik rezeki yg diberi ini.

      Padam
  13. kpd anonymous 26/11/11..

    skiranya brlaku pula ssuatu pd saudara, sape pula yg nk mmberi makan brbelas2 eko kucing peliharaan awak laki bini tu? idak ke nnti tong sampah jiran2 yg mnjd mangsa.. atau jiran2 yg xtahan mncampakkannye mrata2 trmasuk kt restoran & tmpt mkn?

    BalasPadam
  14. salam...sy nak tahu apa hukum jual beli kucing dan hamster sebagai haiwan peliraan sebb minat? sy masih konfius tentng masalah ini....terima kasih..

    BalasPadam
  15. salam...saya nak tanya...sekiranyakita mandulkan kucing ada ke kene bayar zakat ke..dam ke...sekadar bertanya sebab saya memang kurang ilmu agama...takut disoal kat akhirat nanti kalau ada perkara yang tertinggal...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dam utk kesalahan haji, zakat utk sucikn harta.. soalannya: kucing tu ape?kesalahan hj ke harta? Hihi

      Padam
  16. Cm na klo kucing 2 yg kembiri kamu.. Apa prasaan kmu.. Hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pada peringkat ini, perasaan jiran lebih mustahak.

      Padam
  17. Saya ada lbh 52 ekor skrg ni. Kebanyakkn yg betina saya spay. Semuanya kucing yg orang buang disekolah..kedai..tepi jalan..pasar mlm dan ada juga yg orang buang dpn rmh...kalau saya x spay..kucing2 tu akan membiak..kos spay, sangkar, ubat-ubatan dan makanan akan mmbebankn saya dan suami. Jadi saya mengambil keputusan utk spay yg betina supaya saya dpt mnjaga kebajikan 'anak2' saya tu selama mana yg saya mampu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 52 ekor kucing.

      Terima kasih, anon. Saya secara jujur saya tak mampu jaga sebanyak itu. Sebab tu saya 'geram' jika kucing tak dimandulkan.

      Mujurlah di Malaysia ni Tuhan bagi rahmat, diberikan orang-orang macam awak yang sanggup menjaga kucing-kucing terbiar tu.

      Padam