Panduan Mengembirikan Kucing Jantan dan Apa Anda Perlu Tahu

17 ulasan
Kucing terlalu banyak

Cara terbaik untuk mengawal jumlah pembiakan kucing adalah dengan mengkasikan kucing jantan anda. Tetapi ianya hanya berkesan jika kucing betina juga dimandulkan kerana jika tidak, akan ada kucing jantan lain menaikinya.

Telah dibincangkan sebelum ini hukum memandulkan kucing dan adakah benar ianya zalim atau menindas. Hampir tidak ada sebab mengapa kita tidak melakukannya, melainkan jika anda seorang pembiak baka atau tinggal di rumah seluas dua ekar.

Apa itu neuter?

Neuter atau Okidektomi yakni kembiri ialah pembedahan di mana kedua-dua buah zakar akan dibuang. Pembedahan ini tidak begitu sukar dan lukanya tidak dalam, malah kucing boleh balik ke rumah pada hari yang sama.

Dengan membuang buah zakar, hormon testosteron tidak akan dihasilkan oleh badan kucing. Testosteron inilah yang memberi sifat & kelakuan berikut:

  • Bau tengik dan hancing pada air kencing kucing jantan.
  • Kerangka muka yang menonjol dan lebar.
  • Kulit yang lebih tebal.
  • Aktif mempertahankan sempadan kawasan.
  • Menanda kawasan dengan semburan merata-rata.
  • Bersikap agresif, cenderung untuk bergaduh dengan kucing lain.
  • Cenderung untuk merayau jauh dari rumah.

Ramai yang merungut dengan situasi kucing jantannya memancut di sana-sini. Jawapannya ialah neuter menyelesaikan masalah ini 80-90%.

Kelakuan menyembur adalah sifat menanda kawasan, selagi kucing tidak dikasi, selagi itulah dia akan menyembur.

Masalah-masalah yang disenaraikan, termasuk beberapa lagi akan selesai atau berkurang secara mendadak jika kita melakukan pengembirian.

Ia turut menghalang penyakit kanser testikel dan risiko menghadapi masalah prostat juga akan berkurang.

Adakah neuter akan mengubah personaliti kucing?

Tidak, melainkan mengurangkan kecenderungannya untuk merayau jauh, seksual, perilaku agresif dan sempadan kawasan melalui semburan.

Kucing akan menjadi lebih dekat dengan tuannya dan suka ditemani manusia, kurang merayau jauh atau terlibat dalam pergaduhan.

Kasi tidak akan mengubah sifat memburu kucing anda. Manfaat daripadanya tidaklah dapat dilihat serta-merta, jika anak kucing yang belum matang dikembirikan mungkin anda melihat tidak ada apa-apa perubahan.

Tetapi ini dapat menghalang masalah perilaku dan bau yang kurang menyenangkan di masa hadapan.

Jika kucing anda telah baligh dan anda mengkasikannya, ubahan perilaku dan bau dapat dilihat dalam beberapa minggu disebabkan tahap testosterone masih ada, dan berkurang sedikit demi sedikit.

Pengembirian juga tidak merosotkan keupayaannya untuk mempertahankan diri daripada serangan kucing lain. Ada peminat kucing yang risau kalau-kalau kucingnya akan dibuli setelah dikasi.

Itu tidak benar sama sekali kerana baik kucing utuh atau kasi, kedua-duanya akan tetap melawan dan mempertahankan diri andai diserang.

Bila perlu neuter

Secara amnya, pada umur 6 bulan, sebelum kucing mencapai kematangan seksual. Pada peringkat ini, kucing telah matang dari segi fizikalnya, iaitu tumbesaran dan struktur tulangnya telah lengkap.

Tetapi ada juga yang melakukannya seawal umur 8 minggu dan ini masih lagi selamat dan tidak memberi kesan pada jangka masa panjang.

Kebanyakan klinik akan merawat kucing sebagai pesakit luar, iaitu kita bawa kucing pada waktu pagi, dibedah dan pulang pada hari yang sama.

Bolehkah kucing dibawa terus ke klinik?

Hubungi klinik atau hospital dan lakukan janjitemu terlebih dahulu.

Biasanya, doktor akan minta supaya kucing dibawa untuk pemeriksaan am untuk memastikan kucing anda sihat. Ini perkara normal, kasi melibatkan pembedahan iaitu luka, maka kucing yang sakit ditambahkan lagi luka fizikal, bukanlah perkara yang baik.

Jika ini pertama kali anda membawa kucing ke klinik, kucing anda mungkin diberi ubat cacing dan jika dipersetujui, vaksinasi.

Pada waktu ini juga anda berpeluang untuk melihat sendiri keadaan di klinik itu, dan lakukanlah pertimbangan untuk memilih klinik tersebut atau klinik lain.

Seandainya kucing diberi suntikan vaksin, klinik akan membuat janjitemu kedua untuk dilakukan pengembirian seawal seminggu kemudian.

Saya sarankan dua minggu kemudian kerana tubuh kucing perlukan masa untuk menguasai vaksin yang diberi. Biarlah lambat asalkan selamat.

Apa yang perlu dibuat sebelum & selepas neuter?

Setelah janjitemu dibuat, kucing perlu dipuasakan terlebih dahulu lebih kurang 8-10 jam sebelum dibedah.

Biasanya pembedahan dilakukan pada waktu pagi, bermakna kucing tidak boleh diberi makan selepas pukul 9-10 malam hari sebelumnya.

Pembedahan ini dilakukan dengan pelali anestesia, dan perut yang berisi makanan boleh menyebabkan muntah atau sesak nafas semasa dibius. Prosedurnya ringkas sahaja, sekitar 10 – 15 minit dan mungkin tidak melibatkan jahitan.

Penjagaan selepas pembedahan juga ringkas, hanya pastikan luka itu tidak bernanah, berikan ubat penahan sakit yang dibekalkan oleh doktor dan seelok-eloknya dikurung sehingga sembuh lukanya.

Jika tidak dikurung pun tak mengapa, namun biasanya kucing cenderung untuk mengheret 'telurnya' itu ke karpet atau kain kerana tidak selesa dengan luka tersebut. Dan ini akan meninggalkan kesan darah pula di dalam rumah.

Lawatan ke klinik selepas pembedahan juga tidak perlu, dalam kebanyakan kes. Tapi pastikan anda menerima ubat-ubatan tahan sakit atau lain-lain yang mencukupi dari klinik.

Pastikan juga anda mendapat penerangan daripada doktor tentang apa-apa penjagaan atau rawatan khusus yang perlu diberikan sebelum dan selepas pembedahan.

Disebabkan proses kembiri ini melibatkan testikelnya dibuang, dan lukanya dibiarkan terbuka, maka kita perlulah memantau keadaan luka tersebut setiap hari.

Jika luka itu kelihatan keluar darah, membengkak atau bernanah, kucing itu perlu di bawa semula ke klinik seberapa segera.

Cuba cegah kucing anda daripada menjilat kesan luka tu kerana ia akan melambatkan penyembuhan (bila dijilat, luka itu akan kembali terbuka).

Cara paling mudah ialah alihkan tumpuannya dengan memberikan makanan snek. Anda juga boleh memasangkan kon perawat pada leher kucing untuk mengelakkan ia menjilat lukanya.

Dan jangan lupa ambil nombor telefon klinik anda, sebagai langkah berjaga-jaga untuk tajuk di bawah ini.

Kesan sampingan anestesia

Walaupun pembedahan neuter hanya 10 minit, tetapi kucing hanya sedar daripada kesan pelali anestesia selepas 4-5 jam (atau mungkin lebih).

Biasanya doktor akan minta supaya kita tunggu sehingga kucing sedar dahulu sebelum dibawa pulang, kerana itulah prosedur ini kelihatan seperti mengambil masa lama.

Kesan anestesia ini biasanya akan hilang sepenuhnya selepas 24 jam. Dan dalam masa itu, kita akan melihat kucing itu seperti keliru, mabuk, tidak seperti yang kita kenali atau kadangkala muntah dan mengalami cirit-birit.

Sesetengahnya juga seakan hilang daya penglihatan dan sukar berjalan, ada juga yang tidak mengelipkan mata (titiskan ubat mata ke dalamnya jika ini berlaku, minta dari klinik).

Kesemua ini bergantung kepada jenis pelali yang diberikan atau umur kucing itu sendiri tetapi ia hanya kesan sementara sahaja dan tidak ada apa yang perlu dibimbangkan.

Walaupun kucing berada dalam keadaan sebegitu, pastikan ianya tidak dalam kesakitan. Misalnya kelihatan begitu bersusah payah untuk duduk, atau berdiri, meraung panjang, atau meraung dengan suara kecil tapi panjang, berulang-ulang, atau lain-lain tanda (anda lebih mengenalinya).

Dia mungkin menunjukkan rasa tidak selesa dan keliru, tapi bukan menderita atau menahan sakit, jika ya, bawakan semula ke klinik untuk diperiksa.

Ini semua mungkin kelihatan menakutkan, tetapi kebiasaannya baik-baik sahaja dan segalanya berjalan lancar.

Berapa lama kucing dikasi akan sembuh?

Ada yang hanya mengambil masa 1 hari sahaja, ada yang 2-3 hari, paling lama pun 10 hari (jarang-jarang). Dalam masa sebulan, bulu di sekitar luka itu akan tumbuh semula dan kita tidak akan perasan pun kucing itu telah menjalani pembedahan.

Apa lagi yang saya perlu tahu?

Kucing boleh makan dan minum seperti biasa selepas 1 hari. Jika dia kurang selera makan, mungkin ianya adalah kesan anestesia sebelum itu dan tidak perlu dibimbangkan. Dapatkan nasihat doktor tentang pemakanannya selepas pembedahan.

Saya syorkan agar kucing tidak dimandikan selama 2 minggu selepas pembedahan, walaupun lukanya sudah sembuh tapi risau kalau-kalau terkasar, lukanya akan terbuka kembali.

Elakkan daripada aktiviti kucing terlalu aktif dalam tempoh 2 minggu ini, kurangkan bermain, melompat dan sebagainya.

Perhatikan juga isian bekas pasir, jika ia jenis berdebu mungkin boleh tukar kepada kertas untuk sementara, kerana debunya boleh menyebabkan jangkitan pada luka.

Berapa kos untuk neuter?

Klinik kerajaan mungkin antara RM50-60 dan klinik swasta paling mahal pun mungkin mencecah RM150.

Ada yang memberikan pakej-pakej tertentu seperti pek makanan dan sebagainya, kalau kembiri asas sahaja paling mahal pun lingkungan RM80.

Jika anda tidak berkongsi rencana ini
seekor kucing tidak akan dapat tidur nyenyak :(

© AlamKucing.com
Sila hormati dasar Hakcipta dan Penerbitan Semula kandungan laman ini.

Lazada Pets

17 ulasan:

  1. kucing saya dah berumur 3 tahun.Bolehkah saya memandulkannya lagi?Adakah kesan sampingan yang akan berlaku?

    BalasPadam
  2. boleh, tiada kesan sampingan asalkan dia tiada penyakit serius (akan dinilai oleh vet).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  3. kalau neuter kucing jantan.. bolehkah dia pertahankan diri kalau kucing lain serang dia. sini byk kucing terbiar. takut nnt dah neuter jd takleh self defense

    BalasPadam
  4. 3 days ago, both my male cat have been neutered . I have being reading ur article about neutered. Both my male cats still aggressive and fight each other even they have been neutered. Their ages is 1 year old n 6 month. Especially the youngest one. He love to bite. And one other thing, after neutered why they eat so little? It's worried me because they getting thin.

    BalasPadam
  5. Baru kasi kn kucing jantan sy td..vet x bagi kluarkn dr cage. Kesian pula tgk terkurung je..dia buat muka sedih sbb x dpt kluar..semoga dia sembuh cepat..taklah sampai 10 hari..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha buat tak tahu je. Kucing jantan cepat sembuh asalkan lukanya tak terbuka.

      Padam
  6. saya nak tanya.kalau saya kasikan kucing jantan saya yg berumur 1thn.adekah lepas dia dikasikan dia still buat bising? skrg ni pun ade time dia bising 1 rumah.takut jiran2 marah pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau bising jenis hendakkan perhatian, dia tetap akan bising selepas dikasi.

      Kalau bising jenis hendak cari kucing betina, bunyi seperti melolong, yang ini akan menghilang beransur-ansur.

      Padam
  7. Kucing jantan saya baru 1 minggu dh di neutered kan...umur 1 tahun...tapi sejak kelmarin bunyi mengawan dan mancut dtg blik..penat oo cuci hari2..jadi nak tanya possible ke hal ni?...adakah kucing sy ni nafsu power sgt sampai buang testis pun still nk gatai lg...mai mana testosterone die tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    2. Haha..lucunya..tp mmg hreran tu..

      Padam
  8. Nak tanya normal ke kalau kucing jantan tu muntah kuning ? Sebelum kasi dia muntah kuning berbuih . Lepas pengkasian pun sama .

    BalasPadam
  9. Salam..nak tanye..kucing sya sebelum ni rapat sangat sbb dorang ni bersaudara..tp dalam 1minggu ni asyik bergadoh je sampai mengakibatkan luka mase bergadoh bunyi kuat macam tk saling kenal..lepas tu saye mandulkan keduanye sekali..igtkan dah di mandulkan xde nk gadoh2 lagi.tp perkara sama berlaku.. kenape ye kucing jadi mrah pdahal sebelum ni die rapat tak pernah gadoh.. keduanye jantan..

    BalasPadam
  10. Adakah kucing jantan yg sudah dikembiri masih boleh mengawan?

    BalasPadam
  11. Kucing jantan saya berumur lebih kurang 6-7tahun...saya telah memandulknnya pada usia 3tahun...sekarang saya ada membela seekor lagi kucing betina yg blum dimandulkn...kini setiap kali tiba musim mengawan kucing betina saya mula menunjukknn tanda2 miang namun kucing jantan sy yang sy tempatkn dlm 1sangkar seolah2 takut ataupun xsuka keadaan itu dan menjauhkn diri dgn kucing betina tersebut...ada x kaeadah ataupun cara2 yg boleh mengembalikn kucing jantan saya kepada keadaan seperti belum disunatkan...dlm erti kata lain kucing jantan saya dpt mengawan dgn kucing betina sy sprti kucing2 lain

    BalasPadam
  12. Saya bercadang nak kembirikan kucing saya tapi saya kassihan pulak sebab "girlfriends" dia sgt ramai (kucing betina jiran2). Adakah slepas dikembiri ..dia masih ada nafsu seksual.

    BalasPadam