Perkembangan Hidup Anak Kucing dari 4 Hingga 28 Minggu

20 ulasan
Anak kucing berumur satu bulan

Terdahulu kita sudah melihat apakah keadaan dan perubahan yang dilalui oleh anak kucing bermula daripada kelahiran sehinggalah berumur satu bulan. Jika anda belum membacanya, apa kata anda melihat dahulu catatan tersebut.

Kini kita lihat pula apakah perubahan dalam kehidupan anak kucing sejak umur 4 hingga 28 minggu. Ini ialah peringkat yang penting demi pembentukan keperibadiannya.

Kebanyakan peminat kucing, seandainya mereka memelihara anak kucing, akan mula mengalami gejala keanak-anakan iaitu bercakap pelat-pelat bayi apabila membelai kucing mereka :)

4 Hingga 6 Minggu

Kebanyakan anak kucing sudah mula memakan makanan pejal pada umur 4 minggu dan boleh berhenti menyusu pada umur 6 minggu.

Adalah perkara biasa jika anak kucing memakan kotoran atau najis mereka sendiri semasa dalam tempoh susuan, tetapi mereka akan mulai belajar dengan cepat bahawa najis sendiri adalah tidak begitu enak.

Anak kucing akan mempunyai kesemua gigi mereka pada umur 6 minggu. Anak kucing yang didedahkan kepada luar rumah dan diawasi oleh ibu kucing akan mula mempelajari perkara-perkara asas dalam memburu (jika ibunya juga mempunyai tabiat memburu).

Mungkin tempoh inilah yang sangat mustahak dalam pembentukan perilaku sosial mereka. Kucing yang tidak didedahkan kepada manusia dan binatang lain (termasuk kucing lain) pada masa ini akan mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri mereka pada masa akan datang.

Perilaku bermain secara koordinasi akan mula kelihatan pada tempoh ini. Matanya akan berubah daripada warna biru kepada warna kekal, badan mereka mula berupaya menghasil dan mengawal suhu badan.

Mereka juga sudah boleh mengawal pembuangan tahi dan kencing. Perlindungan daripada penyakit masih dipengaruhi daripada ketahanan turun-temurun, iaitu antibodi yang diperoleh daripada ibunya.

6 Hingga 8 Minggu

Anak kucing berumur dua bulan

Ini ialah waktu paling awal jika anak kucing itu mahu dipisahkan daripada ibu atau adik-beradiknya untuk diperkenalkan kepada rumah lain. Namun, adalah baik jika kita menunggu sehingga sekurang-kurangnya berumur 8 minggu.

Anak kucing pada waktu ini sudah boleh menguruskan keperluan asasnya sendiri. Di dalam rumah yang baru, anak kucing mungkin akan ketakutan dan kesepian pada peringkat awal, tetapi biasanya dia akan dapat menyesuaikan dirinya.

Imuniti yang mereka peroleh sudah mula berkurang, dan anak kucing ini perlu memulakan vaksinasi untuk merangsang perlindungan terhadap penyakit-penyakit tertentu.

Pendedahan semulajadi terhadap virus dan bakteria akan menyebabkan penyakit, tetapi ia juga akan merangsang badannya untuk menghasilkan antibodi dan meningkatkan ketahanannya pada masa hadapan.

Pada peringkat ini, anak kucing memerlukan tambahan protein, vitamin dan mineral yang diperlukan untuknya terus membesar dan berkembang. Zat-zat ini diperoleh daripada makanan yang dirumus khas untuk anak kucing samada kering atau basah.

8 Hingga 16 Minggu

Anak kucing berumur enam bulan

Semasa tempoh ini, anak kucing mula menyesuaikan diri, berdikari dan menjadi lebih gagah serta curiga. Mereka akan membesar dengan cepat dan biasanya berat badan akan bertambah 1/2 kg sebulan.

Mereka mula melompat, memanjat dan mencakar. Pemilik kucing akan membawa pengaruh besar terhadap perilaku kucing dengan melatih mereka dalam tempoh ini.

Vaksinasi dan pendedahan semulajadi masih lagi menyumbang kepada sistem imunisasi anak kucing. Jika tidak divaksinkan, anak kucing terdedah kepada penyakit seperti herpes, yang juga boleh merebak kerana terdedah kepada kucing lain yang mempunyai penyakit ini.

Keperluan untuk memberi makanan khas masih perlu diteruskan pada tempoh ini, dan mereka juga mula makan lebih banyak.

16 Hingga 28 Minggu

Dari tempoh 4 hingga 7 bulan, anak kucing akan kehilangan gigi susunya dan akan mendapat gigi kekal. Perlakuan menggigit dan mengunyah akan meningkat.

Dalam tempoh ini, adalah perkara biasa jika anak kucing mula mengunyah apa sahaja di hadapannya, termasuk kaki dan tangan anda. Mereka juga boleh terus memakan kedua-dua makanan basah dan kering.

Lapisan bulunya mula menyeluruh dan anak kucing menunjukkan kecenderungan untuk menghias diri dan mencakar.

Kebanyakan kucing tidak akan mencapai tahap matang seksual sehinggalah berumur 6 bulan, tetapi mereka sudahpun matang dari segi fizikal sebelum daripada itu.

Anak kucing yang dibiarkan merayau ke luar rumah juga akan merayau dengan lebih jauh dan lebih lama.

Jika anda tidak berkongsi rencana ini
seekor kucing tidak akan dapat tidur nyenyak :(

© AlamKucing.com
Sila hormati dasar Hakcipta dan Penerbitan Semula kandungan laman ini.

20 ulasan:

  1. Sy baru adopt anak kucing parsi. the owner say dia baru beri anak kucing tu ubat cacing, and now anak kucing tu x mau makan. umur anak kucing 2 bulan

    BalasPadam
  2. apa yang perlu sy buat supaya anak kucing sy makan? setahu saya anak kucing yang dah berumur 2bulan blh makan pejal. apa tips2 supaya anak kucing blh tinggalkan susu?

    kesian tngk dia x makan.. dah dekat 2 hari. please advice..

    BalasPadam
  3. teruskan lagi bagi susu tu, selitkan makanan basah dalam hidangannya. panaskan sikit makanan tu (suhu badan) supaya naik aroma utk membantu seleranya.

    bahaya tu 2 hari,saya syorkan awk bawa dia ke vet secepat mungkin, bimbang kalau2 berpunca dari masalah kesihatan. maybe kena guna syringe utk force feed.

    BalasPadam
  4. Thank you feliscatus.. Molly dah mula makan... actually Dr kata dia rindu dgn family dia.. ha3.. terpaksa sy adopt seekor lagi utk bg kawan dia..

    skrg dia dah mula makan sedikit2 plus bagi dia vitamin utk naikkan selera..

    BalasPadam
  5. sy baru beli anak kucing parsi berumur 2 bulan. sy beri dia makan makanan pejal dan makanan basah berserta air mineral. pada setiap pagi isnin-jumaat, anak kucing sy akan tinggal bersendirian dirumah sehingga sy balik dari kerja pukul 8.00 mlm. pertanyaan saya ialah boleh ke anak kucing yg sekecil itu ditinggalkan bersendirian? adakah akan mendatangkan apa2 kemudaratan kepadanya. sy kesian tgk dia, bila sy balik dia akan berada didepan pintu sdg menunggu sy. harap mendapat jawapan dari pihak tuan. TK

    BalasPadam
  6. Sy br adopt anak kucing yg umor sebulan..
    sempat duk kat umah sy 2 hari jek...
    xtau apa silapnye..
    ada kemungkinan ke kucing sy tu keracunan???
    bawa gi vet, die bg ubat sapu tuk gatal2 kat bdn kucing..
    Dr. pon advice suh potong cket bulu die...
    may b sbb ubat tu racun n kucing jilat ubat tu or sbb lain...
    jz bg die minum susu...
    b4 tu elok je...
    lepas bbrp jam terus jd lembik dan menggelupur...
    bg air kelapa pon xjln...
    huhu....

    BalasPadam
  7. salam,saya ade kembar anak kucing yg hubby selamatkan 3 hari lalu,org tak ada hati perut tu buang kembaar tu dlm beg plastik,kembar tu belum reti berjalan sangat,kaki belakang masih ngesot,agak2 berape umur die?dan cammana nak rawat kembar tu cirit lepas beri susu khas utk kitten(tahi warna kuning,cair&ada ketul sikit)?lagi satu saye ade kucing dewasa yg tak pernak jeguk dunia luar,tu tak beri tekanan pd kucing saye,bila jumpa kitten baru?

    BalasPadam
  8. maybe 1-2 mingu.biasanya akan ada tekanan, tetapi boleh dikendalikan. boleh baca kiriman sebelum2 ni

    BalasPadam
  9. anak kucing saya hampir mencecah 2bln tp mmasalhnya anak kucing saya kurang selera makaan.pelbagai jenis makanan telah saya cuba namun hasilnya masih sama..anak kucing saya cuba menampkan mereka lapar tp saya tak pasti makanan apa yang sesuai bagi membuka selera..plz help me da nampak bdn mula menyusut

    BalasPadam
  10. saya baru adopt 5ekor anak kucing..disebabkn ibu mereka tak endahkn mereka,mereka mdapat mcm2 pnyakit like a flu,congitivitis n fever..i dah bagi vitamin A,ubat dmam n antibiotik pada diorang..utk sakit mate 2 i akan cleankn mata diorng 3x shari n ltak eye drop.now,diorang da chat ckit..tinggal sekor yg matenye agak bengkak n merah..but the big prbllem is 1 of them xtau nk mkn..x mcm yg the others yg da boleh mkn sndr..i tpakse feed dia using the syringe.boleh u bgtau i kenapa 1 of my kittens ni xboleh nk mkn dgn sndr??sbb i btul2 plik..n i nk tau..btul ke ap yg i wt utk smbuhkn diorg sume 2..

    BalasPadam
  11. Saya baru adopt anak kucing parsi yg berumur 2 bulan , knp die mcm taknak makan ye ? Sy takut la . Sbb ni 1st time sy jaga kucing . Die tak mkn sbb rindu family die ke ? Sbb i tgk die dgn siblings die sgt active .

    BalasPadam
  12. saya ada anak kucing umo 2 minggu... Mereka sudah pandai berak n kencing,.
    Macam mana saya nak uruskannya?
    Adakah mereka pandai membersihkan kotoran n najis kat badan mereka?

    BalasPadam
  13. Sya baru adopt sekor anak kucing parsi. Masalahnya kucing ni tak dpt dibiarkan bersendirian dan akan berbunyi saja tak henti2. Kesian pulak kt dia takut nanti letih asyik meow2 jek..

    BalasPadam
  14. saya tanya sikit....saya ada seekor kucing umur 6 minggu...dan saya nak latih kucing saya nie berak dalam tandas tapi saya tak tahu...boleh tak sesiapa di sini tolong beri tips untuk saya latih kucing saya supaya berak dalam tandas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kurung dia 2 hari dalam tandas n sediakan mknn n minuman skli dlm tu,ni untuk tandas untuk manusia,kalau tandas kucing tu awak letak bagi dia hidu pasir tu je.

      Padam
  15. Saya ada seekor anak kucing, umur baru sebulan dan dia buta. Ada apa2 tips khas tak untuk kitten yg buta ni?

    BalasPadam
  16. as'slam saya nak tanya saya baru adopt ank kucing yg bru berusia 8 minggu ni bru hri kedua die tinggal dgn saya tapi,sejak mlm tdi die berkelakuan pelik tidk sperti selalu,tiba2 dia menggigil teruk ,terjelir lidah bersin dan nafas tercungap2,sya takut tgk keadaannya yg sbegitu..ni bru pertama kli saya menjaga kucing jadi apa yg perlu saya lakukan??

    BalasPadam
  17. Salam..kitten sy maybe berusia dlm lingkungan 1 bln.ibunya Mati dilanggar beberapa Hari Lepas,sy beli susu dr kedai mknan binatang..sbb dah mlm bru prasan yg ibunya X kelihatan seharian..tp Lepas 2 Ari minum susu tuu,kitten Tu X berak..kencing Tu byk la..bwk pegi Klinik..doktor suh tuka susu & sy beli susu dr Klinik tuu..Dr pun Ada check jgk kitten Tu..Dio cakap kitten Tu sihat maybe Lepas tuka susu,kitten Tu akn berak..tp X berak2 pun..camna Tu..

    BalasPadam
  18. Saya ada 5 ekor kitten dan biarkn semua tnpa ssiapa menyentuhnya spy mgelakkn dr kena kuman mnusia spilh sbulan bila ank2 tu dh active melompat2.. tak bg mkn apa2 n biarkn dgn ssu ibunya sdri spy mbesar dgn antibodi kucing tu sdri.. klu sibuk nk mkn n minum ibu dia punya mknn, sy akn ktepikn.. Alhamdulillah smuanya x de kncing n berak sbb smua still minum ssu ibu.. biarkn darah daging dia dari ssu ibu dia.. bkn dr mknn luar y akn jadi pnyakit slagi x btul2 bsedia..

    BalasPadam
  19. Hi,Anak kucing saya sudah masuk 4 minggu mereka kelihatan lapar , agak agak induknya tak cukup susu tak? Macammana nak selesaikan??

    BalasPadam