Mengenali Tanda dan Punca Cirit-Birit Kucing

30 ulasan
Keradangan pada dubur kucing akibat cirit-birit

Cirit-birit ialah tahi yang tidak pejal dan lembap berair. Dalam kebanyakan kes, najisnya kelihatan banyak dan terdapat peningkatan pada aktiviti pergerakan usus perut.

Dalam bahasa mudahnya, anda akan melihat kucing anda membuang najis beberapa kali, dan kadangkala tidak tertahan dan melepaskannya di lantai, karpet atau riba anda.

Tahi kucing yang normal adalah pejal, lembap tetapi tidak berair, berbentuk silinder dan cembung pada hujungnya. Apabila makanan dihadam, usus kucing akan menyerap sekitar 80 peratus lembapan, kerana itu tahinya terbentuk dengan baik.

Apabila kucing mengalami cirit-birit, makanannya tidak dihadam dengan baik dan tiba pada hujung usus (rektum) dalam bentuk cairan. Inilah sebabnya kita melihat najis kucing yang cirit-birit berbentuk cair dan tidak pejal.

Selain itu, cirit juga mengandungi sisa makanan yang tidak terhadam, misalnya anda memberinya ayam, anda boleh melihat sisa daging ayam pada najisnya dan kadangkala mengandungi lendir (mukus) pekat seperti hingus atau juga mengandungi darah.

Apa yang kita perlu faham ialah cirit-birit bukanlah penyakit, tetapi ia adalah tanda terhadap penyakit tertentu. Mengenali tanda dan puncanya amat berguna, sebelum kita melakukan rawatan untuk cirit-birit kucing.

1. Terlebih Makan

Biasanya inilah yang berlaku, samada anak kucing atau kucing dewasa.

2. Makanan tidak sesuai

Kadangkala makanan yang biasa bagi kucing lain tapi tidak sesuai pula untuk kucing kita. Contohnya ada kucing yang tidak boleh menerima makanan berasaskan makanan laut (ikan, sotong, udang). Kadangkala penukaran diet secara mendadak juga boleh menyebabkan cirit.

3. Susu Lembu dan produk sampingan susu

Kucing sukakan rasa susu lembu tetapi mereka kekurangan enzim laktase untuk menghadam laktosa yang terkandung di dalam susu lembu atau mana-mana produk berasaskan susu.

4. Keracunan

Puncanya daripada makanan tercemar. Makanan dalam tin atau kering juga boleh tercemar samada dari proses pembuatannya atau kita sendiri yang mendedahkannya kepada bahan pencemar.

Kucing dewasa jarang keracunan makanan kerana mereka lebih sensitif (tetapi tidak bagi anak kucing) namun toksik boleh masuk dalam badan ketika mereka menjilat bulu dan kaki mereka yang terkena toksik (seperti minyak, pencuci pinggan, sabun dsb). Toksik juga boleh menyebabkan muntah-muntah.

Ini biasa terjadi apabila anda membeli makanan kering pek besar, misalnya 10 kg, tetapi tidak menyimpannya dengan baik. Begitu jua dengan makanan basah bertin yang tidak ditutup rapat dan didedahkan pada suhu bilik.

5. Cacing

Samada anak kucing atau kucing dewasa, mereka boleh dijangkiti oleh cacing parasit. Kemungkinan ini lebih besar bagi anak kucing dan kucing yang di biarkan merayau di luar rumah.

Kehadiran lendir atau darah pada najis juga menunjukkan tanda-tanda masalah cacing. Kucing yang ada masalah cacing akan tidak berselera makan, cepat letih, badan menyusut, cirit-birit dan kadangkala muntah-muntah.

Setiap jenis cacing ada rawatan pencegahnya sendiri, dan untuk merawatnya perlulah di bawah kawal selia doktor.

Jadual di bawah boleh membantu anda untuk mengenalpasti gejala atau tanda-tanda cirit-birit dan kemungkinannya. Kita boleh melihatnya dari segi warna, rupa, bau, kekerapan dan keadaan kucing itu sendiri.

Perlu diingat, ini hanyalah kemungkinan sahaja, untuk diagnos lebih tepat anda perlulah membawanya ke klinik.

PS: Opppsss...saya tak tahu macam mana nak buat jadual kat blog ni. Kemaskini semula yer :p

PPS: Baiklah, jadual tersebut boleh di muat turun di sini .

PPPS: Akhirnya selepas 5 tahun saya sudah boleh membina jadual :)

Ciri-ciri Gejala Kemungkinan Lokasi
Warna Kuning atau kehijauan Alihan cepat Usus kecil
Hitam berturap Pendarahan gastrousus atas Perut, usus kecil
Darah merah atau beku Pendarahan gastrousus bawah Kolon/usus besar
Pucat atau cerah Kekurangan hempedu Hati
Kelabu, besar, tengik Pencernaan atau penyerapan tak sempurna Usus kecil, pankreas
Ketekalan Berair Alihan cepat Usus kecil
Berbuih Jangkitan bakteria Usus kecil
Berminyak, disusuli bulu berminyak sekitar dubur Malserapan Usus kecil, pankreas
Lembut, besar Terlebih makan, makanan mutu rendah, banyak serat Usus kecil
Berkilau atau beragar-agar Ada lendiran Kolon
Bau Bermakanan, atau bau susu masam Alihan cepat, pencernaan atau penyerapan tak sempurna, terlebih makan terutamanya anak kucing Usus kecil
Tengik atau busuk Pencernaan tak sempurna dan penapaian Usus kecil, pankreas
Busuk reput atau bau sampah Jangkitan usus, pendarahan Usus kecil
Kekerapan Beberapa tinja kecil sejam dan menekan Radang usus besar (kolitis) Usus besar
Tiga atau empat tinja besar sehari Malserapan, penyakit radang usus Usus kecil, pakreas
Seminggu atau lebih Penyakit lama dan berlarutan seperti kolitis, penyakit radang usus, serangan parasit atau sindrom malserapan Sepanjang salur usus
Keadaan kucing Berat badan berkurang Pencernaan atau penyerapan tak sempurna Usus kecil, pankreas
Tiada kehilangan berat badan, selera biasa Gangguan usus besar Kolon
Muntah Enteritis (radang usus) Usus kecil, kolon

Jika anda tidak berkongsi rencana ini
seekor kucing tidak akan dapat tidur nyenyak :(

© AlamKucing.com
Sila hormati dasar Hakcipta dan Penerbitan Semula kandungan laman ini.

30 ulasan:

  1. hi, saya baru membela seekor anak kucing yg berusia dlm 3bln, masalahnya baru2 ni suami saya dapati ada cacing ditahi kucing ni, dah 2 kali ada cacing, dan nampak kucing mcm murung dan tak lalu makan, naik risau saya tgk perangai dia..selalunya dia kuat makan dan aktiv.jadi mcm mana ada kah kucing saya ada penyakit cacing yg kronik sampai dia nampak down dan kurang selera makan..btw saya bagi kucing makan wiskas,royal canin dan friskies tukar2 menu takut dia boring.tq

    BalasPadam
  2. hi Ida,

    Apabila kucing dijangkiti cacing, dia takkan sembuh dgn sendirinya. Satu-satunya cara adalah membawanya ke vet utk dirawat. Sukar nak pastikan samada kronik atau tak, kecuali dibuat pemeriksaan klinikal.

    Bawanya ke vet dan sampel tahinya. Vet dapat mengenalpasti cacing jenis apa yang menjangkitinya dan memberi ubat yang sesuai.

    Jika caicng tu dari makanan, awk kena asingkan makanan tu, tapi kalau kucing outdoor, memang payah nk kawal.

    Kalau cacing tu dari telur kutu, biasanya vet akan bagi ubat kutu sekali.

    BalasPadam
  3. hi
    sy br amik anak kcg dr kg(muar).
    mslhnye, wkt sy amik die, ok je.
    tp bile sy bw blk umah(kajang), esoknye die cirit smpi ari nie.
    sy cume bg minum susu ngan mknn kering.
    selera mkn die x bkrg, btmbh adela.
    die jgk jrg kuar rmh.
    camne ar? sy syg die....
    tp penatla nak bsh tahi die...

    BalasPadam
  4. hi anon,

    saya andaikan awk bg susu khas kucing?

    cuba download dulu fail yg saya berikan tu utk dapat gambaran asas pnca cirit-birit.

    lihat juga artiker macam mana nak rawat cirit-birit.

    utk permulaan, kurangkan dulu jumlah makanannya, bagi dia puasa dulu sehari tapi berikan sedikit air sekadar utk menjilat shj (jgn lebih).

    kalau esoknya tak ok lagi,bawa ke vet seberapa segera. dulu masa sy muda-muda (ni dah tua..), saya dah kehilangan 2 ekor anak kucing kerana cirit birit yang tidak dirawat. anak kucing sensitif sikit kerana cirit mengakibatkan badannya kehilangan air dgn banyak.

    BalasPadam
  5. saya mempunyai anak2 kucing yatim piatu 3ekor. saya telah membeli susu khas untuk anak kucing tapi saya dapati susu tu daripada susu lembu dan saya dah mule isau akan kesihatan anak2 kucing saya. takut ia akan dapat cirit2 birit. pa saya ptt wat?

    BalasPadam
  6. Susu khas utk kucing tidak mengandungi laktosa(gula) atau kandungan laktosa nya kurang. kadang2 dimasukkan juga enzim lactase kedalamnya utk membantu memecahkan laktosa (kucing akan kehilangan enzim lactase bila makin dewasa, sebab tu tak dpt hadam laktosa).

    so cek dulu kandungan laktosanya. tapi kalau susu tu mmg dah dirumus khas utk kucing, biasanya takde masalah.

    BalasPadam
  7. salam feliscatus,

    kucing2 saya ada masalah, terutama yg si Leyla tu.

    dah dua hari cirit birit, n lepas baca sebab2 tu, syaa rasa dia ada kaitan dengan pemberian makanan yg berlebihan. untuk pengetahuan, saya memberi iams multicat kpd mereka.
    sebenarnya berapa banyak kena bagi kucing ni?sbb sebelum ni, mak saya yg bagi makan. yg saya tahu, kucing tu kerjanya makan, berak tidur..tgk kat belakang pack tu dah ikut bebtul portion dia, tapi sebab ada 3 ekor, so diorg ni makan x ikut magkuk, selagi ada, selagi tu makan...

    leh bagi sugessstion tuk proportion food ni?saya hanya bagi makanan kering jer, sbb yg basah kata nyer tak bagus sgt..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kucing saya sering mengiau pada waktu malam tetapi saya tidak tahu kenapa kerana kucing saya seperti mengiau kesakitan. Adakah anda tahu cara merawatnya tanpa membawanya ke tempat rawatan. Saya sangat kasihan melihat kucing saya kesakitan tolonglah saya kerana saya melihat sepsrti kucing zaya kelemahan :(

      Padam
  8. makan tak ikut mangkuk tu maksudnya apa?tak bape paham,,,

    ikut yg dicadangkan pun dah ok, kalau jadi gemuk bermakna kurang bermain. nak kurangkan jumlah makanan pun blh (kurangkan sedikit demi sedikit, jgn mendadak) tapi yg terbaik adalah ajaknya supaya lebih bermain.

    saya bg royal canin, cuma bagi sikit je. kdg2 bg treat sbg hadiah dan sebulan sekali bg ayam rebus (kosong).

    BalasPadam
  9. owh, ok. saya ikut nasihat yg bg diorg kuantiti sikit, tapi 3 kali sehari. alhamdulillah, najis diorang dah jadi pejal balik. saya rasa mmg kaitan dgn makanan, sbb saya biasanya tuang jer bebanyak iams tu sbb mls nak topap2. yg persian jantan tu jenis kuat makan, sampai buncit perut. nak kata kurang bersukan, ermm, dgn saya2 sekali berpeluh main bola. skrg ni diorg ok da. thank u felliscatus.

    BalasPadam
  10. tapi perasan tak kucing persian ni mana-mana pun mmg nampak cepat gemuk kan.

    oh 3 kali hidangan kecil mmg diet yang berkesan. ramai org bg satu mangkuk penuh dgn makanan, tak betul cara tu. makanan ideal bg kucing ialah tikus, so kalau mangkuk penuh dah berapa banyak tikus dah tu.

    BalasPadam
  11. hello, saya ada 3 ekor anak kucing, mix dengan local. masalah nya sekarang kawasan rumah saya tidak membenarkan saya membela kucing yang banyak. ada sesiapa yang berminat nak amik tak? 2 ekor memang persian look (ekor panjang seekor, ekor pendek yang berpintal seekor, satu lagi tuksedo colour dengan corak dekat mata macam topeng zorro. umur baru 16 hari, dah buka mata dan baru start berjalan sikit2. ada sesiapa yang berminat? saya bagi for free aje, coz saya tak sampai hati nak buang ... (tapi mak saya bising.. :( . kalau nak boleh email saya by this email, rdiana79@gmail.com. hopefully dapat reply soon 4rm any blogger

    BalasPadam
  12. salam, saya ada 2 ekor kucing. 3 bln yg lps salah seekor kucing saya mengalami cirit birit. Saya dh bwa jumpa vet dan alhamdulillah slps mkn ubat kucing saya beransur baik. Tp dlm 2/3 hr nie saya tgk salah seekor kucing saya mengalami pengeluaran najis yg tidak terkawal dan kucing saya selalu menjilat najis nya yg tercicir di lantai. Dan saya prnh nmpk segumpal nasi yg x hadam keluar dr mulutnya. Skrg nie saya mengasingkan kucing2 saya tu. Utk pengetahuan kucing2 saya makan makan yg sama je.Ikan rebus n nasi + whiskas.. Agak2nya kenapa ye..Hr isnin nie nk bawa kucing saya ke vet tuk pemeriksaan..

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum wbt...

    Saya ada beli ubat pembunuh kutu jenama FRONTLINE COMBO SPOT - ON CAT. Dah siap beli saya mula terfikir bahaya jika kucing menjilat racun tu.

    Kucing itu sendiri memang payah nak jilat sebab racun ini diletakkan ke tengkoknya. Masalahnya saya takut kucing saya yang lain akan menjilatnya.

    Adakah ubat ini merbahaya jika kucing menjilatnya.

    BalasPadam
  14. Salam, kucing sy mengalami masalah cirit-birit sejak berbulan2 yg lalu. Masih tak sembuh. Ia sy ambil dri kampung. Sampai ke bandar, mmg x keluar dri rumah. Makan plak nasi ngan ikan bilis je, bg la ape2 pun, ikan mentah ke whiskers ke, semua dia x mo makan...bg ubat dia luahkan...entah nk buat camne...bdn bkn main gemuk tp cirit-birit x berenti...najis bersepah sana-sini...mcm dah loose je..pls...what shud i do??

    BalasPadam
  15. a`kum,sye ni bru je msuk lman web ni sbb sye da xde tmpat len lg nak bertnya...mmg la kucing2 sye tu ada vet drg mlah sye slalu brhbung ngan doc kat vet tu sbb sye ni cpat cmas kalo kucing sye sakit2.sye ada 5ekor kucing 2 local 1 100%persian 1 persian cross 1 siam.1 ekr kucing local sye ni kuat mkan tapi knpa bdan dia x gmuk pun krus je??????1 ekr kucing sye yg 100% persian tu pulak dari pertama saya beli sampai skang najis dia lmbut je x prnah pejal pun knpa agaknya ya???????sya da bgtau doc vet tu tp dia asyk bg mkan ubt je.x bek jgak.....tlonglah bg jawapan

    BalasPadam
  16. hye.kucing sy mgalami ciri birit.sy rasa sdh bila tgk da tak brmaya n pabila nak dduk tak dpt coz rasa skit pada tmpat da buang najis.dah msk 3 hari da mcm tu.sjk sy jga da,sy tak pnh tukar2 makanan yg sy beri kat da.mak sy kat kg suh sy bg minum air gula yg pekat,if kucing tue muntah berbuih slepas minum air bergula tue maknanya da keracunan makanan.slpas minum da muntah brbuih.sy rs risau sgt.pa perlu sy bt?nak bw ke klink haiwan sy tak ada duit,maklum la sy mc study.blh tlg sy mcm mna cara nk rwat cra lain n bgimana kurngkan rsa skit pda tmpat da buang najis?

    BalasPadam
  17. En/Cik feliscatus, saya tak boleh nak download jadual yg dilampirkan kat atas tu. :( Boleh tak diberi link baru?

    Terima kasih...

    BalasPadam
  18. erm...helo~
    my cat start cirit-birit after he kill my hamster... T-T
    is it becouse he ate my hamster,
    that why he cirit-birit?
    so wat can i do???
    can u e-mail me the information?
    thankyou so much~
    my email,
    yuki_dolfie@hotmail.com

    BalasPadam
  19. saya nk mintak tolong sangat2,,,,saya ada seko anak kucing umur 1 bulan,,sejak 2-3 ari ni,,,yer berak cair dan semakin kurus walau makan banyak,,,is there any treatment saya boleh buat sebab rumah saya memang jauh dari vet...ini email saya catloverfamily@yahoo.com

    BalasPadam
  20. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  21. saya x boleh download juga... minta tolong renew link yer encik.

    BalasPadam
  22. kucing sye pula berak wrna hijau daun pisang tpi cair knpe ye...tpi active....???

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum..
    Saya amat sangat berharap awk dpt mbantu sy mnjawab persoalan sy secepat mungkin..kerana ank kcg sy sdg skt, sy syg sgt ank kcg sy ni..

    masalahnya: sy ade pergi ke klinik veterinar, dr bg ubt cacing, ms tu umr ank kcg sy 3bln, selang 2 bln skali lg sy pergi ke klinik veterinar krn ank kcg sy kt punggung sepanjang masa kua njs, tp dr ckp xpe..skali lg die bg ubt cacing..skrg, slps 2 bln, ank kcg sy semakin trk..smp lembik dh bdn2..sepanjang masa kua njs, cair...

    knp dgn ank kcg sy??? di sebabkan ubt cacing ke??? dan bagaimana nk atasi???

    ble sy tgk ank kcg sy, sy mnangis sbb sy sayang sgt2 dgn die...tima ksh pn...

    BalasPadam
  24. Kucing saya akan mengalami cirit birit setiap kali dia makan antibiotik. vet kata perut dia sensitif dgn antibiotik..

    BalasPadam
  25. saya nak tanya.. kucing saya dah dua hari xnak makan.. badan makin kurus dan pucat je.. mcm mana nak buat ye?? ada tak kaedah rawatan tradisional utk rawat kucing saya? :(

    BalasPadam
  26. Salam Admin dan semua.

    Saya mahu berkongsi dengan anda semua tentang satu ubat yang mujarab untuk mengelakkan kucing anda daripada terkena penyakit ini dan info-info yang amat senang untuk diikuti apabila kucing anda terkena penyakit ini. Jika anda mahukan produk tersebut ataupun info untuk mengelakkan kucing anda terkan cirit-birit, anda semua boleh melayari website di:

    Info dan Penawar Untuk Kucing - klik sini

    Terima Kasih.

    BalasPadam
  27. Hi saya vj.. Kucing saya cirit birit selepas d vaksin n d mkn kn ubat cacing
    Tapi cirit birit nya tu x pandai berhenti la.. Dekat 1 bulan da... Sdh pegi klinik
    Tapi klinik bagi injek supaya normal balik.. Tapi x kesan pun.. Saya niat
    Nak kembiri tulaa.. Dah jadi cam ni x takut plk nak kembiri...
    Kesian BOOBOO.. :'( badan pun kurus makan pun muntah balik.. :'( tolonglah
    Macaman lagi saya mau buat ni... Sedihhhhhhhh

    BalasPadam
  28. hi..
    kucing saya baru lepas surgery tulang gara2 dianiaya oleh manusia x bertamadun..ye operate ari slasa (2/9/13)lepas then rabu tu baru ye stat makan.normally kami bg mknan yg keras tp sbb ye baru lps operate so sy bg ye soft diet..then pg kamis tu yenye najis mmg lembik and kdg2 sampai tecicir2..so nak tanya adakah sebab makanan atau mmg normal kucing lps operation mcm tu..tq

    BalasPadam
  29. Saya baru 1 minggu mengambil ank kucing dri longkang....ibunye meninggalkan anknye 2 ekor...sekor drinye berdarah di bontot...apakah puncanye dan bagaimana utk memulihkannye semula?

    BalasPadam