Cara mudah mengenalpasti kucing cirit-birit atau sembelit

3 ulasan
Kenalpasti kucing cirit atau sembelit

Ini ialah satu cara mudah bagaimana memantau kesihatan kucing, iaitu dengan melihat keadaan najis kucing anda sendiri.

Meskipun cara ini mungkin agak memualkan tetapi rupa paras najis kucing memberi petanda samada kucing anda sihat atau tidak.

Ia memberi gambaran adakah makanan yang diberi kepadanya sesuai atau tidak, selain daripada beberapa benda aneh lain yang mungkin dimakannya tanpa pengetahuan kita.

Maka kita perlu tahu apakah bentuk dan keadaan najis kucing yang normal. Terdapat dua jenis carta najis yang dikeluarkan oleh dua syarikat iaitu Purina dan Waltham, iaitu syarikat makanan kucing.

Kedua-duanya boleh digunakan sebagai rujukan am di mana carta ini memberikan markah atau mata mengikut keadaan fizikal najis kucing.

Di antara pertanyaan paling banyak ditinggalkan pembaca blog ini ialah masalah cirit-birit. Saya harap carta ini akan membantu anda semua sedikit sebanyak memberi petanda awal samada kucing anda sihat atau tidak.

Awas! Gambar-gambar di dalam carta di bawah ini boleh mengganggu keselesaan anda. Habiskan dahulu makanan dan minuman anda terlebih dahulu, ya.

Sistem Markah Purina

Carta ini yang paling banyak digunakan, bahkan di sesetengah klinik pun ada ditampal di dinding masing-masing.

Bagi tahi yang normal dan sihat ialah pada markah 2. Jika markah 1 bererti kucing anda sembelit dan untuk markah 3 hingga 4 pula cirit-birit, mengikut tahap-tahapnya.

Markah Rupabentuk Keterangan

1

Markah 1 Purina

  • Keras dan kering.
  • Sukar dikeluarkan dari tubuh.
  • Tiada kesan tinggalan jika diangkat.
  • Biasanya dilepaskan dalam bentuk butiran palet kasar.

2

Markah 2 Purina

  • Pejal tapi tidak keras.
  • Mudah lentur.
  • Hanya sedikit kesan tinggalan jika diangkat.
  • Ruas atau senggat dapat dilihat.

3

Markah 3 Purina

  • Berbentuk tual atau keratan.
  • Hanya sedikit atau tiada ruas dapat dilihat.
  • Permukaan lembap.
  • Meninggalkan kesan tinggalan jika diangkat.
  • Bentuk masih kekal walau diangkat.

4

Markah 4 Purina

  • Sangat lembap dan lembik.
  • Bentuk tongkol masih jelas kelihatan.
  • Ada kesan tinggalan dan hilang bentuknya jika diangkat.

5

Markah 5 Purina

  • Sangat lembab tapi masih berbentuk jelas.
  • Wujud dalam longgokan berbanding tongkolan.
  • Ada kesan tinggalan dan hilang bentuknya jika diangkat.

6

Markah 6 Purina

  • Ada butiran tapi tiada bentuk jelas.
  • Berbentuk longgokan atau tompokan.
  • Ada kesan tinggalan dan hilang bentuknya jika diangkat.

7

Markah 7 Purina

  • Berair, tiada butiran, rata.
  • Berbentuk lopak.

Sistem Markah Waltham

Carta Waltham sebenarnya lebih kurang sahaja dengan Purina cuma mungkin lebih terperinci.

Najis kucing yang sihat ialah pada markah 2 manakala yang kurang dari 2 bererti kucing anda sembelit, dan yang lebih dari 2 bererti kucing cirit-birit mengikut tahap-tahapnya.

Markah Rupabentuk Keterangan

1

Markah 1 Waltham

  • Keras, kering dan peroi.
  • Berbentuk peluru.

1.5

Markah 1.5 Waltham

  • Keras dan kering.

2

Markah 2 Waltham

  • Bentuk lengkap, tiada kesan tinggalan jika diangkat.
  • Boleh disepak-sepak.

2.5

Markah 2.5 Waltham

  • Bentuknya baik.
  • Permukaannya sedikit lembab yang meninggalkan kesan tinggalan jika diangkat.
  • Hampir melekit jika disentuh.

3

Markah 3 Waltham

  • Kelembapannya mula menghilangkan bentuk.
  • Ada kesan tinggalan jelas jika diangkat.

3.5

Markah 3.5 Waltham

  • Sangat lembap tapi masih berbentuk jelas.

4

Markah 4 Waltham

  • Kebanyakan bentuknya sudah menghilang.
  • Likat dan tiada keseragaman.

4.5

Markah 4.5 Waltham

  • Cirit-birit, dengan sedikit ketekalan di kawasan tertentu.

5

Markah 5 Waltham

  • Cirit-birit berair.

Perkara Yang Perlu Diingat

Kedua-dua sistem markah ini ada gunanya tetapi janganlah pula anda beria-ia benar membelek najis kucing anda sebegitu tekun, itu tak ada kerja namanya! Haish.

Begini, kadang-kadang akan berlaku juga kemerosotan dari rupabentuk najis kucing dari masa ke masa, dan ini tidak mengapa.

Sepertimana manusia juga kadang-kadang ada juga sakit perut dan tidaklah bermakna ada masalah kesihatan yang perlu diatasi segera.

Melainkan tanda-tanda itu berulang-ulang dan semakin kerap, maka wajarlah diambil perhatian.

Jika anda tidak berkongsi rencana ini
seekor kucing tidak akan dapat tidur nyenyak :(

© AlamKucing.com
Sila hormati dasar Hakcipta dan Penerbitan Semula kandungan laman ini.

Lazada Pets

3 ulasan:

  1. Saya ada anak kucing. Barangkali umur dia dalam 2-3 minggu. Saya beri dia susu khas utk kucing. Saya dapati najis dia cair dan berwarna kuning jadi saya ingin tau adakah itu normal bagi anak kucing itu atau ada sebab-sebab tertentu.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Mohon izin sedikit maklumat, saya pereka grafik Global Pets Sdn. Bhd. Ingin membuat Infografik tentang penjagaan kucing. Blog encik penuh dengan info yang bagus. Sekiranya encik sudi memberikan kerjasama, sila hubungi saya melalui email a&p@globalpets.com.my . Terima kasih.

    BalasPadam