Perkembangan Hidup Anak Kucing Hingga 1 Bulan

40 ulasan
Anak kucing berumur satu minggu

Anak kucing membesar dengan cepat dan tanpa kita sedari, mereka sudah pun menjadi dewasa. Kematangan yang berlaku pada umur 6 bulan pertama adalah hampir sama sepertimana 15 tahun pertama dalam hidup manusia.

Dari awal kelahiran sehinggalah 6 bulan, anak kucing akan berubah dari kepada kucing yang matang dari segi seksual.

Anak kucing kelihatan berada dalam 2 keadaan iaitu bertenaga sepenuhnya dan tidur sepenuhnya. Mereka seperti mempunyai tenaga yang tidak kehabisan, kemudiannya tiba-tiba mereka terus tidur dengan nyenyak.

Memulakan pengalaman anda dengan anak kucing adalah amat menyeronokkan tetapi jika ini adalah kali pertama anda memelihara kucing, anda mungkin tertanya-tanya apakah bentuk perilaku normal bagi kucing.

Mengetahui apakah jangkaan yang akan berlaku adalah sangat berguna supaya anda boleh melatihnya dengan baik dan berupaya mencegah sebarang perilaku yang tidak diingini. Latihan perilaku juga menjadi lebih mudah jika dimulakan ketika kucing masih muda.

Untuk catatan ini, kita lihat dahulu bagaimana keadaannya sehingga umur 1 bulan. Dalam masa yang sama, saya pasti jika anda mengalami sendiri dan melihat kucing anda menjadi dewasa, ia adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan.

Bermula kelahiran hingga 1 bulan

Dalam tempoh ini, anak kucing akan berubah menjadi kucing yang berdikari dan tidak lagi bergantung kepada ibunya untuk makanan, suasana yang hangat dan pembuangan najis.

Anak kucing yang baru lahir tidak dapat melihat dan mendengar, tetapi boleh menghidu dan mempunyai deria sentuhan pada bahagian muka yang membolehkan mereka mendekati ibunya untuk mendapat haba.

Jika anda mendapati ada anak kucing baru lahir dan ditinggalkan, anda perlulah melakukan tugas-tugas yang dilaksanakan oleh ibu kucing.

Antara tugas yang dilakukan adalah menyusukannya dengan susu khas untuk kucing dan kemudiannya membantu mereka membuang najis. Anak kucing tidak mampu membuang sendiri sehinggalah berumur 4 minggu.

Pastikan anda menggunakan susu rumusan khas yang boleh didapati di klinik. Walaupun mereka menyukai rasa susu lembu, kucing tidak dapat menghadam laktosa di dalamnya. Ini akan menyebabkan sembelit dan bahaya bagi anak kucing.

Mulut adalah organ yang sangat penting bagi anak kucing. Mereka akan mula menggunakan mulut dalam masa kurang 1 jam selepas lahir, iaitu ketika menyusu. Dalam tempoh beberapa minggu terawal, mereka perlu di susui setiap 2-3 jam sekali.

Telinga kucing akan mula terbuka pada umur 5 hari. Mereka mula menunjukkan reaksi pada bunyi pada umur 10 hari, namun mereka masih belum dapat mengenalpasti bunyi tersebut sehinggalah berumur 3 minggu.

Mata akan terbuka antara hari ke-5 dan 14 selepas dilahirkan. Tetapi mereka masih belum boleh melihat dengan baik sehinggalah matanya telah terbuka selama beberapa hari.

Anak kucing yang baru lahir boleh merasai menggunakan kedua-dua kaki depan dan belakang. Mereka boleh berjalan dengan langkah yang tidak begitu koordinasi selama 2 minggu dan boleh menempatkan kaki depan mereka secara visual. Oh ya, mereka juga sudah mula memanjat pada umur 3 minggu.

Imuniti diturunkan kepada anak kucing ketika mereka menerima susu ibu yang pertama, dalam tempoh 24 jam pertama hidup mereka.

Imuniti ini akan mencegah mereka daripada penyakit dalam tempoh sebulan yang pertama dan terus menyusu secara normal dan dipelihara dengan baik, hangat dan bersih oleh ibu mereka.

Jika anda tidak berkongsi rencana ini
seekor kucing tidak akan dapat tidur nyenyak :(

© AlamKucing.com
Sila hormati dasar Hakcipta dan Penerbitan Semula kandungan laman ini.

40 ulasan:

  1. anak kucing saya berusia kurang dari 2 bulan. boleh bagi mandi dah ke? sebab busuk sangat.. ada najis terlekat kat bulu dia....

    BalasPadam
  2. Boleh, 2 minggu sekali pn OK. Yang terbaik menggunakan syampu khas utk kucing kerana bahannya tidak toksik. Utk memudahkan, mandikannya dalam sinki tetapi perlahankan aliran air paip kerana kucing biasanya takut dengar air mengalir (tapi bukan semua).

    Jangan jirus kepala atau halakan air ke mukanya. Selesaikan bhg badannya dulu, kemudian gosokkan sahaja kepalanya dengan menggunakan tangan.

    Mengajar kucing mandi semasa muda lebih muda kerana lama-kelamaan dia akan biasa. Selepas mandi, keringkan dan sikat bulunya. Amalkan memberi makanan kegemaraannya selepas mandi, ini utk menggalakkan supaya senang & selesa apabila tiba masa utk di mandikan.

    selamat mencuba :)

    BalasPadam
  3. salam,kucing saya baru melahirkan 3 anak kucing sebentar tadi,seekor lagi cacat dan mati..boleh tak saya mandikan ibu kucing esok? anak2 kucing2 pula bila paling awal saya boleh mandikan?

    BalasPadam
  4. Hi anon,

    Utk ibu kucing, boleh.

    Utk anak kucing, saya syorkan pada umur 1 bulan.

    BalasPadam
  5. salam,anak kucing ni mula kencing nak berak pada minggu keberapa? bila agaknya anak kucing boleh mula makan whiskes utk kitten?

    BalasPadam
  6. Hi anon,

    maksudnya berak sendiri ke? lebih kurang 3 minggu. elok ajar dia guna litter box pada masa tu.

    utk makanan pejal, lebih kurang 1 bulan. guna kitten diet/nutrisi.

    BalasPadam
  7. asalamualaikum......anon,saya rasa awak harus prihatin kepada kucing awak....takut nanti mati la pulak.....sebab anak kucing tu lembik...and jan selalu sentuh2, angkat2...nanti jadi macam anak kucing aku yang berumur 5 week 4 hari...kurus cam tak makan

    BalasPadam
  8. caner nak tau jantina anak kucing? sbb puas saya belek kejap rasa cam betina kejap rasa cam jantan..bila agaknya kita leh comform jantina anak kucing? skang drg masih umor 2 minggu lebih..confuselah..

    BalasPadam
  9. masa lahir dah blh confirm, kena tgk betul-betul :p tp lebih jelas masa umur lebih kurang 6 minggu. yg betina kemaluannya mcm satu garis menegak.

    BalasPadam
  10. salam, dh masuk 6 minggu sy jaga anak kucing terbiar yg lahir kat belakang rumah sy. pada mulanya sy nak buang saje tp melihatkan bertapa comelnye kitten 2 x jadi pulak.sy ada masaalah x tau cam ne nk jaga kitten 2. skrg pulak bulu kt kepala kitten 2 mula gugur macam kena kurap. sy dh rasa syg pulak kt kitten 2.... nak buat macam mana? kena hantar klinik ke? ada makan ubat ke?

    BalasPadam
  11. lina, seeloknya kucing yg baru kita bwk balik ke rumah tu kita cek dulu kat klinik. ubat kura[p pun ada kat klinik,

    BalasPadam
  12. salam,
    saya pun baru je mengangkat sepasang anak kucing yatim piatu beberapa minggu lepas. Ibu kucing tersebut melahirkan anaknya dipejabat kami, dan selepas itu mati dilanggar kereta di jalan besar.
    Saya dan namakan mereka, tetapi masalahnya.. anak kucing tersebut tak hiraukan saya bila di panggil nama. tapi bila hidung mereka menghidu makanan, cepat pula bagi respon.
    Dan baru baru ni ada sekor lagi anak kucing jalanan di tinggalkan ibunya. Saya bagi makan, tapi macam susah nak makan. Kepalanya macam kurap je, mata bertahi.. apa saya harus buat ya?

    BalasPadam
  13. wow..anon, tahniah sebab sanggup jaga anak kucing tu.good luck!

    awk bg makan apa ya? pastikan bg kitten diet. bukanlah berdosa pun kalau bg adult diet atau bg nasi sekalipun, tapi kitten diet mmg dh dirumus utk tumbesaran dan nutrien yg diperlukan oleh anak kucing, kalau tak nanti cepat sakit.

    kalau kotor, awk mandikan lah dia dulu. kalau kecil sgt, sekadar lap dgn tuala basah pun ok.

    lepas tu bawa ke klinik, kurap tu takleh biar lama2, nanti merebak. ubat kurap ada kat klinik.

    kalau ada apa2 kemusykilan, blh tnya lagi. cewah hehe

    BalasPadam
  14. salam..belum sempat ke klinik, baby cats dh diselamatkan jiran yg perihatin... lina di suruh letak minyak masak yg telah digunakan menggoreng ikan keatas baby cats... mulanya takut jugak nak buat tp bila dah 2-3 org mengatakan bergitu lina test n try... MENAKJUPKAN...bulu baby cats tak mengalami keguguran lg,kurap pn dh nk elok n yg paling penting baby cats lina sihat.

    lina ada 1 lagi masaalah pasal baby cats ni.... nape najisnye bau busuuuuk sgt. lh x bg tau makanan apa yg sepatutnya lina bg utk mengelakkan najisnya berbau busuk. Sblm ni lina bg whiskers yg biji2 tp baby cats x suka,skrg lina bg whiskers ikan laut dlm tin mak oiii makan x ingat punya banyak!!!!... kepala kecil tp perut bulat mcm belon hehehehe

    thanks.

    BalasPadam
  15. hai..baru2 ni saya ada beli sepasang kitten jenis persian..umor diaorg baru msk 2 bulan...masalahnya diorg x suke makan palet (makanan pejal) dan lebih gemarkan makanan basah..ada kemungkinan x kitten saya ni akan mengalami kecacingan..riso lak tgk diaorg buncit..

    BalasPadam
  16. @lina,
    sori lambt reply,bz skit. sy tak tau plak psal minyak msak tu, menjadi ke?

    bg sy,sihat atau tak sihat tu kita blh tau lps kita berkunjung ke vet.psal busuk tu, sy rs biasa je kot?tp kalau luar biasa sgt, maybe disebabkan kucing awk jenis susah nk berak,najisnya terperap lama dlm usus.

    bab makanan tu, kita bg ikut keperluan je, jgn terlebih nnti gemuk.

    @eda,
    sama mcm tadi, makanan bg ikut keperluan, kalau anak kucing tak perlu bg 1 tin. bg hidangan kecil utk 3 kali sehari. jgn ajar sgt sbb nnti dia asyik nak makan je :p

    bab cacing blh tgk kat sini.

    BalasPadam
  17. saya pun jadi mak angkat kepada anak kucing yatim piatu...bela dia masa umur seminggu rasanya..sekarang dah nak masuk 3 minggu..masalah saya ialah anak kucing tersebut masih tidak pandai mencari susu yang telah disedikan dipinggan...dan saya terpaksa guna botol susu kucing sehingga kini. macamana nak ajar anak kucing saya menjilat susu dipinggan?

    BalasPadam
  18. salam

    Legenya terjupe blog ni!
    Smlm ade ibu kucing branak & tinggalkan anak2 de 3 eko depan rumah saya.Terpaksa kami membelanye walopon dah lama cari kucing tapi nak kucing yg dah besar sikit. takperla ni rezeki kami kot. Tapi mcm jaga bb btullah sian plak maid saya berkejar2 nak jaga anak2 ngan kucing lagi. Ade tak pusat jagaan yg nak? or sesape yg nak jaga?

    BalasPadam
  19. saya baru memelihara seekor anak kucing berumur dalam 3 minggu, saya jumpa di tepi jalan dekat dengan kedai runcit, masaalahnya dia tak mahu minum susu, macam mana cara untuk bagi dia minum atau makan, susu yg g saya beri ialah susu yang saya beli di pet shop. khusus untuk kucing.

    BalasPadam
  20. kcg sya bru lhirkn ank mgu lepas, hr ni ckup 8 hri, sya plik dgn ibu kcg krana lidh'y sllu tjelir & mcm nk beritahu ssuatu kpda sya....apakh pca ldah'y tjelir??

    BalasPadam
  21. salam sejahtera...macam mana kalau kitten saya yang baru berusia 3 minggu dan telah kehilangan ibunya (dah mati)...saya bagi susu khas utk kitten...tapi baru2 ni dia dah takda selera...dan badan jadi kurus...saya tak sanggup lagi kehilangan dia...sebab dia satu-satunya warisan ibunya (persian + persian)....

    apa pandangan, pendapat yang dapat diberikan kepada saya...saya dah buntu...kalau ada jenis susu yang terbaik...bagitau saya...sy sanggup mencari agar Niko (yg the last decendent) dapat survive....

    BalasPadam
  22. 1) salam, kucing sy baru lahirkan seekor anak kucing. Adakah ini normal?

    2) Semalam, anak kucing itu mati kerana ada bengkak di kaki dan mulut. Apakah sebab2 perkara ini berlaku. Kucing ini still tidak dpt dirawat walaupon sudah menggunakan ubat doktor.

    3)Kucing saya mencari cari anaknya yg dah mati. Apa yg seharusnya sy lakukan?

    BalasPadam
  23. mintak izin sharing entry yer...

    BalasPadam
  24. salam...kucing saye baru melahirkn tetapi sekarang nie lubang dia lahirkan ade berdarah sdikit..dan sekarang nie ade ketulan yang ingin dikeluarkan...sedng kan sudah 2 hari dia melahirkan....adakah mungkin sebb anak nye lahir songsang???

    BalasPadam
  25. Salam, kucing saya (umur dah setahun setengah) tapi ibu kucing tu x pandai jaga anaknya. Kadang2 je dia dtg lawat. Anak kucing baru masuk hari-3. Tinggal seekor sahaja. 2 dh mati.

    BalasPadam
  26. salam..ank2 kucing sy ni dh berusia dlm sebulan lebih...soalan sy:
    bleh x sy nk bg mkan diorg dgn whiskas?

    BalasPadam
  27. assalamualaikum.(kalau islam) ada satu kucing tu sebenarnya mak cik saya jaga.mak cik saya dah pindah.kucing betina.mula2nya saya buat tak kisah tapi lama kelamaan saya suka dan rasa nak bela.baru2 ni kucing itu melahirkan anak..sebelum ni saya perasan juga perut kucing tu besar.saya pun bagi makan byk2 kat kucing tu(nama tak letak pun heehhe,pgl kucing tu je).hari ni kucing tu melahirkan comel sgt2..seekor..seekor lagi jiran bagi..rasanya usia anak tu sebulan kot..saya harap panduan kucing ni dapat membantu saya menjaga 3 beranak tu...kira dah jadi family..ok.

    BalasPadam
  28. salam.
    baby kitten sy baru ages 3weeks but the problm is mrk telah dijgkiti fungus...boleh tlg beri idea pd sy how 2 solve this problem?coz i really love all the kitten n nak sangat2 diorg hidup untuk meneruskan tradisi family diorg...
    hope u can help me by giving some ideas or suggestion how to recover kittens under age 3 week from fungus...
    pertolongan,ideas,suggestion n kerjasama dari pihak anda amat2 sy perlukan n sy ucapkan ribuan terima kasih...
    n klo bole tlg emailkan pada sy di 'suriatishafee@gmail.com'.
    really2 need ur help so3 much...
    tq...

    BalasPadam
  29. ain- MANJE-
    helo. hi, sy nk tanya kalau anak kucing yg selalu sgt kna penyakit taik mata tu mcm ne nk jaga? dh kasi ubat mata n lap2 dh mata die..dh bwk p veterinar pun. veterinar ckp mak depa punye breast yg ade kuman..mcm ne ni..? sian aarh kt depa tu..ape nk bg susu kt depa? umor bru 1 bulan..mcm ne nk suap susu? apa nama susu ank kucing? nnti bleh la sy cari kt kedai...=)

    BalasPadam
  30. askum...baru2 ni saya ada jumpa anak kucing yang masih bertali pusat sudah hampir 1 bulan jugak lah saya menjaga nya dan memberinya susu khas kitten dan saya sering juga bersihkan nya dibhgian mulut, mata ........tapi saya tak pasti pulak dibahagian mulutnya bulu terkopek2....makin hari makin banyak...seperti berkerap..apakah itu kurap...tetapi yang menyedihkan saya tiba 2 pg tu badannya sudah lembik tak bermaya...saya pun tak pasti apa puncanya...sbb ptg tu reaksi anak kucing tu okey jer...dlm kul 5pg tu dia dah mati...tapi sekarang saya masih tertanya apa puncanya...!!!???? boleh bantu saya ..

    BalasPadam
  31. Hi,sy ade 5 ekor ank kucing berumur 3 minggu, mak nye dh xde tak tahu pegi mane@ mungkin dh xde, sy nk tanye, bulu ank2 kucing sy keras lps sy lap dgn wet tissue, bole ke ank2 kucing tu dimandi kn pd minggu ke 4, lg satu mcm mane nk buat sbb ade sekor tu suke isap telinga yg lain.

    BalasPadam
  32. anak kucing saya pun dah melahirkan anak. comel sangat! 4 ekor. 3 kelabu berbelang2, dan sekor tu warna hitam je. ada putih sikit dekat dada. saya pun tak sabar nak tunggu anak kucing tu membesar! hari ni, masuk 5 hari umur anak kucing tu. mesti lagi comel masa dia sedang2 membesar nanti kan?

    BalasPadam
  33. Wahh. Hari ini tepat 3 minggu umur anak kucing saya. Tadi, masa tengah melayan internet, tiba2 penuh satu bilik dengan bau yang tidak menyenangkan. Saya pun hairan dari mana datangnya bau tu. Saya jenguk keluar melalui tingkap, takde jugak ape2 yang brlaku. Saya buka pintu bilik, bukan jugak bau tu datang daripada luar. Jenguk2, laaaa. Anak kucing yang berusia 21 hari ni dah mula membuang air besar! Patutlah lain semacam je bau. Lepas tu, saya cuba cuba la bagi anak kucing tu Whiskas yang lembut tu, yang dalam tin, mula2 susah sikit nak makan. Dia hidu je, lepas tu buat tak tahu. Lama kelamaan, yang sekor makan, pastu sekor lagi, pastu yg seterusnya. Senang sikit hati. Apa2 pun, saya mendapat segala tips daripada blog ni! Terima kasih !

    BalasPadam
  34. anak kucing parsi saya berusia 1 bulan,dan ada masalah pada kedua2 belah matanya, matanya merah berair, kadang2 ada taik mata melekat dekat kelopak, adakah ia normal???

    kedua,adakah normal untuk anak kucing yang berusia sebulan,kadang2 mengalami cirit birit..,adakah ia normal??

    BalasPadam
  35. Salam. nak tnya ni. sy ade 2 ekor anak kucing umur 3 hari. camne nak jaga ye? takde experience lgsg ni. sbb alergi kucing. tapi kesian punye pasal, gagahkan diri jugak la jaga. boleh ke strt mandikan? sbb takleh la kucing tak mndi, nanti mata sy bengkak2 n merah. bab mkn pulak mcm mane? tlg please. tq

    BalasPadam
  36. Hyi....sy bela 4 ekor kucing yg dtgglkn ibunyer...sy xpnh jge kucing..apatah ag kitten...ada seekor kitten ni xleh berenggang dgn sy..ble dkt dgn sy dia akn jilat2 kaki n tgn sy seolah2 dia ngah myusu..ble sy bg susu dia xnk mnum..musykil...adakah sbb dia tgh skt atau indukn ibu dia.
    Thanks..

    BalasPadam
  37. Jijie


    Hi . 2 minggu lepas i baru jumpa 3 ekor anak kucing dekat satu lorong ni. Ada pak cik tu kata kalau takde sape ambil anak2 kucing tu , anak kucing tu maybe akan kena makan dgn aniing . So bapa i pon adopt lah dia. Sekarang umur dia dalam 33 or 4 weeks. Semalam sekor mati . Hari ni lagi sekolr tu macam tak bermaya. Dia asyik baring . Dia macam makin kurus. Bunyi yg keluar dari mulut dia pon pelik , dia tak mengiaw. Dia macam buat bunyi kerbau . I tak tau lah nak cakap macam mana.dia buat bunyi gini 'aawwrgh' tapi perlahan dan tak bermaya. apa yg perlu i buat eh ?

    BalasPadam
  38. Saya mau tnya gan . Kucing saya barusan lahir tali ari2nya membundat dibkaki nya dan skrng kaki nya bengkak cara mengobatinya gmna gan biar j bengkak lg? Tolong bls ke nmr saya . Plis gaan tolong bngt 08976769797

    BalasPadam
  39. Hy . Sy ad selamatkan sekor ank kucing ni . Dia baru je lahir dlm lebih kurg 2hr . Tp ibu dia tngglkn dia . Mcmmne agknye care penjagaan kucing yg baru lahir eh ? Dan pd umur brpkh kucing mule berak sndiri ?

    BalasPadam
  40. kucing saya baru 1 minggu klu saya tak silap sb kwn bg tp mata blm bukak lg telinga pun msi lg berlipat. masalahnya perutnya dah buncit tp xberak lg. anak kucing 1 minggu berapa kli berak sehari ya? n mcm mana nak susu kn. mksd saya berapa sudu susu dan berapa byk air spaya dia ble berak?

    BalasPadam