Bagaimana Merawat Kucing Yang Cirit-Birit

35 ulasan
Kucing dirawat di klinik

Setelah punca masalah cirit-birit dikenalpasti, rawatan susulan boleh di lakukan. Langkah pertama adalah mengasingkan punca masalah itu sendiri. Misalnya jika susu lembu menjadi punca, maka buangkannya dari diet.

Rawatan cirit akibat susu

Produk berasaskan tenusu boleh dihindarkan daripada diet tanpa menyebabkan kekurangan nutrien kerana ia bukannya sebahagian dari diet yang sihat untuk kucing.

Jika terlebih makan adalah puncanya (dikenalpasti dari beberapa ketul najis besar,cair, tidak berbentuk) maka pemakanannya perlu dikawal. Berikannya 3 kali hidangan kecil berbanding sekali hidangan besar sehari.

Bawakan air dari rumah atau air botol jika anda membawanya ke kampung kerana air di tempat berbeza juga boleh menyebabkan cirit-birit (bagi manusia, air semuanya sama tapi kucing mempunyai deria rasa yang berbeza).

Rawatan cirit akibat keracunan

Jika bahan toksik hadir dalam badan, bahannya perlu dikenalpasti kerana antidot yang spesifik boleh diperoleh. Atau bawa sahaja kucing anda ke klinik untuk pemeriksaan.

Rawatan cirit akibat alahan

Cirit yang disebabkan oleh alahan makanan boleh dirawat dengan memperkenalkannya diet khas (perlu dirujuk kepada vet) selama lebih kurang 8 minggu.

Jika ciritnya hilang, kucing itu boleh dibiarkan dalam program diet ini, atau lain-lain makanan boleh diperkenalkan secara sedikit demi sedikit sehingga bahan alahan itu dikenalpasti (apabila simptom cirit itu berulang semula). Bahan makanan yang telah dikenalpasti itu kemudiannya perlu dibuang daripada diet.

Alahan yang menyebabkan muntah atau cirit-birit ini biasanya tindakbalas terhadap unsur protein dalam makanan, pengawet, perasa, pewarna atau apa sahaja yang terkandung dalam makanan itu.

Selain itu, jenama seperti Eukanuba, dan Royal Cannin terutamanya, mengandungi diet khas untuk masalah alahan makanan.

Anda boleh melihat labelnya tertulis Hypoallergenic, Neutral Formula, Limited Ingredients atau Ultra Allergen. Makanan ini adalah khas untuk kucing yang mengalami masalah alahan.

Rawatan umum cirit akibat radang usus besar

Cirit yang singkat tanpa kehilangan bendalir yang banyak boleh dirawat di rumah. Jangan beri sebarang makanan selama 24 jam, berikan jumlah air yang sedikit untuk kucing menjilat.

Serat larut yang terkandung dalam labu boleh membantu melambatkan pergerakan usus. Setelah kucing dipuasakan, berikan ½ atau sesudu labu penyek digaulkan bersama dada ayam yang direbus kosong.

Berikan kepadanya 4 - 8 jam sekali dan perhatikan keadaan tahinya. Jika keadaan masih tidak berubah, bersegeralah ke klinik.

Apabila kucing kelihatan semakin sembuh, perkenalkan makanan pejal semula secara berperingkat (3-4 kali hidangan kecil sehari). Mulakan dengan diet yang tinggi protein daripada haiwan dan bukannya tumbuhan.

Elakkan makanan tinggi karbohidrat dan makanan kering kerana karbohidrat yang berlebihan boleh menyebabkan cirit berulang. Secara berperingkat juga, kucing anda boleh kembali kepada diet biasanya.

Jika kucing anda diketahui mengalami radang usus besar maka saya syorkan agar anda menimbangkan seberat-beratnya untuk menukar dietnya kepada makanan basah sahaja, tidak kiralah premium atau komersil.

Makanan basah komersil, jika dibandingkan gram dengan gram, kebanyakannya mengandungi kadar protein tinggi dan karbohidrat rendah, lebih baik berbanding makanan kering premium, secara umumnya.

Tapi pilih-pilihlah juga, jangan diambil pula makanan basah yang banyak perasa tiruan.

Ada sesetengah pemilik kucing menggunakan bahan yang dipanggil Loperamide atau Imodium untuk melambatkan aktiviti dalam usus kucing. Rujuk kepada doktor anda terlebih dahulu untuk perkara ini.

Akhir kata

Kucing yang mengalami cirit-birit berlanjutan lebih dari 24 jam perlu di bawa ke klinik tanpa lengah. Bawakan sekali sampel najis kucing anda supaya ianya boleh diperiksa kehadiran parasit atau bakteria.

Kucing akan kehilangan bendalir badan dengan cepat dalam situasi cirit-birit, dan boleh membawa kepada kejutan serta pengsan.

Punca cirit yang kronik boleh menjadi sukar untuk ditentukan dan memerlukan analisis makmal serta kawalselia oleh doktor profesional.

Jika anda tidak berkongsi rencana ini
seekor kucing tidak akan dapat tidur nyenyak :(

© AlamKucing.com
Sila hormati dasar Hakcipta dan Penerbitan Semula kandungan laman ini.

35 ulasan:

  1. i baru jumpa anak kucing persi..dibuang or ditinggalkan ibu tah la..umur i rasa dalam 3 minggu..leh bagi mandi ker?selain mandi macam ner nak buang kutu yang ada pada si comel ni...satu lagi..i telah bantu untuk dia kencing tapi berak tak keluar pulak...bahaya tak kat si comel ini klu x berak???

    BalasPadam
  2. boleh bagi mandi, nak buang kutu ada syampu khas. guna sikat kutu pun boleh. ubat pun ada beberapa jenis di kedai.

    utk berak, cuba lembabkan dan gosok bhg punggungnya dengan kain lembut & lembab selepas makan. kalau 2 hari tak berak juga, pegamng perut kalau rasa keras bawa ke klinik

    BalasPadam
  3. wow..the great blog about cat.saya baru ada persian cats. 2 ekor, adik beri.tengah study menjaga kucing ni..blog ni membantu saya mengenali kucing..thanks alot..semoga anda dimurahkan rezeki selamanya..

    BalasPadam
  4. saya ader bela kucing jenis dhl...tp semalam subuh die muntah....then mgkin ptg kot dier muntah lagi...muntah nyer masih berbentuk makanan nyer cume beza nyer sikit kembag...then dr semalm die tak beyak lg cume buang air kecikjer...saya dah risu giler ni....tp dier masih nk mkan ...cume beza nyer...makanan yg dah agak lemau,.....die tak nk makn.....pastu dier makan tp tak sebanyak selalu...tp bile bg tibits untuk kucing....suker lak makan. knape ye...tolong la.

    BalasPadam
  5. jawab ler en.felis

    BalasPadam
  6. anak kucing saya baru berumur sebulan ( mix parsi ) dah dua hari dia cirit birit..kesian sgt saya tgk dia..sebelum ni dia la yg paling aktif..lepas kena cirit birit..dia mcm x bermaya..utk pengetahuan, dia hanya minum susu ibunya..saya jd x berani nak bg dia makan wet food (for junior)...saya buntu..sbb adik beradik dia xde masalah pon..hanya dia je seekor..boleh bantu saya..??

    BalasPadam
  7. sy pny ank kucing siam, tp mnggu terakhir ni dy cirit-birit, sy bngung hrus mcam mn? sebab mama sy kata, slah dr mkn, tp sy rsa mkn'ny baik

    BalasPadam
  8. saya ada seekor anak kucing,dan kucing sy sudah cirit birit hampit 3 hari huhu sya risau dgn keadaan nya,selera makanya juga makin bkurangan,bila sy beri friskis dia taknak mkn tp bila sya bg isi ayam dya mkn bnyak,sya tahu spatutnya dia tak bley mkn aym tp sya sdey klu tgk dya tak mkn,najisnya nya terdapat sedikit darah dan kadg2 dya akn tebuang najuis dgn kerap dn dmerata2 tmpat,apa yg harus sy lakukn huhu

    BalasPadam
  9. kalau hantar pegi jmpe vet kene byr ke ?? then , kalu nk beli ubat utk kucing yg cirit birit mahal ke ???

    BalasPadam
  10. kalau hantar pegi jmpe vet kene byr ke ?? then , kalu nk beli ubat utk kucing yg cirit birit mahal ke ???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pernh anta konsultasi dan injet 20. Ubat sebotol 10

      Padam
  11. kucing saya mengalami berak berdarah.cair pulak tu.saya selalu bagi makan wiskas, friskiesdan nasi campur ikan/daging/ayam.saya bagi minum susu lembu jugak.saya tak tau macam mane nk rawat.kalau bahaya tolong jawab cepat sikit PLEASE.tq

    BalasPadam
  12. sy ada 3ekor kucing,jnis mknn nye sy bg jnis yg kering.sy nk tnya knp dorg berak ada kuar darah?hal ni sering berlaku tiap kali dorg berak.

    BalasPadam
  13. kucing saya mengalami cirit birit sudah 2 hari...dan matanya nye juga ade selaput warna putih tapi selaput tu hnye menutupi setengah matanye je... apa punca?

    BalasPadam
  14. ada kucing sesat kat umah sy.. anak kucing.. tp bontot dye sentiasa ada najis yg cair.. n bontot dye merah.. slalu gak cuci tp pastu dye berak lg.. melekat abis kt bulu.. kdg2 ada ulat dekat bontot dye.. mcm mane nak buat ye.. kami ni student nak bwk pg vet mmg xberwang lah.. hihi mampu cuci je..

    BalasPadam
  15. biasanya kucng berak berdarah dsbbkn batu karang,plz refer ke vet dgn kadar segera!

    BalasPadam
  16. Nak tanya. anak kucing saya ni ada masalah sembelit skrg ni. Anak kucing saya tu masi lg menyusu. Apa yg harus sya lakukan selain g klinik vet.

    BalasPadam
  17. saya ada 2 ekor kucing...mase umur kucing tue 2 bulan saya dah pergi klinik veterinar utk cucuk vaksin...tapi lpas kucing tue cucuk vaksin diorang tros kene cirit birit...kenape yew???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sepatutnya kucing perlu divaksin ketika sihat sahaja. Ketahanan kucing perlu kuat untuk melawan vaksin yang diberikan.

      Padam
  18. i ada anak kucing 2ekor umur dlm 2bln...i bg mkan nasi dgn ikan rebus...tp bru2 ni yg sekor tu kuat mkan...smpai ada najis klua2 kat bontot dye..tp bukan cirit...yg sekor lak bile tido mate dye akan di penuhi dgn taik mate...stiap kali bngun i kne lap kan...klau x dye xleh bukak mate..adkah sbb i bg mkan nasi dgn ikan rebus diorng jd cmni?..mreka ni xda ibu...strays i jmpe kat kedai :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasi dan ikan rebus tak cukup zat. Cirit pada kucing awak mungkin berpunca daripada makanan.

      Cuci telinga dan hidung dengan larutan cuka epal 50%. Untuk mata gunakan 10% sekali-dua sahaja lepas itu guna kain biasa.

      Tambah cuka epal dalam makanannya, calitkan juga pada kaki depan.

      Padam
  19. saya mempunyai anak kucing persi,dia cirit birit berdarah yang berbau....adakah ini punya daripada makanan ditukar mendadak dan adakah ini penyakit yang amat berbahaya...tolong bagi info thanks you...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk tukar makanan perlu dibuat beransur-ansur, misalnya 1/3 jenama baru dan 2/3 jenama lama selama beberapa hari. Kemudian naikkan 2/3 jenama baru dan 1/3 jenama lama untuk beberapa hari kemudian. Sehinggalah makanan kucing ditukar sepenuhnya kepada jenama atau diet baru.

      Tukar makanan mendadak biasanya menyebabkan cirit-birit tapi *bukan* berdarah.

      Bila ada darah dalam tahinya bermakna ada masalah lain, mungkin dari gangguan usus kecil atau keradangan dalam perut.

      Tak banyak pilihan lain kecuali ke vet untuk dapat kesahihan.

      Untuk sementara cuba puasakan dulu kucing macam artikel di atas.

      Padam
    2. Terima kasih bro,saya dh bawa ke vet tadi,dia berak berdarah punca kuman d makanan...so lepas nie kene bagi makanan teratur n tidak tgglkan makanan selepas mkn...bz berkerja ingatkan tgglkan makanan supaya dia x lapar d tgh hari....tapi setiap 12 jam adalah cukup selang makanan dia...terimak kasih skali lagi bro...

      Padam
  20. Anak kucing(2bulan lebih)mengalami cirit birit bleh minum air Glucose product Glucolin?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum... sya ade masalah kucing la.. 2-3 hari ni dia tak nak makan minum susu pon kurang dia minun air kosong sikit sikit skrg mate dia sakit mcm bengkak, punggung dia pulak mcm teruk je sya pon tk tahu mcm mna nk cerita.. ubat dah bgi fah tpi still tak hilng sakit dia.. ade pendapat dan tips tak??

      Padam
  21. Salam nk tnya,sya ada kucing yg beli kt kedai..tp masalahnya dia nampak tak sihat je..selalu muntah kuar cam gumpalan bulu..tp x pasti plk..sbb sya geli ngt tgk..tp dia mmg berak cirit dr dulu lg..sya prasan kt najis dia cam ada ulat..blh sya tau kenapa..

    BalasPadam
  22. 3minggu yg lalu sy punggut kucing,x tau kucing tu d buang ato mcmmnana sy pun x tau...masa sy punggut kucing tu keadaan nya teruk,berkudis,berkutu,kuku kaki rosak(tiada bentuk kuku kaki lagi) tp syukur kudis dan kutu kucing tu dah hilang,tpi kuku kaki tu teruk ...tp skrg kucing tu mengalami cirit birit,mungkin alahan makanan...tp kucing sy yg 1tu tak pula...padahal mkn sama saja..

    BalasPadam
  23. assalam n hi, sy ad 3 ekor anak kucing. slepas 2bulan, seekor kucing sy nmpk xlalu mkn n deman. sy bwk klinik haiwan, dr. bg ubat mnum jd sy terpaksa suap ubat tu slps mkn..tp da lbih 3 hari, xde perubahan pon, bdan dia still panas n xlalu mkn. sy prasan dia berak cair, faktor ubat ke dia bertambh xsihat?

    BalasPadam
  24. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  25. sya ada seekor kucing..dia cirit birit dh dekt sebulan....sya dh bwk prgi vet,tapi tetap cirit...malah sampai dia xdpt kwl lg...boleh kew sya guna cara rawatan yg anda berikan...

    BalasPadam
  26. sy nk tnya sikit,sy ada seekor kucing berumur satu tahun lebih.selama satu tahun dua buln sy jaga n x pernah sekali pon berak dalam rumah and last month,dia start berak dlm rumh.at first memng sy ingatkn dia takut nk kluar sbb ada orng pasng khemah untuk wedding akk sy,tp benda ni berlanjutan smpai sekarang.sy pernah ada kucing mcm ni tp lg teruk n bila dia jln je najis dia terkeluar,then sy bawak pergi jumpa vet then vet tu ckp otot dia dh x kuat,thats y dia mcm tu.but i hope kucing sy yg ni cuma cirit birit biasa je lh.if anyone know psl benda ni pls bg pendapat n cadangan selain bawak jumpa vet sbb semua sibuk bekerja n belajar:)

    BalasPadam
  27. Aslm semlm kucing sy mati n hri ni pagi tkdi mati pulak n lps asar tkdi ade pulak yg mati...semua ank kucing..itu terjadi adakah sbb virus kucing yg mati..sy ade lagi 1 ekor je mak dh tk ada..umur baru 3 minggu..sy mmg sentiase pegang ank kucing lagi2 nk beri susu lps tu sblm dia mati dia akan berak smpai keluar darah dan najis dia bentuk mcm kacang berwarna hitam pekat dan berdarah jugak...sapa tahu kenapa kucing saya jadi begini? Dan apa yg perlu sy buat untuk jaga betul2 kucing sy yg lagi seekor ni..dan apa yg perlu sy buat skrg? Sapa2 yg tahu sy harap sngt boleh bagi pendapat dan cadangan.

    BalasPadam
  28. sebelum saya tahu kucing saya mengandung... kucing saya mengalami muntah berbuih pastu jarang makan, berak berwarna hitam dan kencing kuning pekat. Selepas beberapa hari kucing saya tu mengalami keguguran, sehari demi sehari kucing saya meneran, badan kucing saya makin susut. Makan pon sikit je, boleh bantu saya x utk tlg kucing saya cergas seperti biasa?

    BalasPadam
  29. Saya baru bela ank 2 ekor ank kucing berusia 3 minggu tiada ibu... bagaimana nk jaga jika cirit birit?sudah dptkn ubat cirit birit..cuma brp lama baru beri susu jika msh cirit birit?bila dah minum susu..terus buang cecair yg d minum-cirit-birit...

    BalasPadam