Tempoh Mengawan Kucing Betina

62 ulasan
Kucing betina sedang galak

Kebanyakan kucing betina akan mencapai tahap matang atau galak pada umur 6 bulan dan berulang setiap 2 minggu sekali sehinggalah mereka bunting.

Kitar ini bermula dengan proestrus yang berlangsung antara 2-3 hari. Pada peringkat ini, kucing akan betina akan menunjukkan bahawa mereka sedia mengawan tetapi masih tidak membenarkan kucing jantan mendekatinya.

Tidak duduk diam, suara yang meninggi, geselan muka dan berguling-guling adalah antara tanda kecil peningkatan seksual kucing betina.

Setelah itu kucing betina akan mengalami tempoh estrus. Perlakuan sepertimana tempoh proestrus akan lebih menonjol dan pada peringkat ini kucing betina akan membenarkan kucing jantan mendekatinya.

Jika tiada kucing jantan dan tiada sesi mengawan, estrus akan berlangsung sehingga 10-14 hari. Kemudiannya kucing betina akan berehat selama 2-3 minggu, sebelum kitar ini bermula sekali lagi.

Tempoh estrus yang berulang ini boleh memberikan tekanan kepada pemilik kucing kerana tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan untuk menghentikan atau menenangkan kelakuan kucing betina pada ketika ini.

Ia juga turut memberikan tekanan kepada kucing itu sendiri kerana mereka tidak dapat mengawal keinginan untuk mencari pasangan pada tempoh ini.

Kadangkala selera makan akan berkurang dan tidurnya terganggu ketika tempoh estrus. Semasa kucing betina dalam estrus, mereka tidak mengeluarkan darah sepertimana anjing tetapi akan mengalami perubahan terhadap tingkahlaku mereka.

Perubahan yang biasa berlaku adalah:

  • Suara semakin meninggi
  • Berguling-guling dan berteriak
  • Meniarap di atas perutnya sambil bahagian belakang diangkat tinggi
  • Kelakuan lebih mesra dan manja berbanding biasa
  • Sentiasa mencari jalan untuk keluar rumah
  • Kencing di luar kotak najis, biasanya pada permukaan menegak

Tempoh metestrus akan berlaku sehari selepas estrus. Pada tempoh ini, kucing betina akan menjauhi kucing jantan dan menghalaunya secara agresif. Kucing akan mengandung jika persenyawaan berlaku semasa proses mengawan.

Tempoh anestrus adalah tempoh terakhir dalam kitar estrous ini dan merupakan tempoh yang diam atau bertenang.

Jika anda tidak berkongsi rencana ini
seekor kucing tidak akan dapat tidur nyenyak :(

© AlamKucing.com
Sila hormati dasar Hakcipta dan Penerbitan Semula kandungan laman ini.

62 ulasan:

  1. hai.. recently i had a problem wif my female kitten, sblm ni my male kitten xda masalah mcm ni.die skrg manja smcm dan asyik mengiau n asik tonggeng2 my mom said maybe die cacing sbb die geli.tp sy takut pulak kalau die x cacing n sy bg die mkn ubat cacing ada side effect ke?

    plz reply my question...

    BalasPadam
    Balasan
    1. 5bulan blh jadi ke female kitten on heat

      Padam
  2. hi miera,

    Saya rasa kucing awk bukannya masalah cacing tapi sedang berada dalam tempoh mengawan, seperti dalam topik ni.

    Tanda-tanda kucing yg mengalami masalah cacing adalah bertentangan dgn apa yg ditonjolkan oleh kucing awk.

    Bacaan lanjut di sini.

    Mengenai soalan, sebenarnya semua ubat ada side effect, pastikan dosnya betul dan jika kucing tu mengandung better confirm kan dulu dgn vet.

    BalasPadam
  3. hi,thanks 4 the reply but before u reply my question i already make an experimen by given my female kitten to my male cat.after they mating the kitten act like normal for a few minutes but after that die tonggeng2 blk.so here my 2nd question, does the simptom shows above will be repeat for a few days??

    BalasPadam
  4. Haha, yes...normally for a week..a few times a day :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selepas melahirkan ank dan ank2 sdh berumur 2 bln, adakah ibu kucing bersedia utk mngawan dan bunting kembali? Tq

      Padam
  5. bila musim mengawan tu tamat? geli la tgk kucing ni bergesel2..mcm kucing miang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  6. anjut, kalau dia tak dapat kapel, paling lama 2 minggu. benda ni akan berulang lagi. elok spay kan aje, tak pyh nak pening kepala.

    BalasPadam
  7. hye,sy ni sebenarnye kurang pasti.sy ada kucing betina... Bela dr kecik.. So,few day bef0re,dia tlebih manje...sebln lepas,i start la bc mcm mane nk tau kucing nk mate dgn mcm nk mating kan cat ni.so,semlm sy pun pi crik service mating tok my cat.. however, jd masalah.asek gado la plak.. My cat smpi tkencing2 n tberak..jd risau plak..i nk mate kan dia based on tanda2 yg diberi.. I usap2 dia,dia t0nggek n mghala b0nt0t dia yg bucuk 2 kt i.dok gesel... Asek miau2... Dan bulu dia cm gugur.byk lak 2..isk..mcm mane yerk.. Btol ke ni ms yg sesuai nk mate my cat..? Pening.t0l0ng..

    BalasPadam
  8. saya pening dan gelisah bila kucing betina saya keluar darah yang agak bnyak dr alat kelamin dia..please help me!!

    BalasPadam
  9. Seelok-eloknya umur berapa yang sesuai bagi 4 kucing betina untuk bagi kapel ngan kucing jantan???sebab kucing i bru umur 4 bulan tp da nk start mengawan..

    BalasPadam
  10. hai..sya nk tanye, mcm mne nk taw klo kucing tu bunting atau tdak..di rumah, sy ade sekor kucing jantan & betina.. umur mereka lbih kurang 10 bln dan sdah lme tgal brsama tetapi blum penah mndptkn pengesahan dr vet yg kucing betinanya bunting walaupun dah byk kali sy nmpak mereka mengawan..baru2 ni, kucing betina sya muntah beberapa kali..jadi sya nk taw klo adakah muntah ni slah satu tanda kucing bubting atau dia tdak sihat?? yg peliknye, kucing betina sya x plak lemah atau buat ape2 luar dr kebiasaannya..harap dpt membantu..thanx

    BalasPadam
  11. kucing betina saye da nak masuk umur 7 bulan..the problem is..bulu kucing saye byk gugur..kalau rabbit, bulu gugur tu tandenye nk beranak..kucing saye ni xpernah pon mengawan ngn kucing jantan..so saye tau la die ni xngndung...kucing saye ade masalah ke??please help me!!

    BalasPadam
  12. hai..saya ad sekor kucing siam yg umrnye nak masuk 7 bln...fizikal dia kecil dan masih mcm kitten, main lari2, manje. tapi baru2 ni ade kucing jantan dah mengawan dgn dia. saya risau sgt sbb dia msih kecil dan saya tak dpt mmbyngkan kalau dia mengandung..macam mana pulak kesihatan dia kalau mengandung waktu umur dia baru nak masuk 7 bulan dan fizikal dia yang kecik..lagi satu lepas dia mengawan tu dia mengeluarkan bunyi macam tangah sakit and dia tak bagi saya nak angkat dan belai dia..kenapa yer??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siamese cat especially female, will start in heat from 4 month. My siamese cat in heat starting 5 month. Your cat in heat in 7 month is much better.

      Padam
  13. Peeehhhhh....mmg tertekan ak skrg Ne...da 2 hari si kucing2 Ne buat ak xtdo Lena....memekak je...siot tol...bru ak tau btpe seksay jg kucing betina.

    BalasPadam
  14. Macam mana nak kahwinkan kucing yg dua dua dara

    BalasPadam
  15. nak spay..mmg xdela nak buat..kesian..beh je kawal populasi kucing, tapi nk spay..cian..so skrg luna sy da gedik2..

    BalasPadam
  16. Patot laa plek je kelakuannya..stress jgk ni..rsau sbb nk tgal blik kg..adoii

    BalasPadam
  17. When is the right time to spay the cat? Can we spay them during musim mengawan? Thanks.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak boleh. Usually 14 days after the cat in heat (mengawan)

      Padam
  18. nak ty, dulu kucing sy penah ngndung, tp ank dia keluar xckp bulan,ms kluar tu msh dlm karung dia.. sjk dr tu,dia dh xngndung lagi.. n kucing jantan sy pulak yg baru ni xpandai nk mengawan kot,sb dia ad mengawan jgk tp xngndung,adakah tu mslh yg jantan atau mslh yg betina?

    BalasPadam
  19. Assalammualaikum;)
    Suka entri nih..
    Bnyk info sy perolehi..

    BalasPadam
  20. Saya ambik kucing dr tmpt keja...ibu dan anak...sekarang ni maknyer mmg nmpk tanda miang balik dh...jumpa kucing jntan..nk kluar je..bising...agak2 ada xcara lain .....nk elakkan ngndung lg..mcm makan perancang ke cmna..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau anaknya dah cerai susu, bolehlah dimandulkan ibunya.

      Kalau tak, memang begitulah keadaannya; bunting > menggatal > bunting lagi dan seterusnya.

      Pil perancang tu sekali-sekala bolehlah sebagai langkah sementara. Saya tak syorkan sebab risiko kencing manis.

      Penyelesaian mutlak ialah mandul, kecuali ibunya ada masalah kesihatan lain.

      Rujuk: Panduan Memandulkan Kucing Betina.

      Padam
  21. Kucing betina Saya last pregnant bln januari..sampai skg x pregnant. Peliknya x prnah nampak gejala heat ni..Kucing sy outdoor..DLH sy ambil dari jlnan..kucing pun ada yg monopous ke?

    BalasPadam
  22. Apa mslah kalau kucing betina x nak mgwan..saya ada dua ekor kucing spang.yg jntan nak mgwan tpi betina x nak

    BalasPadam
  23. Inilah yang tengah terjadi sekarang..pening saya..dengan saya sekali stress..nak lepas keluar tak berani..huhuhu..pening...

    BalasPadam
  24. kucing saya dalam tempoh mengawan, eeee stress pulak aku dgr ngiaww2 dia πŸ˜’

    BalasPadam
  25. Hai, saya ingin bertanya. Jika kucing betina dikurung dan tidak dibenarkan mengawan. Adakah akan mengakibatkan apa apa masalah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak silap saya yg saya tahu boleh menyebabkan jangkitan pada rahim dia dan boleh mati.

      Padam
  26. hai.. Byk info berguna. fahamla sy kenapa lately my pet's lain mcm. Today iz 2nd day. br 5 bln lbh. Kecik lg kot. Adehhh... She's indoor cat. xbiasa jumpa org lain

    BalasPadam
  27. Hai.. macam mana nak buat ye.. kucing sy ambil baru melahirkan ank 3 ekor, usia ank dalam 21 hari, sekarang ibu kucing dah mengawan semula, keluar 7 & 8 jam baru balik. Anak2 kesian kelaparan. Ibu kucing tu pn nampak keletihan & susu mcm dh kurang.. hurmmm

    BalasPadam
  28. As'salam.. Sya nak tnya ni, kucing sya betina, skrg dia dlm tempoh nak mngawan, dia kluar dri rmah, biasanya dia ada skitar luar rmah ja, sdh sehari tak blik, dah puas cari tk jmpa.. Agaknya dia pndai blik rumah jga tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama kucing saya..mcm mana story kucing tu adakah dia pulang semula?

      Padam
  29. saya ada sepasang kucing kami bela sejak umur 4 bulan, bile dah umur 8 bulan kami lepas bebas dan kadang2 biarkan keluar rumah ambil ketenangan, kadang2 kami terfikir knp kucing betina ni luka2 kat atas kepala, sanpailah harini saya terperasan rupanya luka tu dari kucing jantan yang gigit masa mengawan, soalan saya adkah kucing jantan saya tu normal sampai gigit kepala sibetina luka2, tq yer admin

    BalasPadam
  30. hi saya ada kucing betine yg sikap nye macam ni...kalau sy tak bg kucing jantan atau mandulkan dia ada effect apa2 tak??

    BalasPadam
  31. Kucing betina saya dah on heat..tapi yang jantan buat tak tahu ja..kenapa ya

    BalasPadam
  32. Saya nak tau macam mana nak berikan susu pada anak kucing yg tinggalkan ibunya.. Kerana ibunya pergi mengete lagi dengan jantan lain.. Anak kucing ni barunumur 3 minggu.. Masalah saya.. Masa anak kucing mengiau tentu saja dia lapar.. Bila saya cuba beri minum susu agak sukar.. Kerana anak kucing nibtdk beri kerja sama buka mulut.. Nak paksa kesian juga.. Kan sebelum ni anak kucing ni menyusu dari puting ibu nya. Saya kasiankan anak kucing ni.. Tapi tak tau apa cara supaya anak kucing ni mau buka mulutnya..sebb jika keadaan ni berterusan.. Konfom anak kucing pasti mati.. Sebb saya ambik anak kucing ni...gara2 perilaku ibu kucing yg mengoyakkan anaknyaerti kata lain anaknya dibunuh sejak ada boyprien baru dgn ibu kucing.. Dari lima beradik 2 darinya sdh mati ibu kucing kerjakan..tapi sy tidakdapat paksa ank kucing utk menyusu

    BalasPadam
    Balasan
    1. pki shrink..slowly pump.. lps susu..touch slowly bird kitten..tuk suh die pee.

      Padam
  33. Salam...nak tanye...mcm ne nk bagi kucing on heat semula???..sebab kucing sy lepas beranak sampai anak nye usia 7 bulan..si ibu masih lagi belum ade tande2 on heat atau nk mengawan....ade ke petua untuk bagi dia on heat semula...???

    BalasPadam
  34. im.stressss right now, she so smoll, dah gedik² dgn jantan. dahtu takdpt yg luar dia boleh pulak dgn adik dia sendiri aduhhhhh letih la

    BalasPadam
  35. Assalamualaikum saya nak kawin kan kucing2 saya yg sama breed. Masalahnya dorang asik gaduh teruk.. Yang betina prefer kucing breed lain.. Alahai..macamna ya nak bagi betina tu suka kat jantan dr breed yg sama?

    BalasPadam
  36. Untuk proses mengawan kucing betina kena waktu on heat saje ke. Atau dlm waktu selepas tu masih boleh. Sebab saya baru dpt pasangan kucing betina saya. Dia baru 2 hari tenang selepas on heat 4-5 hari. Tapi skrg garang dgn kucing jantan tu. Atau saya ken tunggu waktu onheat di baru di kurung bersama.

    BalasPadam
  37. Kucing Betina saya lepas mengawan tidak pandai balik sudah, satu minggu sudah hilang, saya masih berharap dia akan balik rumah semula 😭😭😭

    BalasPadam
  38. Hai nak tanya sehari berapa banyak kucing mengawan and berapa hari

    BalasPadam
  39. Hai nak tanya sehari berapa banyak kucing mengawan and berapa hari

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kucing mengawan 14 hari. 24 jam. Nak elakkan dia selalu manja, just main dengan dia.

      Padam
  40. Sy ade bela kucing..2 betina 1 jntN..yg 2 ekor ask brdik..abg jntan adik btna..trsngt comel.umur dlm 2 blm..yg sekor betina tu da umur 8 bulan..sejak 2,3 hari ni..ada kcing jntan dok ushar die tp xpnh tsrmpk lg buat projek..gara2 rupa kucing jntn tu nmpk tua n buruk buat sy mnympah je tgk.tiap kali tsrmpk sy akan halau.baling dengn ank batu..supaya dia xmndkati kucing sy..xnk kasi die bnting..xsggup..hehe

    BalasPadam
  41. Kenapa eh kucing saya yg umur dlm 6-5 bulan selalu keluar rumah dalam 4 hari pastu balik sekejap, hilang lagiπŸ™ƒ kalau x salah kt rumah ada kucing liar yg selalu serang kucing saya n adik beradik kucing saya tu hampir sama ngan yg liar tu, so time balik tu dia mcm marah gitu... Ade masalah ke?

    BalasPadam
  42. sy ada female mainecoone mix peesian yg berusia 12 bln tapi masih belum on heat. apakah ini normal untuk kucing yg baka besar? berat dia dlm 4kg skrg

    BalasPadam
  43. Bilakah tempoh kucing jantan on heat balik kalau dia dah berkhawin.

    BalasPadam
  44. Hai, nak tye kucing sye sudah beumur 8 bulan tpi die tkde nmpk on heat langsung malah sye try dekat ngan jantan die lari.normal kemacam tu?btw die betina .

    BalasPadam
  45. Please rply soalan saya..saya buntu..first day bawak p vet doc kata umur kucing saya 4bulan lebih..msa tu just ambk ubt cacing dn kutu,second vet yg sama doc lain msa ambk vaksin prtama ckap lps vaksin kdua dh bleh bt temujnji mndulkn ..msa p vet untk vaksin kdua jmpa doc yg mula2 blik ,saya tnya mcm mna nk ambk tmujnji mndul dia kata ehh blom ckup umur kucing awk bru 3bulan setengah?whatt??mula2 dia yg kata 4bulan lbih so saya buntu sgt skrg..kwn sya bwk kucing lain yg lg kecil doc tu kata 4bulan..saya confuse betul dgn doc tu..untk makluman vet swasta .please bg pencerahan ..

    BalasPadam
  46. Sy nk tnya adakah kucing yg telah dimandulkan masih akan mengawan..sb sy sdh mndulkan 2 thun lpas tp msih lgi nak cri pasangan,😐

    BalasPadam
  47. Kucing saya sampai tahap sakit.. dy inheat tapiii xde jantan.. skrg dy sakit.. apa yg sy nk buat sy x thu.. dy demam.. selera makn mnum langsung xde.. berak pn x hmmm

    BalasPadam
  48. Ada cara tk utk bagi kucing jntan cpat dtg on heat? Kucing jantan sy 8 bulan. Sy nk matingkan dgn kucing betina sy.. kesian sy tgok si betina sbb dh kerap goda si jantan tp si jantan xada keinginan lg utk mengawan.. betina btul2 dh onheat.

    BalasPadam