Asas Penjagaan Makanan Kucing

15 ulasan
Makanan kucing di pasar Turki

Makanan adalah perkara paling utama dalam penjagaan kucing. Makanan lebih utama berbanding memberi perhatian dan mencakar perabot!

Makanan digunakan oleh sesetengah pemelihara untuk 'merasuah' kucing atau untuk mendapatkan perhatian kucing mereka.

Tidak boleh dinafikan lagi bahawa makanan mempunyai kepentingan psikologi untuk kedua-dua kucing dan pemiliknya. Maka tidak hairanlah jika penjagaan terhadap makanan kucing ini diletakkan sebagai perkara yang mustahak.

Bercakap tentang makanan kucing tentunya menimbulkan banyak persoalan:

  • Adakah terdapat formula tertentu untuk memberi kucing anda makan?
  • Perlukah kita memberinya makanan dalam tin, atau kering, atau separa kering, atau kombinasi di antaranya?
  • Perlukah kita risau dengan perasa/pewarna tiruan?
  • Adakah kucing akan bosan dengan makanan yang sama tiap-tiap hari?
  • Bolehkan anak kucing dan kucing tua memakan makanan yang sama?
  • Berapa banyak makanan yang perlu dihidangkan?

Kesemua soalan itu adalah penting tetapi malangnya jawapannya adalah tidak begitu jelas.

Setiap kali ke berkunjung ke kedai binatang peliharaan atau mana-mana pasaraya yang menjual makanan binatang,saya akan ternganga melihatkan begitu banyak sekali pilihan yang ada. Sebenarnya kalau difikirkan, pasaran makanan binatang peliharaan adalah begitu besar dan berkembang.

Kawal pemberian makanan

Kita mungkin berfikir bahawa kucing adalah binatang yang makan hidangan yang sedikit dan kemudian mengulanginya sepanjang hari.

Jika pemberian makanan tidak terkawal, kucing akan mempunyai berat badan berlebihan. Makanan kering adalah makanan berformula tinggi, ibaratkan sahaja ia sebagai pati makan. Memberinya makan lebih dari setengah gelas sehari boleh menyebabkan kegemukan.

Kebanyakan kucing dalam-rumah cenderung untuk mendapat kegemukan jika mangkuk makanannya sentiasa penuh. Jika anda memberi kucing anda makanan kering, periksa dahulu label dan tanya klinik anda supaya anda memahami panduan dalam pemakanan kucing.

Makanan diberi dua atau lebih hidangan sekali, di mana setiap kali hidangan dalam kuantiti kecil. Berikan sebahagiannya makanan dalam tin, sebahagian lagi kering, untuk mengawal kadar ambilan makanannya. Kaedah kedua adalah memberinya makanan dalam tin saiz kecil, dan sedikit makanan kering di antara waktu makan.

Jika kucing anda telah mengalami berat badan berlebihan, berjumpalah dengan veterinar dan minta pandangannya. Jangan sekali-sekali meletakkan kucing anda dalam program diet tanpa kawal selia olehnya.

Ini boleh menyebabkan keadaan lipodesis hepar yang mengancam nyawa kucing anda. Kawal selia oleh doktor terhadap penjagaan makanan bagi si comel yang mempunyai berat badan berlebihan adalah amat penting dan tidak boleh dipandang remeh.

Jenama makanan kucing

Pada masa kini mutu sering ditambatkan dengan jenama. Meskipun saya kurang senang mengaitkan jenama dengan mutu tetapi semakin hari keadaan ini semakin sukar untuk dinafikan.

Jenama yang baik memiliki keupayaan untuk memproses makanan yang bermutu dan begitu jualah sebaliknya. Makanan kering yang padat dan bermutu mempunyai zat yang lebih tinggi untuk setiap gram berbanding makanan tidak bermutu.

Disebabkan itu juga makanan berjenama mahal hanya diberikan dalam jumlah hidangan sedikit berbanding jenama murah kerana kepadatan zatnya.

Kepopularan sesuatu jenama itu tidak bererti ia makanan bermutu. Syarikat yang menghabiskan belanja untuk pengiklanan biasanya akan mengurangkan belanja penyelidikan dan mutu pengeluaran sementara syarikat yang jarang dilihat iklannya pula menghabiskan belanja untuk penyelidikan dan tidak mengutamakan pengiklanan.

Pun begitu, untuk kita menyelidik ke akar umbi perihal jenama, perihal kemasyhurannya dan bagaimana selok-belok pengurusannya adalah perkara yang sukar.

Lagi pula makanan haiwan yang dipasarkan di Malaysia, secara amnya, telah melepasi piawaian Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Jenama umum (generik), tidak berjenama atau timbang kilo sewajarnya dielakkan kerana tiada label kandungan dan pembungkusan lewa seperti pembungkus plastik berikatkan getah tidak menjamin makanan itu tidak tercemar.

Kandungan makanan kucing

Makanan kucing yang sihat berasaskan protein daging isi seperti daging, ikan atau ayam-itik. Makanan kering hendaklah tinggi kandungan protein haiwan dan rendah protein tumbuhan.

Kucing ialah haiwan maging dan kurang kemampuan untuk menyerap profil asid amino yang datan daripada protein tumbuhan.

Kandungan karbohidrat pula sepatutnya tidak melebihi sepuluh peratus daripada keseluruhan campuran makanan itu.

Bagi makanan basah, ia mestilah dipenuhi daging dan hanya mempunyai sedikit yang mungkin keluaran sampingan dan bahan pengisi.

Jika anda tidak berkongsi rencana ini
seekor kucing tidak akan dapat tidur nyenyak :(

© AlamKucing.com
Sila hormati dasar Hakcipta dan Penerbitan Semula kandungan laman ini.

15 ulasan:

  1. hai,sy nk tye kucing mmg bleh mkn mknn arnab ke?my male cat suke curi mknn arnb n mkn dgn gumbira..mknn arnb jiran la.so i ask my jiran sorokkn mknn arnb die nnt bsepah my cat buat,so ble my cat g umah jiran lg die crik2 plak mknn tuh.pdhal kat umah sy bg mkn frieskies.die x suke mkn nasi n masih mkn mknn kitten wlaupun die dh tua hu2 sbb die x suke yg dws punye mknn.

    BalasPadam
  2. nutrisi makanan utk arnab berbeza dgn kucing, so tak elok la kalau dia makan tu. kitten diet kena tukar kepada adult kalau dah umur 6 bulan ke atas. cuba introduce sikit2, campur dalam kitten diet.

    BalasPadam
  3. hi felis, saya inginkan pandangan anda mengenai dry food yg ada dipasaran..boleh tak u cadangkan premium dry food yang bagus dgn harga yg berpatutan di pasaran and pet shop yang ada offer best price area pj. U sendiri bg brand apa ye for ur cats? regards..

    BalasPadam
  4. susah nak cadangkan bab makanan ni, masing2 ada citarasa masing2.sebab tu sy tak letak apa-apa jenama kat kiriman ni. begitu juga dengan harga.

    ya sy tau sesetngah org akan sanggup bersumpah makanan jenama itu dan ini adalah sgt2 bagus, tp yg sy tgk kebanyakan jenama ok-ok je.

    so takde masalah nk pilih jenama apa pun. cumanya, bg sy, nutrisi yg baik utk kucing dtg dari meat by product, bukannya tumbuhan. tp dry food yg ada percentage meat yg tinggi ni mahal la sikit.

    area pj,..sy tak tau la, sbb sy tak duduk kat sana.

    btw, sy dh try beberapa jenama, ada jgak yang campur2 antara jenama, tapi last2 stay dengan royal cannin, bkn sbb royal cannin ni terbaik (sbb mahal sikit), tp sbb kucing sy dulu lepas mkn rc dia dah tak mahu jenama lain (masalah cerewet).

    BalasPadam
  5. hai...saya nk mnta tips untuk menukar tabiat mknan kucing saya...dia amat menggemari untuk makan ikn kembong mentah..mknan ln dia x nk mkn...ni menjadi masalah saya untuk mencari ikn pada musim hujan n harga pn mahal pada ms itu...bleh x sggest kn bbrapa tips untuk mengubah tabiat makan tersebut..

    BalasPadam
  6. harga ikan selayang 1kg = rm6-7
    ikan kembung rm 10 kot.. ni pasaran harga ikan kembung kt ganu la..

    kak eton,

    saya nk kongsi cara saya bg makan kt kucing saya. sy kukus ikan tu @ rebus jer kejap kasi masak..then gaul ngan nasik putih... jd bleh jimat sket ikan tu pasal dia campur ngan nasik... klau sblm ni skali makan 3 ekor skrg dah jimat jd sekor jer sbb campur nasik..

    itu ajer tips dari saya..insyaAllah sihat kucing kak eton

    BalasPadam
  7. dulu masa 2 bulan kucing saya bulunya agak lebat tp sejak dia rajin garu dibelakang telinganya bulunya agak tidak kembang seperti dulu....boleh tak bg kat saya tip penjagaan yg lebih berkesan supaya ia lebih kelihatan kembang dan comel....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Periksa dan bersihkan bahagian telinga, mungkin ada jangkitan tungau. Cuci dengan larutan cuka epal 50% atau lain-lain ubat komersil.

      Sikat bulu kucing dengan sikat kutu tengok ada kutu tak.

      Jika bebas parasit, jagalah makanannya. Masalah kulit dan bulu banyak berpunca daripada makanan.

      Padam
  8. kucing I pun tgh ada masalah urin tu pun sebab obese...VET ingat I kasi dia makan bnyk padahal tidak huhu

    BalasPadam
  9. Tanya nih, bagus mana antara dry food dan ikan segar hidup seperti ikan keli (lele) jika diberikan untuk makanan kucing. Terimakasih.

    BalasPadam
  10. kakak..kucing parsi sy 2 ekor adalah tulen. dari kecik sy hanya kasi krim ayam (dada ayam rebus yg diblend). kakak tau 2 kg dada ayam hanya untuk seminggu shj. kos amat tinggi dgn rc sebulan hmpir 2 kg. masalahnya..bkn ttg kos tp cara pemakanan. MEREKA NAK SAYA SUAPKAN DAN TAK TAU MAKAN SENDIRI!! pelik tp benar. boleh kakak kasi tip untuk ajar kucing2 sy makan dgn sendiri?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dada ayam sahaja? Tak cukup zat tu.

      Kalau nak bagi makanan mentah, ada resepinya. Rujuk Cat Nutrition.

      Padam
  11. Hai..sy nak tny elok ke bagi kucing makan ikan rebus sbb sy tgk dlm tv doktor vet itu mengatakan ikan rebus tidak bagus untuk kucing..so saya nak tahu kenapa tidak bagus?..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Tiaminase akan menyusutkan kandungan tiamina.
      2. Kekurangan vitamin E yang teruk.
      3. Magnesium terlalu tinggi.
      4. Tidak cukup taurina.

      Ini jika diberikan hari-hari. Sekali-sekala sebagai gayaan tak mengapa.

      Padam