Mengapakah Kucing Bersin

15 ulasan
Kucing bersin

Kucing tidak dapat menghembuskan hidungnya untuk membuang hingus seperti manusia. Malangnya disebabkan inilah apabila kucing bersin mereka akan mengeluarkan begitu banyak sampah sarap.

Bunyinya seperti menjijikkan dan ya, ia memang menjijikkan :)

Bersin ialah tanda penyakit (tetapi tidak khusus) yang berlaku apabila laluan nasal atau hidung dirangsang oleh cairan atau ejen lain seperti debu.

Tidak ada penyembuh mutlak untuk bersin kerana ia boleh berpunca daripada banyak perkara. Antara penyebab bersin adalah :

  • Jangkitan viral
  • Jangkitan bakteria
  • Jangkitan fungus
  • Alahan
  • Bendasing

Antihistamin dan sapuan hidung yang digunakan kepada manusia kebiasaannya tidak sesuai pada kucing.

Jika anda mempunyai kucing yang bersin, perkara terbaik adalah membawanya ke klinik supaya puncanya dikenalpasti dan rawatan khusus dapat diberikan.

Walaupun memeriksa hingus kucing ialah tugas yang sangat tidak seronok tetapi warna dan kekerapannya dapat memberi gambaran berkenaan penyakitnya.

Secara umumnya, jika hingusnya jernih dan berair maka tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan. Jika warnanya hijau, kuning atau berdarah maka pemeriksaan kesihatan diperlukan.

Kucing boleh mendapat hidung berdarah dari udara kering atau kegatalan seperti manusia, tetapi hidung berdarah juga adalah salah satu tanda jangkitan serius sedang berlaku, begitu juga dengan ketumbuhan nasal.

Alahan

Walaupun kebanyakan kucing menunjukkan tanda alahan seperti kulit yang gatal-gatal, tapi ada juga yang bersin.

Kucing boleh mendapat alahan terhadap hampir semua benda di dunia, termasuklah debunga, debu malah najisnya sendiri.

Alahan biasanya menghasilkan hingus yang jernih apabila bersin. Alahan boleh dikawal tetapi tidak boleh diubati.

Sangat susah untuk menentukan apakah ejen alahan yang menyebabkan kucing itu bersin. Walaupun hampir mustahil untuk menguji kucing terhadap kesemua kemungkinan ejen alahan, doktor anda boleh mengujinya dengan beberapa penyebab utama.

Jika ejen yang khusus diketahui, anda boleh cuba mengasingkan puncanya daripada persekitaran kucing atau memberikan kucing anda suntikan alahan tersebut.

Kegatalan

Asap, bau daripada produk pencuci atau mungkin juga rambut kita sendiri boleh menyebabkan gangguan pada laluan hidung dan menyebabkan kucing bersin.

Untuk menguji samada benda tertentu menyebabkan gangguan, hanya asingkannya daripada persekitaran dan bersin itu sepatutnya berhenti.

Asap rokok juga boleh menjadi gangguan hebat kepada kucing dan mereka juga terdedah kepada semua risiko penyakit daripada hembusan asap rokok sepertimana manusia.

Ini adalah termasuk bersin, bronkitis dan juga kanser paru-paru.

Bendasing

Kucing sepertimana kanak-kanak, boleh terdedah kepada kemalangan, seperti hidung tersumbat oleh objek-objek tertentu.

Antara benda yang sering tersumbat dalam hidung kucing ialah cebisan rumput. Jika anda mempunyai kucing yang bersin sehingga 7-8 kali berturut-turut, kemungkinan besar hidungnya tersumbat dengan bendasing.

Adalah menjadi tugas yang sukar bagi doktor untuk mencari bendasing di dalam hidung kucing kecuali ianya dibiuskan.

Kebanyakan kucing sangat 'tidak bersetuju' dengan idea memasukkan skop di dalam hidung mereka atau mengangakan mulut sementara doktor memasukkan prob ke belakang mulutnya.

Doktor, "Apa kata saya masukkan skop ini ke dalam hidung kamu".

Kucing, "Saya tidak setuju." *sambil menggigit tangan doktor*

Maka mereka perlu dibius.

Bagaimana meredakan kucing yang bersin

Kita boleh menambahkan keselesaan kucing dengan cara lapkan hidungnya dan sentiasa membersihkannya dari hingus yang meleleh.

Jika kucing anda kelihatan lemas, anda boleh cuba letakkan beberapa baldi air panas dalam bilik air dan tempatkan kucing anda dalam bilik air itu (bukan dalam baldi air panas pula ya).

Wap air atau stim itu boleh membantu melegakan ruang pernafasannya tapi janganlah sampai terbakar kulit.

Jika anda tidak berkongsi rencana ini
seekor kucing tidak akan dapat tidur nyenyak :(

© AlamKucing.com
Sila hormati dasar Hakcipta dan Penerbitan Semula kandungan laman ini.

15 ulasan:

  1. Salam... banyak maklumat! Terima kasih...

    BalasPadam
  2. kucing saya bulunya selalu gugur... bukan sedikit tetapi banyak. kadang-kadang saya pula sekarang ni yang batuk-batuk. macam mana pemakanan nak bg bulunya tidak gugur? boleh x suggestkan makanan yang sesuai untuk dia. selalu saya bg makan ikan kukus digaul dengan biskut yang di beli di pasaraya(nak biasakan dia dengan biskut)

    BalasPadam
  3. saya cuma mahu bertanya :
    1. anak kucing saya_puteh.
    berumur dalam 4 bulan dan kena gigit dek kucing jahat dekat kepala..
    sejak hari kena gigit tu..dia selalu kena sawan dan tak menyusu...tapi kalau ikan rebus dan nasi dia cukup berselera..tapi sayang nya jugak..tiap kali makan...dalam 2-3 suap..(saya lenyekkan nasi dan ikan dan suapkn untuk dia) dia akan jadi sawan balik..kenapa jadi macam ni dah macam mn saya nk buat?
    2. jepun, umur dalam 9 bulan dan saya rasa dia protes saya..tiap kali saya duduk tengok tv ker baring ker..dia datang dan kencingkan badan saya....apa yang harus saya lakukan...?
    3. liar umur dalam 6 bulan...(kucing pungut) badan dia lembik dan tak bermaya..perut buncit kaki kecil..dah bawak pergi klinik..dah bg ubt cacing..tapi still macam tu jugak..dan ada setengah2 bahagian badan dia tak berbulu dan macam ada kurap....

    boleh cadangkan saya apa yang harus saya lakukan..?

    BalasPadam
  4. Salam admin,
    saya ade kucing parsi hidung penyek,saya tgk dia kadang2 bile dia selesema dia berbunyi selesema tu..saya selalu gak lapkan hidung dia..
    n satu lagi mata dia berairlah, bile saya tnya kat kdai dia cakap mmg macam tu sebab hidung dia penyek jadi x da tmpat air hidung nak keluar betol ke?
    n sejak kebelakangan ni, saya bagi bolaa dia x mau main n lari dari bola tu..kenapa ye?
    n last question,,hehe..
    saya bagi makan dah mencukupi, tapi setiap kali saya ke dapur dia mesti mengiau seolah2 lapar.adakah makanan saya x sesuai.saya x bagi friskies, tapi makanan kucing yang djual dkedai(branded name)...

    BalasPadam
  5. Bila kucing saya selalu bersin... Selera makannya akan berkurangan dan kadangkala langsung tak nak makan. Adahkah ini disebabkan oleh viral, bakteria, fungus atau alahan?

    BalasPadam
  6. saya nak bertanya ..kucing saya kerap bersin dan dia mempunyai ketulan seperti kudis di bahagian badan dan hidungnya bengkak..susuk tubuhnya juga semakin kurus...apakah dia mengalami penyakit yang serius?dan apakah yang harus saya lakukan?

    BalasPadam
  7. boleh tuan terangkan tentang sangkar yang sesuai untuk kucing (untuk pembiakan)terima kasih

    BalasPadam
  8. assalam... sy ingin bertanya, kwn bagitau mkn kucing dlm tin xelok bagi selalu, nanti kucing kena sakit buah pinggang.. sy xpasti, benarkah macamtu..tq

    BalasPadam
  9. Salam Alam Kucing, saya ada seekor kucing parsi,empunya asalnya adalah sahabat saya tetapi setelah bbrp bulan hilang, baru2 dijumpai oleh anak saya. dia suruh saya pelihara kucing tu. Kucing tu sangat jinak ttp badannya sgt kurus & bila kita pegang bhgn badannya, mcm ada kembang2 kecil di bhgn bwh kulitnya. Bolehkah Alam Kucing menjelaskan sedikit masalah kucing parsi tu. Saya lum bawa g vet coz sgt jauh, terpaksa memandu 3 jam.

    BalasPadam
  10. Kucing saya hidung berdarah ! :(

    BalasPadam
  11. yup betul.mAkana yang jenis basah dlm tin tu tak bagus.banyak garam perasa dan pengawet.untuk jangkamasa panjang tak bagus untuk buah pinggang mereka .

    BalasPadam
  12. Salam sy ingin tahi apakah yg patut sy buat utk mnyembuhkn or mngurangkn selsema kucing2 sy.salah seekor kucing sy hongus berdarah (badan nya tetap gemok dan berat)

    BalasPadam
  13. Sori salah taip tahi *tahu

    BalasPadam
  14. Hi..kucing sya sgt aktf n nkl slps sa bg whiskas..sgt crgas..tpi yg sa bimbang..dia selalu ja bersin..p teda cecair pa yg kuar

    BalasPadam
  15. Saya cuma nak bertanya

    Anak kucing sy di serang dgn semut merah dan selepas tu anak kucing itu bersin².Boleh kh alam kucing jelaskan apa pemasalahan itu?

    BalasPadam