Membuang Kuku Kucing atau Nyahkuku

4 ulasan
Kecacatan pada kaki kucing akibat nyahkuku

Adakah anda perlu mengambil kira kaedah nyahkuku?

Jika diberi pilihan saya tidak mahu sentuh langsung topik nyahkuku. Prosedur ini dijalankan untuk mengatasi masalah mencakar sepenuhnya.

Sesetengah pembiak baka murni dan organisasi kemanusiaan enggan meletakkan kucing kepada mana-mana pemelihara atau keluarga angkat yang tidak berjanji untuk tidak melakukan nyahkuku.

** Dikemaskini semula pada Ogos 2015 mengikut peredaran masa **

Sesetengah negara juga mengharamkan amalan ini. Setahu saya, yang banyak mengamalkannya adalah di Amerika. Saya berharap peminat kucing di Malaysia tidak akan melakukannya sama sekali.

Larangan nyahkuku di Malaysia hanya melibatkan haiwan liar dan ternakan sementara untuk haiwan peliharaan pula tidak dinyatakan dengan jelas.

Namun ini tidak menghairankan kerana keseluruhan akta perlindungan haiwan di Malaysia ini bagi saya sememangnya lemah dari segala segi.

Untuk orang Islam, hukum nyahkuku terhadap binatang adalah haram. Bagi orang bukan Islam pula, saya harap anda gunalah sifat kemanusiaan yang ada dan mencari jalan lain yang tidak menzalimi binatang.

Meskipun perundangan Malaysia tidak mengharamkannya dengan jelas, saya tidak pernah bertemu lagi dengan mana-mana klinik yang melakukan proses ini.

Namun saya tetap berharap klinik di Malaysia menggantungkan papan tanda 'Klinik Ini Tidak Menerima Pembedahan Nyahkuku' agar ia terpampang dengan jelas.

Nyahkuku adalah pembedahan untuk memotong bahagian terakhir jari kaki. Bayangkan anda membuang hujung jari anda pada ruas pertamanya, begitulah gambarannya.

Kulit kucing akan dijahit pada sendi yang terdedah dan kakinya akan dibalut dan memerlukan masa beberapa minggu untuk pulih. Dalam kebanyakan kes, hanya kuku hadapan sahaja yang dibuang.

Nyahkuku adalah berbeza dengan memotong kuku. Seperti anda memotong kuku, anda hanya memotongnya agar tidak terlalu panjang atau tajam.

Atau anda hanya mengikirnya sedikit. Anda sama sekali tidak akan membuang kuku anda sepenuhnya, tetapi nyahkuku akan membuang keseluruhan kuku kucing.

Kuku kucing bukanlah sekadar kuku, tetapi ia adalah sebahagian daripada struktur tulangnya, malah ia bersambung dengan sendi kakinya. Kerana itu nyahkuku adalah proses mengkudungkan kakinya.

Walaupun prosedur ini berjaya mengatasi perilaku ganas, namun seringkali ia dilakukan setelah kucing itu mencakar buat pertama kalinya dalam rumah.

Mencakar adalah semulajadi dan kucing berasa puas jika dapat melakukannya dan adalah tanggungjawab anda sepenuhnya untuk berusaha mengajarnya mencakar di tempat yang sesuai sebelum anda berfikir mahu melakukan nyahkuku.

Ada yang berpendapat bahawa nyahkuku ini tidak mengapa jika kucing itu tidak dapat diubah langsung tabiatnya dan mengganas, namun saya tidak fikir terdapat begitu ramai pemelihara kucing yang mampu bertoleransi dengan baik.

Kebanyakan mereka hanya tidak mahu menanggung risiko kerosakan perabot mereka dan akhirnya melakukan nyahkuku. Semurah itukah harga seruas kaki kucing?

Bagi saya, anda tidak seharusnya mengambil jalan mudah dengan melakukan nyahkuku. Sepatutnya anda mencuba kaedah ubahan perilaku, seperti mana yang saya anjurkan di blog ini dan banyakkan bersabar.

Anda juga boleh melakukan pengkikiran pada kuku kucing agar tidak terlalu tajam tetapi lakukannya dengan berhati-hati. Tanya diri anda sendiri, adakah anda memberi pilihan kepada kucing anda? Saya pernah menyentuh hal ini dalam topik berlaku adil kepada kucing dan diri anda.

Jika anda memilih juga untuk melakukan nyahkuku, pastikan kucing anda sentiasa berada dalam rumah. Ini kerana tanpa kuku, kucing anda akan terdedah kepada segala bahaya yang ada di luar rumah dan dia tidak akan mampu mempertahankan dirinya. Dia tidak mampu untuk memanjat pokok atau apa sahaja untuk melarikan diri.

Jika anda tidak berkongsi rencana ini
seekor kucing tidak akan dapat tidur nyenyak :(

© AlamKucing.com
Sila hormati dasar Hakcipta dan Penerbitan Semula kandungan laman ini.

4 ulasan:

  1. Saya amat kagum dengan orang yang boleh memelihara kucing kerana saya langsung tidak. Saya tidak tahan dengan bau air kencing dan najis kucing. Saya pernah cuba memelihara kucing yang tersesat di rumah saya kerana kasihan melihat dia...tetapi saya terpaksa minta maaf dengan dia sebab saya tidak mampu memeliharanya lebih lama. Teruskan hobi anda dan tahniah di atas blog ini amat menarik dan berinfomasi. Saya telah beri url ini kepada rakan-rakan peminat kucing dan mereka gembira melayari web anda. TAHNIAH!

    BalasPadam
  2. Terima kasih Aisyah,

    Sebenarnya tiada siapa pun akan tahan dengan bau kencing & najis. Kuncinya adalah penjagaan kebersihan. Jika kita buang air besar, sudah tentu kita akan mebersihkannya secepat mungkin, maka tiadalah bau yang kurang menyenangkan.

    Sama halnya dengan penjagaan kucing, litter box nya perlu dicuci sekurang-kurangnya dua kali sehari. Kucing juga perlu di ajar untuk membuang di litter box, dan bukannya di halaman rumah, atau di laman rumah jiran.

    Saya juga menghormati awak kerana masih mempunyai rasa belas kasihan terhadap kucing, walau tidak menjaganya. Ini lebih baik daripada tidak ada rasa belas kasihan langsug pada binatang.

    Saya tambahkan URL awak ke laman saya ni ya!

    BalasPadam
  3. salam. macam mana nak mengatasi kucing yang hiper aktif? kucen sy tersangat lah aktif.. pantang tengok benda bergerak. die akan terkam dan mengigit.. dia hanya ingin bermain dan jarang ingin dibelai. masa rehat hanya tidur. itupun masa sy tinggalkan die dalam sangkar. kucing betina.

    BalasPadam
  4. kalau anak kucing, mmg biasa mcm tu,bila dah dewasa sikit keaktiannya akan berkurang. kalau ada perlakuan yg kurang menyenangkan cthnya suka gigit kaki, sy guna air horn bg dia terkejut. lama2 dia akan phm benda lain blh gigit kecuali kaki kita.

    nak ajar dia dibelai biasanya kita blh 'rasuah' dia dgn makanan. setiap kali berjaya usap bg dia sedikit snek, lama2 dia aakn associate perlakuan mengusap dgn makanan :p

    tambahan:
    1. tip ubah tabiat kucing
    2. peralatan mudah utk ajar kucing

    BalasPadam