Penyakit Yang Dicegah Melalui Vaksin

6 ulasan
Anak kucing sedang divaksin

Biasanya kita perlukan sehingga 14 hari selepas suntikan vaksin sebelum tindakbalas imuniti berfungsi dengan sepenuhnya.

Jadi, jika kita suntik kucing pada hari ini, dia tidak akan mempunyai perlindungan imuniti sehingga sekurang-kurangnya 14 hari selepas suntikan diberi.

Keputusan untuk vaksinasi terhadap penyakit-penyakit tertentu dinilai melalui beberapa faktor. Terdapat 7 jenis penyakit berjangkit yang boleh dilindungi oleh vaksin (dikeluarkan oleh beberapa pengeluar).

Setiap vaksin adalah khusus, hanya memberikan perlindungan terhadap 1 jenis penyakit sahaja (dan mungkin 1-2 penyakit ringan yang lain).

Senarainya disertakan di bawah, namanya memang pelik-pelik, tapi saya letakkan penerangan ringkas di sebelahnya supaya kita mudah faham.

Nama penyakit Singkatan Penerangan
Virus Rinotrakeitis/Herpes Felin FRV, FVR
  • Menyerang sistem pernafasan.
  • Keradangan pada mata dan hidung.
Kalisivirus Felin FCV
  • Menyerang sistem pernafasan kucing sama seperti FRV.
  • Sangat mudah berjangkit di kalangan kucing.
  • Mata dan hidung berair, ulser pada mulut dan lidah, bersin dan demam.
Virus Panleukopenia FPV
  • Sangat berbahaya, mudah berjangkit di kalangan kucing.
  • Menyerang saraf dan imuniti.
  • Kelesuan teruk, hilang selera makan dan kematian.
Klamidia C
  • Virus ini hidup dalam sistem perkumuhan, kemaluan, pernafasan dan penghadaman.
  • Kesan dilihat pada mata.
  • Jika dijangkiti oleh anak kucing boleh menyebabkan kerosakan paru-paru yang serius.
Virus Leukemia Felin FeLV
  • Sangat berbahaya, kanser yang membunuh.
  • Risiko tinggi kepada kucing luar-rumah.
  • Merebak melalui air liur (menjilat bulu, bekas makanan) atau gigitan (bergaduh, bermain).
Virus Rabies RV
  • Pernah dengan penyakit anjing gila? Air liur sentiasa meleleh, agresif dan suka menyerang.
  • Boleh menjangkiti manusia atau binatang lain.
Bordetella FeBb
  • Berbahaya kepada anak kucing kerana boleh menyebabkan kematian.
  • Lendiran tebal pada hidung dan mulut, bersin dan batuk (kucing sebenarnya jarang batuk, beri perhatian jika kucing anda batuk).

Hah, macam mana, susahkan memelihara kucing? :)

Jika anda tidak berkongsi rencana ini
seekor kucing tidak akan dapat tidur nyenyak :(

© AlamKucing.com
Sila hormati dasar Hakcipta dan Penerbitan Semula kandungan laman ini.

Lazada Pets

6 ulasan:

  1. KUCINGKU DISAHKAN AIDS HARI INI...

    dear all, it's for sure, a very sad news, but da most sad is dat i'm afraid of losing him, my "Kakak' aged 3+yo...setelah 2x dimasukkan ke wad di hospital vet UPM, selepas 2-wks discharged, semalam aku bawa Kakak ke UPM coz dah xselera makan n badannya makin kurus. Aku mintak doc buat test blood for cancer or any infections, tapi pagi nih doc informed, my cat kena AIDS...siapa yg pernah ada pengalaman or knew about it, pls advise me dear..

    sob2..

    BalasPadam
  2. Hi...Im so sory to hear that...never heard bout that before...
    so, what did the doc told u?? wat shud u do? and wat can b done??

    BalasPadam
  3. STILL SO SAD..n CRYING...I juz cant imagine dat da reality, he already left me.so soon at such youthful age..much moment to draw with kakak, but i satisfied of had my verybest for him til his last breath..May ALlah be with him, n us...Kakak wil alwiz in my soul til i die, pray dat i got da blessing frm God 2b wif him again, in heaven..Insya'allah.Amen.

    BalasPadam
  4. Saya ada melihat seekor anak kucing jiran di mana matanya dipenuhi oleh tahi mata dan berlendir serta hidung anak kucing tu juga berlendir. Selang beberapa hari saya ternampak anak kucing tersebut masuk ke dalam besin kecil yang ada air dan berendam dalam besin tersebut. Beberapa hari kemudian anak kucing tersebut mati. Boleh tuan terangkan apa penyakit yang mungkin menyerang anak kucing ini.

    BalasPadam
  5. hi,i nak tanya tentang keracunan makanan t'jadi thdp kucing.. Bagaimana utk penawarnya? sbb kucing i dh mula x mahu makan lg setelah beberapa ekor kwnnya mati keracunan....tolonglah i ye...

    BalasPadam
  6. hai, saya nak tanya jika seekor kucing mengalami ulcer di mulut apakah yang harus dilakukan..dan apakah penyakit tersebut serta cara untuk ubatinya..

    TQ.. :)???

    BalasPadam