Berhati-hati Membawa Kucing Pulang ke Kampung

7 ulasan
Kucing di dalam kereta

Anda mahu pulang ke kampung, atau bercuti, adakah perlu membawa kucing bersama atau tidak? Ianya bergantung kepada kewangan dan keadaan juga.

Jika anda mampu, adalah lebih mudah jika anda mendapatkan khidmat asrama yang banyak terdapat di klinik dan sesetengah kedai haiwan peliharaan.

Namun pastikan dahulu keadaan sangkar dan persekitaran udara di situ. Jika sangkarnya kecil, tanyakan mereka samada kucing itu akan dilepaskan atau tidak untuk meregangkan otot. Begitu juga dengan makanan dan bekas pasir.

Jika anda mahu membawanya juga ke kampung, adalah penting untuk menempatkannya di dalam bekas pengusung. Bukan sahaja ke kampung, malah ke mana sahaja yang anda bawa kucing itu di dalam kereta.

Walaupun kucing itu mungkin berteriak (seperti menangis atau merayu) dan mencakar-cakar pengusung itu, ia adalah untuk kebaikan dirinya dan juga untuk anda.

Mungkin anda berasa anda mampu mengawalnya ketika mendukung kucing, tetapi jika kucing itu tiba-tiba terkejut dan mencakar serta membenamkan kukunya akan menyebabkan anda melepaskan dukungan terhadapnya.

Tetapi bahaya yang lebih mudarat adalah apabila anda memandu kereta dan kucing itu tidak diletak dalam pengusung. Jika anda menekan brek secara tiba-tiba, kucing anda akan melayang, tersangkut di bawah kaki anda atau tercedera.

Kucing anda juga mungkin akan berjalan di hadapan anda dan bergesel di muka anda, atau duduk di bawah pedal brek semasa memandu. Dan ini semua, akan membahayakan nyawa anda sendiri.

Jika anda tidak berkongsi rencana ini
seekor kucing tidak akan dapat tidur nyenyak :(

© AlamKucing.com
Sila hormati dasar Hakcipta dan Penerbitan Semula kandungan laman ini.

7 ulasan:

  1. hai M,
    sy ni br bela kitten sebagai peneman sy di rumah. sy tinggal seorang shj dirumah. tiap2 minggu sy akan blk ke kg (perjalanan dlm 1 jam). so sy akan bw kitten sy skali sbb rasa kesian bila kitten ditinggalkan. adakah tindakan sy membawa kitten sy travel akan memudaratkan kitten sy?

    lg satu, kitten sy ni suka menjerit..kuat sungguh suaranya, apatah lg dikurungnya dlm sangkar. so sy lepaskan saja kitten sy di dalam rumah. tp nasib baik dia pandai 'membuang' di bekas pasir yang sy letakkan di dlm bilik air yg tidak digunakan, kiranya khas utk dia saja lah....

    1 lg masalah sy yg boleh membuatkn sy lewat smpai opis time sy nk keluar pegi kerja. dia menjerit2 kt pintu....aduhhh x smpai ati sy dgr...

    BalasPadam
  2. Hi fida,

    Biasanya takde masalah apa-apa, cuma kadang-kadang boleh membawa kepada stress juga, terutamanya jika ada bau kucing lain.

    bagus lah dia pandai buang di bekas pasir, anak kucing lebih mudah diajar berbanding kucing dewasa, dan tak ada masalah kalau dilepaskan dalam rumah, cuma pastikan tiada ruang utk dia melepaskan diri ke luar lah.

    tentang kerja tu...haha, anak kucen manja la tu yek :p balik kerja nanti boleh la main puas-puas. tak perlu diikutkan sgt kehendaknya, sebab kalau diajar macam tu, dia akan faham bahawa jika mahukan sesuatu, hanya perlu menjerit dengan lebih kuat. boleh baca lagi di sini.

    tapi memang tak dinafikan, anak kucing yang merayu-rayu memang kelihatan sgt comel :p

    BalasPadam
  3. TQ atas respon anda :)

    Mengikut kata penjual, umur kitten sy 2 bulan. bila mase sesuai utk sy bw kitten sy utk vaksin? ada yg kate kitten kecik lg jgn dicucuk..boleh awk bg cadangan apa yg perlu sy buat :)

    Mmg x dinafikan yg kitten sy mmg manje..cuma saya x tahan time sy nk keluar dr pintu, dia menjerit2 mcm kene dera..terasa malu pulak pada jiran2. cuba bayangkan sy di pintu pagar pon sy boleh dgr dgn jelas suaranya.

    kadang2 sy terpikir, kenapa kucing sy mcm tu ek (agresif nk ikut keluar)...ada kucing org lain sy tgk relax jer..

    BalasPadam
  4. kalau ikut general rule nya, umur 2 bulan (8 minggu) dah boleh di vaksin. kemudian umur 12 minggu sekali lagi. kemudian setahun selepas tu, kemudiannya 3 tahun sekali. ini vaksin yang dipanggi FRCP utk 'galakkan' pertahanan badan melawan 3 jenis penyakit.

    tapi kan..bagi saya la, vaksin umur 8 minggu dan 12 minggu dah cukup. cakap saya ni bukannya ada bukti saintifik, hanya dari pemerhatian je. sebab bukan semua kucing yang akan bagi reaksi positif terhadap vaksin.

    ttg kucing bising tu, biasalah, macam orang juga, ada personaliti masing2. mungkin dia bosan agaknya hehe. dia ada kawan tak?

    tapi tu la, jangan di layan sangat. biasanya kucing amik masa 2 minggu utk belajar/faham sesuatu perkara sblm ianya menjadi rutin. so nak kena 'tegas' sikit selama 2 minggu.

    BalasPadam
  5. saya ada anak kucing yg kehilangan ibunye sejak umur seminggu lagi.sekarang ni dia berumur 6minggu.saya dlm dilema skrg ni.saya plan nk bwk anak kucing saya balik kg.tp masalahnye sekarang saya naik bas.boleh lepas ke?ape yg patut saya buat?perlukah saya bg ubat tidur?bagus ke aircond untuk kucing?

    BalasPadam
  6. mcm mane nk jg bulu kucing supaya tidak luruh(melekat pada tempat lain).sbb kucing sy slalu banyak bulu yg jatuh.takut nnti mmbahayakan kesihatan kita.

    BalasPadam
  7. Kenapa erk kucing sy ada tahi mata..umur 6 minggu..ksian dia..huhu
    kadang2 kalau sy tak lap mata dia buka tahi mata, dia dah tak nampak.

    BalasPadam