Bagaimana Menggalakkan Kucing Menggunakan Bekas Pasir

14 ulasan
Kucing sedang berbaring di dalam bekas pasir

Pada masa sama anda memastikan bekas pasir kucing anda bersih, anda juga perlu memberikan ilham kepadanya untuk tidak menggalakkannya mengunjungi tempat buangan lain selain daripada bekas pasir yang disediakan.

Kaedahnya adalah dengan membuatkan kawasan itu berbau yang tidak menyenangkan atau meloyakan baginya. Bagaimana melakukannya? Melalui penggunaan bau, sentuhan dan beberapa pengetahuan asas tentang kucing.

** Dikemaskini semula pada Febuari 2015 mengikut peredaran masa **

Perkara pertama adalah bersihkan sepenuhnya kawasan jenayah itu menggunakan sabun dan air, atau cuka dan air, atau pembersih berenzim yang dirumus khas untuk najis binatang peliharaan. Sebarang kesan tinggalan bau akan menjemput kucing anda kembali ke situ.

Setelah kawasan itu bersih, cuba beberapa kaedah berikut untuk tidak menggalakkannya daripada menggunakan tempat itu atau mengubah bagaimana dia menggunakan kawasan itu.

Kita makan di sini

Letakkan mangkuk makanan berhampiran dengan kawasan jenayah itu berlaku. Kucing tidak suka membuat 'pelaburan' di tempat ia makan. Anda boleh ubah lokasi makanan itu dari masa ke semasa setelah kucing anda mula menggunakan bekas pasirnya semula.

Jerangkap samar

Letakkan peralatan pencegah di kawasan itu. Anda boleh menutupnya dengan bahan-bahan yang tidak disukai oleh kucing seperti pita pelekat, kertas aluminium atau hamparan plastik.

Anda juga boleh menyembur kawasan itu dengan bau yang tidak digemari kucing seperti sitrus. Jika kucing anda membuang di dalam bekas tanaman, letakkan batu-batu tajam bersaiz sederhana di atasnya.

Baiklah, kita buang di sini

Letakkan bekas pasir itu di kawasan yang dibuangnya. Kaedah ini seperti 'jika kita tak mampu menentangnya, sertai mereka'. Selepas kucing anda mula menggunakan bekas pasir itu semula, alihkan kedudukannya sedikit demi sedikit.

Berikan juga ganjaran seperti makanan kegemarannya jika dia menggunakan bekas pasirnya semula.

Kekerasan memburukkan keadaan

Jangan sesekali menggunakan kekerasan fizikal. Seringkali saya ingatkan di sini, pertamanya ia tidak berkesan. Keduanya, menghukum kucing yang menjauhi bekas pasir kerana dia tertekan tidak akan membantunya untuk bertenang.

Saya pernah melihat bagaimana seorang pemilik marahkan kucing lalu memegangnya pada bahagian kepala, kemudian memaksa kucing itu menghidu kesan kencingnya sendiri dan menghentak-hentak hidungnya pada air kencing itu.

Dia seakan berbangga dengan mengatakan kucing itu tidak lagi kencing di situ, tapi apa yang saya perhatikan, kucingnya mengalami tekanan, mudah terkejut dan mendengus, seringkali sakit dan pemakanannya terganggu kerana ia enggan makan makanan yang diberi oleh pemiliknya lagi, sebaliknya memilih untuk mencari makanan dalam tong sampah.

Tolonglah, jangan gunakan kekerasan terhadap kucing. Jika anda tidak mampu bersabar, anda perlu berfikir banyak kali sebelum memelihara kucing.

Jika anda tidak berkongsi rencana ini
seekor kucing tidak akan dapat tidur nyenyak :(

© AlamKucing.com
Sila hormati dasar Hakcipta dan Penerbitan Semula kandungan laman ini.

Lazada Pets

14 ulasan:

  1. tahniah utk pemilik blog...sebelum ni saya main bela jer kucing ikut cara saya..tp rupe2nya byk bende saya tk tau walaupun sudah membela sejak 14 tahun..anywy b4 ..saya ade seekor kucing jantan.die suke kencing dekat tilam ayah saya..pada mulenya sya ajar die...n kurung die buat beberapa waktu di toilet setiap time die akan kencing..dan kekadang tu saya sapu kaki dia di lantai toilet...lps dari itu my cat kencing kt toilet..tp tk lame kemudian die kencing balik kt tilam..marah nya saye smpi saya pkl die..saya pun tk sangka saya bole pkl die mcm tu.,,selama saya bela cat ni tk pernah saya pkl...teruknye saya pkl..smpi die fobia ble saya bwk die masuk bilik ayah saya..tp my cat tu dh hilang..setiap kali saya igt cat tu..sure saya igt time saye pkl die...menyesalnya smpi saya akan menangis terkenang time tu...smpi saya takut nak bela kucing lg sbb menyesal dgn tindakan saya..sbb kucing ni ade feelin wlpun haiwan...saya saja jer citer sbb nak share bahananya pkl kucing...smpi skang rasa menyesal walaupn dh berlaku hmpir 3 bulan..

    BalasPadam
  2. thanks anon, saya pun dulu bela ikut suka sy juga, byk juga la 'kekejaman' yg sy buat..tapi sekarang dh insaf la :p

    BalasPadam
  3. hi!!!...dlu sy ade ble kcing ni..kcing siam..cantik..tunang sy yg hdiahkan sb sy ske kt kcing..tp my dad slalu buli kcing 2..dye men cmpak2 kdg2 pulas2 bdn dye..kcing 2 smpai fobia..ps2 1 ary 2 tme kucing 2 branak my dad buang dye n ank2 dye yg bru lahir trpisah..dorang xleh nk mnum susu n mati..tme 2 sy xtwu nk jge baby kcing..hmpir tiap2 mlm sy nges ble dnga ank kcing 2 meow2 pgl mk dorg..sdey aw..nyesal sgt2 tme 2.:(........lme gk r sy x bele kcing ps 2 n smpai skunk sy rse gram kt my dad coz buang kcing 2..tp skunk tunang sy bg lg 1 kucing parsi kt sy n my dad myb da insaf xmo wt kcng sy cm2 agy!!pd sume pmbele kucing jgn r buang kcing anda trutamenye yg da biasa dok kt umh..n jgn psahkan mk n ank..kcing pn ade feeling gk cm kite...ok tata sje je nk shre cte sdey ni..

    BalasPadam
  4. wow anon, sedihnya..skg ni masih bela kucing ke?

    BalasPadam
  5. Hi felicatus,boleh saya tau berapa kali yang sepatutnya kita bagi makan dekat kucing dalam sehari? Saya cuma bagi makan sekali sehari je..dan makanannya pula cuma ikan rebus yanmg digaul2 dgn nasi putih.. betul ke cara mcm tu? harap felicatus dapat membantu saya dalam selesaikan masalah ini..thanx!

    BalasPadam
  6. sye suke pemilik blog ny..sbb sy mmg suke ket..ihihihi....sape2x yg dere ket,..mmg sy x ley trime...baek buang ket 2 at tmpt yg dye ley survive sndri dr buwang dye..uhuxxx

    BalasPadam
  7. assalam.. stelah bthn2 sy fobia nk bela kucing, akhirnya sekor kucing dtg umah sy (ari ni).hehe. 2 la b'ia2x nk tau cra jga kucg. time bce tips2 lam blog ni,tpikir jgak la, ok gak cdgn tuan umah.... baik bela buaya. ngee~..o ya, dlu pnh ble kucing... ble dia branak, xsmpai smggu, mummy kucing 2 mati kne lggar lori (rse nk p bom lori 2)... sy xtau nk jga kucg dlu, jd sekor demi sekor kucg sy mati...tiap2 ari la aku ngis dek tlalu sdih akn pmrgian bby n mummy kucg...(mls nk cite pnjg2)

    BalasPadam
  8. Kucing adalah haiwan kesayagan Nabi Muhammad S.A.W bagi umat islam. Sesiapa yang memelihara kucing, insyallah murah rezeki.
    Ini kerana terjadi kepada saya kerana setelah saya memelihara kucing. Rezeki ibu bapa saya tidak putus-putus.TQ

    BalasPadam
  9. jht nye pemilik dia!!! kejam sungguh

    BalasPadam
  10. Hye Salam sejahtera semua, salam perkenalan saya (bubu). Banyak info-info sy dapat dr blog ni.

    BalasPadam
  11. hi saya nak tanya macam mana nak mengatasi masalah najis kucing yang banyak sebab saya bela 14 ekor kucing.sebenarnya kucing tu kakak saya punya lepas tu dia pergi UTM skudai dia suruh saya jaga kucing dia agak susah la nak menguruskan najis kucing tu.clumping litter pun habis dalam masa 3 hari je...

    BalasPadam
  12. Kat rumah sy ada 3 ekor anak kucing yg lahir pd 14/9/2015. Seminggu lepas dia lahir mak dia tak balik2 sampai skrg. Buat masa ni sy bagi susu kambing 3 kali sehari, sy nak tahu bila waktu sesuai nak bg makan wet food and mcm mana nak ajar dia berak dan kencing di tempat sepatutnya sbb dia dah tak ada role model utk diikut. Sy bimbang dia tak pandai buat semua tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah masuk umur sebulan ni sesuailah untuk perkenalkan makanan basah.

      Bab berak/kencing sebenarnya senang sahaja. Kalau tak diajar ibu pun, anak kucing dah di'tanam' dalam nalurinya. Cuma pastikan bekas pasir tu besar sebab nanti si anak akan jadi dewasa dalam beberapa bulan lagi.

      Kalau nampak diorang kuis² lantai, selimut, tengah main tiba-tiba menyorok bawah katil, tanda nak melepaslah tu.

      Lokasi bekas pasir pun biarlah munasabah. Boleh rujuk di bawah:
      Ajar anak kucing guna bekas pasir.

      Masa mula-mula perkenalkan bekas tu, ajak dia main dalam tu dengan pasirnya sekali.

      Lagi perihal anak kucing:
      Anak kucing.

      Padam
  13. Sebaik manusia..ialah yang memberi manfaat kepada orang lain..rasanya penulis blog tergolong dalam ni.i.alloh..amin

    BalasPadam