Bagaimana Mengajar Kucing Kemahiran Tertentu

3 ulasan
Bagaimana mengajar kucing kemahiran tertentu

Bolehkah kita mengajar kucing beberapa kemahiran atau arahan tertentu? Ada orang mengatakan keupayaan anjing untuk mempelajari dan mematuhi beberapa arahan atau melakukan helah tertentu adalah bukti anjing lebih bijak daripada kucing.

** Dikemaskini semula pada Disember 2014 mengikut peredaran masa **

Ada juga yang mengatakan ini sebenarnya menunjukkan kucing yang sebenarnya lebih bijak berbanding anjing kerana tidak mahu membiarkan dirinya berguling badan atau melompat jika disuruh.

Kita tidak akan berdebat dengan perkara siapa lebih bijak, saya sendiri tidak berminat untuk berdebat dengan perkara yang saya anggap agak sia-sia ini.

Apa yang penting adalah anda perlu memahami bahawa kucing dan anjing berbeza pendekatannya bagaimana mereka berhubung dan berkomunikasi dengan manusia.

Anjing telah dicipta untuk menjadi sebahagian daripada struktur keluarga, iaitu untuk menggalas tugas tertentu. Anjing berkelakuan begitu kerana moyangnya, iaitu serigala juga berkelakuan begitu. Kelangsungan hidup mereka bergantung kepada keluarga atau kawanan.

Kucing pula datang dari tempat yang berbeza, iaitu pemburu tunggal yang tidak memerlukan pasukan untuk meneruskan kehidupan.

Secara mudahnya, boleh dikatakan anjing perlu berada dengan manusia, manakala kucing memilih samada untuk berada atau tidak dengan manusia.

Disebabkan perbezaan ini, anda sama sekali tidak boleh membuatkan kucing anda melakukan sesuatu yang dia tidak mahu. Suatu ganjaran perlu diberikan kepada mereka.

Jika melatih kemahiran, biasanya ganjarannya adalah makanan, namun ada juga sesetengah kucing yang sedia menerima upah mainan atau belaian.

Ajarkan kucing anda perkaitan antara perkataan, seperti 'duduk' dan kemudiannya diikuti perlakuan memberinya ganjaran atau pujian.

Sebilangan pelatih kucing menganjurkan supaya kita mengajar arahan 'duduk' itu pada kucing yang lapar dalam bilik yang aman dan sunyi.

Buatkan kucing anda berdiri dengan menyentuhnya pada bahagian ekor dan pegang makanan pada kedudukan tinggi sedikit daripada kepalanya. Sebutkan namanya dan berikan arahan 'duduk'.

Secara perlahan-lahan, gerakkan makanan itu ke arah di antara kedua telinganya tapi jangan sampai terlalu rendah hingga dia boleh mencapainya dengan kaki hadapannya.

Akhirnya dia akan duduk, dan jika dia buat begitu anda berikan pujian dan makanan tersebut. Latih ia dalam sesi yang pendek dan anda perlu bersabar. Kucing anda akan dapat memahami arahan tersebut.

Tetapi sebenarnya saya sendiri tidak pernah berjaya melatih kucing saya untuk duduk. Dia hanya duduk jika dia rasa dia mahu duduk.

Saya rasa ramai yang bersetuju jika saya katakan kebanyakan daripada kita, apabila hal berkenaan kucing, kita hanyalah sebagai penjunjung perintahnya sahaja. :)

Selamat Mencuba.

Jika anda tidak berkongsi rencana ini
seekor kucing tidak akan dapat tidur nyenyak :(

© AlamKucing.com
Sila hormati dasar Hakcipta dan Penerbitan Semula kandungan laman ini.

3 ulasan:

  1. saya sanggat bersetuju dengan tip2 yang diberikan. Tidak semestinya anjing lebih bijak dan lebih peka daripada kucing. saya memiliki kucing yang diberi nama marie. saya secara jujur tidak pernah mendapat tunjuk ajar daripapa pakar untuk melatih kucing. saya guna keadah saya dan hasil nya berjaya. marie dapat mengikut dispin yang ditetapkan seperti jika ingin melabur ia akan melabur di tandas,makan di mangkuk makanan yang disediakan dan tidak pernah naik atas meja makan kecuali duduk dikerusi.

    BalasPadam
  2. terima kasih - klau takde blog ni mesti saya tak reti jaga kucing dgn lebih lanjut. blog ni saya telah sebarkan supaya lebih ramai org melayari laman ini :)

    BalasPadam
  3. aha...ket saye kbnykkn nye degil...ekot pale dye je...x pena la nuc ekot ckp org..ahahaa....tp ble kne mara...tawulak dye merajok..ahaa

    BalasPadam