Menetapkan Peraturan Di Dalam Rumah?

15 ulasan
Kucing bermesyuarat di meja

Bayangkan begini, kita mahu kucing kita bebas bermain di mana sahaja di dalam rumah tetapi bukan di belakang atau di atas TV.

Kita mahu dia makan di dalam mangkuk yang disediakan dan tidak mahunya melompat di atas meja makan. Atau kita mahu kucing bebas bermanja dan bergurau kecuali ketika kita sedang bekerja di hadapan komputer.

Perkara sebeginilah yang dikatakan undang-undang atau peraturan rumah.

Pendapat yang meluas mengatakan kucing kurang mampu mempelajari peraturan rumah. Kepercayaan ini adalah disebabkan kecenderungan kucing yang mahu sesuatu perkara itu mengikut kehendaknya sendiri.

Perkara ini adalah benar, tetapi tidaklah benar sepenuhnya.

Kucing ialah binatang yang bijak dan boleh diajar beberapa peraturan dan mungkin juga kemahiran tertentu, jika mereka diajar dengan sabar, tekal dan bertimbangrasa.

Dulu boleh, sekarang tak boleh, yang mana satu?

Adalah amat penting jika kita mahu anak kucing mematuhi sesuatu peraturan sehingga ianya dewasa, ia mesti diajar dan dimulakan sejak kecil lagi.

Misalnya kita tidak mahu kucing melompat ke atas meja makan. Ini perlu diajar semasa kucing itu masih kecil.

Cuba elakkan peraturan itu menjadi longgar hanya kerana anak kucing itu kelihatan sangat comel atau kerana kucing itu masih baru di rumah, kemudian menghukumnya pula apabila dia dewasa.

Kucing tidak akan dapat memahami mengapa dia dibenarkan untuk berada di atas meja makan semasa kecil, tetapi dihukum pula di atas perlakuan yang sama ketika dewasa.

'Dilarang masuk, manusia sahaja'

Sesetengah orang berkongsi katil dan tidur bersama kucingnya. Tetapi bukan semua orang begitu, mungkin anda tidak selesa berkongsi katil kerana kucing anda suka menggigit kaki anda, atau anda mempunyai alahan kecil.

Apa sahaja sebabnya, sekadar menutup pintu bilik sahaja mungkin tidak memadai, melainkan kucing itu diajar supaya menjauhi bilik anda dan tidak berteriak apabila pintu ditutup.

Kucing tidak suka pintu yang tertutup. Naluri semulajadinya mendorong mereka untuk menyiasat apa di sebalik pintu tersebut, walaupun mereka sudahpun mengetahuinya sebelum ini.

Tetapi sepertimana peraturan-peraturan lain, mengajarnya memerlukan kesabaran, tekal dan bertimbangrasa.

Kucing yang sentiasa dibenarkan berada di dalam bilik tidur dan tiba-tiba ditegah akan berkemungkinan besar tidak akan menerima perubahan ini dengan serta-merta (dan mungkin juga memberontak).

Dia mahu bersama anda dan tidak memahami mengapa tiba-tiba tidak dibenarkan berbuat demikian.

Dia mungkin menjerit dan berteriak di luar pintu, mencakarnya atau cuba menyelitkan kakinya di bawah celah pintu seolah-olah dia dapat mengangkat pintu itu ke atas supaya dapat melaluinya.

Kita boleh meletakkannya di bilik lain tetapi jeritannya mungkin tidak membenarkan anda untuk tidur dengan nyenyak.

Ini adalah contoh mengapa kita perlu tetapkan dahulu peraturan yang perlu dipatuhi oleh kucing sebelum kita memeliharanya.

Yang ini tak boleh, tapi gunalah yang itu

Suka diingatkan, setiap peraturan perlu diiringi dengan pilihan lain, terutamanya yang melibatkan perlakuan semulajadinya.

Misalnya, jika tidak mahu kucing mencakar kerusi dan perabot maka sediakan tiang atau pad cakar yang mencukupi. Jika tidak mahu dia mengganggu kerja anda maka sediakan waktu bermain yang mencukupi.

Jika tidak mahu kucing melompat ke atas perabot kesayangan maka sediakan pokok memanjat untuknya, dan sebagainya.

Jangan jadikan rumah sebagai penjara

Pun begitu, peraturan rumah yang terlalu keras amatlah tidak menyeronokkan dan membuatkan suasana rumah menjadi suram.

Memelihara kucing sepatutnya membuatkan kita dan kucing berasa gembira dan bukannya di bawah tekanan itu tidak boleh dan ini juga tidak boleh.

Secara peribadi, kawasan larangan saya hanyalah tandas dan bengkel belakang rumah kerana di situ saya menyimpan baja, racun anai-anai dan jentera tangan yang berbahaya untuk kucing.

Selain dari kawasan itu mereka bebas mundar-mandir dan bermain sesuka hati.

Seandainya anda tidak dapat menerima keadaan ini anda perlu mempertimbangkan semula keputusan sebelum anda memelihara kucing dan memilih peliharaan lain, misalnya ikan dan sebagainya yang tidak terlalu liar.

Jika anda tidak berkongsi rencana ini
seekor kucing tidak akan dapat tidur nyenyak :(

© AlamKucing.com
Sila hormati dasar Hakcipta dan Penerbitan Semula kandungan laman ini.

Lazada Pets

15 ulasan:

  1. betul, kala u dilatih, kucing akan memahami kerana kucing adalah sangan bijak..

    BalasPadam
  2. hahaha!kucing bukan mcm anjing, sokong kata felicatus, kena sabar. dan kalau kita jaga dia ngn baik, dia akan ikut ckp kata. nak share pengalaman.

    jasmine (crossed maine coon)= leh main 'fetch' mcm anjing, n semua org kagum dgn dia, sangat berdisplin, lemah lembut, akan 'menderam' bila dgr org yg x dikenali naik tangga,dengar kata, pembersih, pendek kata mmg kelas 'A' ler.

    Leyla 'European' - karekter yg misteri, dengar kata, elegan dan faham bila kita sedih, suka atau marah.

    Addy (parsi)- ni baby lagi, masih 4 bulan setengah, so mcm x guna otak sgt, manaja ngn kucing2 yg lain, mmg macam budak kecik yg nakal..so kena bnyk latihan lagi...

    tapi yg paling kagum, ke semua kucing2 ni faham apa yg kita ckp. n jasmine tau kalau disuruh ambil bola. tidur ikut time. tak pernah kencing n berak bersepah. dan paling seronok, mereka akan tunggu depan pintu tuk sambut tuan dia waktu balik.

    kena sabar dan sepatutnya sapa yg nak bela kucing tu kena fikir masak2. jgn sesuka hati jer, kecik2 suka, dah besar di dera..setiap benda bernyawa mendoakan manusia.

    BalasPadam
  3. Hi There Feliscatus,
    Saya ada sepasang kucing, yang jantan Tiger( DLH-Somali,1 tahun 4 bulan) dan Tyra (DSH-Bengal,8 bulan. Masalahnya Tiger tidak mahu mengawan dengan Tyra. Is there any solution?tq

    BalasPadam
  4. bryce, kucing betina awk dalam heat cycle ke?kucing betina hanya benarkan kucing jantan mendekatinya ketika heat.

    dan kebiasaannya pilihan pasangan itu di tangan kucing betina itu sendiri.kurungan dalam sangakr juga satu cara, tapi bergantung pada keadaan.

    BalasPadam
  5. salam kenal..nice blog..sy juga ade blog pasal kucing ni..

    nk tny, are u a vet? kalau betul, batch tahun bila tu?sy grad 2004 :)

    to anjut: dulu sy ade british short hair (chubby) yang boleh main fetch mcm anjing, in fact sy tak pernah ajar pun!bila sy balik kerja je,chubby akan menunggu kat pintu dgn simpulan tali guni yang jadi mainan fetch dia...

    yg sedihnya, chubby dah hilang 3-4 tahun lepas..

    sy setuju sgt2 dgn anjut, setengah2 org suke kucing, tapi tak menjaga kebajikan kucing...kalau dah tau susah nak bela atau tak ade masa, better jgn bela terus...

    BalasPadam
  6. Hello Feliscatus,
    Thanks4the reply.Yup,rasanya Tyra dalam heat cycle.Masalahnya Tiger yang xnak.Yang Terbaru ialah bila Tiger nak Tyra pula yang xnak.Saya dah cuba kurung kedua-duanya tapi mereka buat bising dan x main pun(mereka ni dah diajar xdikurung sejak dari kecik).Ada cara lain x seperti feromon untuk kucing jantan tertarik pada betina?Atau perlu ke saya pasang video kucing mengawan kat mereka supaya kedua-duanya teransang?Its sounds like stupid but it work for panda in Thailand.

    BalasPadam
  7. feliscatus and catlina (dua2 nama ada unsur kucing?haha!), mmg dua blog ni je la yg jadi panduan saya.

    peminat kucing kt luar tu, jaga benda bernyawa ni ada 'bahagian' dia di sisi Tuhan, n mereka pun doakan kita.

    mengenai mengawan, betul kata feliscatus, 1st tym mmg berdebar2, n kdg2 dia tak tau nak wat. tp lama2 dia reti la. n kena tunggu heating dia gak.mcm kt sini ada sejenis pheromone tuk kucing2 ni, tp rasanya kalau it comes naturally lg bagus kan?(lagipun harga dia mahal, x sure nama dia apa, tp utk 35 ml dlm 50euros mcm tu la..). bertambah anak kucing, bertambah la chores kt umah tu..huhu!

    BalasPadam
  8. Helo Feliscatus & Anjut,
    Thnx a lot for the new info. Memang kedua-duanya first timer jadi mereka xpandai lagi.heheheh...
    Sekarang saya risaukan tyra sebab dia xde selera makan sebab heat cycle tu.Stress kot sebab tiger xlayan dia.Jadi,saya bagi supplement kat dia untuk pastikan tyra cukup zat-zat penting untuk pembesaran(tyra Baru 8 bulan).
    Hahahah,Saya ni bukan pandai sangat nak ajar kucing tengok video xxx bagi kucing.Pandai ke mereka tengok?Nanti mereka x hilang ilmu ke 40 hari sebab tengok cd xxx?hahahahahah
    Pasal feromon,Rasanye mahal sangatlah.better tunggu jelah mereka belajar sendiri.Anyway,thanks alot for your help.I like this blog a lot!

    BalasPadam
  9. felis help me..hehehe..

    sy kn ade sekor kucing betina umur dlm 4 bln..mmg sy bercdg nk amek sekor lg utk dia bkwan sbb sy sian tgk dia tggl sekor2 kt umah time sy g keje.

    kebetulan weekend lepas sy singgah umah kakak sy.dia ade sepasang kucing umur 11 bln (parsian jgk). kucing sy punya la garang bila nmpk kucing kakak sy tu, asik menyeringai dan menderam jer. smpaikn xmau mkn dr pg smpai mlm(merajuk kot).

    sy jd risau ttg niat sy yg nk amek kucing lg sekor utk bkwan dgn dia tu. dia akan ok atau sebaliknya..? kang sy amek dia x ngam pulak..

    BalasPadam
  10. hai!saya baru saja mendirikan rumahtangga dan ade membela 2 ekor kucing.saya dan suami ade plan utk mendapatkan anak.baru2 ni kakak saya ade membaca satu artikel kesihatan berkenaan bahaya membela kucing semasa mengandung kerana dikhuatiri terkena jangkitan atau bakteria2 dari kucing akan menyebabkan kecacatan anak dlm perut.adakah itu benar?saya amat bimbang tentang ini dan dlam pada masa yang sama saya amat sayangkan kucing saya.blh kah sesiapa memberi komen?saya ingin mengetahuinya..

    BalasPadam
  11. org ckp kalau kucing nakal sgt kene jentik telinga,awak rase mcm mane???
    anak kucing saya yg baru pun sgtlah nakal...
    pecahkan pasu,curi daging burger,and kadang2 selalu cari gaduh dgn kucing lame saya...
    owh,owh nak tanye juga kucing rasanya ada perasaan jealous x???

    BalasPadam
  12. @qasiyh,
    cara plg best bg sy ialah guna penyembur air atau hon tapi jgn bg dia nampak. kita nk spaya kucing associate sesuatu perkara dgn sesuatu yg tidak disukainya (tapi bukan dari kita).

    cth: kucing curi daging burger dgn cara melompat atas meja.

    kaedah: stiap kali kucing meompat atas meja kita semburkan air (jgn bg dia nmpak kita pgang spray air tu).

    penjelasan: kucing akan fikir "oh setiap kali aku lmpat atas meja ni air akan disembur (dan aku tak suka air), lebih baik jauhkan diri dari meja ni".

    tapi kalau dia nmpak kita yg sembur...dia akan fikir "oh tuan aku suka sembur aku dgn air, lebih baik aku jauhkan diri dari dia".

    yg kita mahukan adalah senario pertama, iaitu kucing associate meja makan dgn air..dan bukannya diri kita dgn air. ini adalah kaedah mendisiplinkan kucing, iaitu kita 'masuk' dan 'berfikir' seperti kucing...kerana itu blog ini dinamakan Alam Kucing :p

    so, elakkan dari menjentik..sebab terang2 dia boleh nampak kita yg melakukannya.

    kucing jeles..ya, kucing juga rasa cemburu, disebabkan persaingan. kdg kala boleh menimbulkan stress pd kucing yg akan diterjemahkan kepada perlakuan2 yg tidak diingini..sperti berak merata-rata.

    BalasPadam
  13. hai..best cerita pasal kucing ni.Saya ada seekor kucing betina, 2 ekor kak saya punya, kucing jantan.Maknanya ada 3 lah.Best ada kucing sebab ada hewan yang boleh dimanja2.Tapi yang tak bestnya,kucing kak saya asyik nak bergaduh ja,maybe berebut kucing betina saya.Sampai berdarah2 badan sebab bergaduh.Normal kah itu?

    BalasPadam
  14. saya baru beli sekor kucing kampung yang saya namakan GEBU....umur dia baru nak masuk 1 tahun...dia seekor yang manja...buat masa sekarang dia x pandai lagi nak buang najis ditempat yang di sediakan...saya dah pon membeli BOX untuk DIA buangkan najis....tp x sekali pun dia buang dalam box tu...tp apa yang dia suka di penjuru-penjuru bilik tidor saya ja....kdang-kadang smpai 2 tiga kali sehari....penat....tlong bagi sugesst cikit tentang mendidik kucing uantuk membuang najis dalam BOX 2????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Umur 1 tahun sepatutnya sudah pandai uruskan diri. Jika betul bukan masalah kesihatan, mungkin kerana tekanan. Luangkan masa bersamanya. Dia buang dalam bilik supaya bau awak bercampur dengan bau dia.

      Padam