Apa Yang Anda Perlu Periksa Pada Anak Kucing Yang Baru Lahir

7 ulasan
Anak kucing baru lahir

Malangnya, walaupun anak kucing dilahirkan dengan selamat namun kadangkala masalah juga berlaku kepada anak kucing itu sendiri.

Jika anak kucing tidak menangis dan bergerak selepas tali pusatnya dibuang, angkatkan anak itu cuba periksa samada dia masih hidup atau tidak.

Anda boleh menggoyangkannya dengan perlahan-lahan untuk meredakan sebarang mukus dalam mulut dan lehernya. Sentuh dadanya untuk mengesan degupan jantung.

Periksa juga rahang dan otot kaki dengan membuka mulut dan menggerakkan kakinya. Jika kelihatan layu dan lembik, kemungkinan besar anak kucing itu sudah mati.

Dalam beberapa jam selepas anak kucing dilahirkan, anda perlu memeriksa sebarang kecacatan yang ada atau boleh juga bawanya ke klinik untuk diperiksa.

Perkara yang perlu dilihat adalah:

  • Buka mulutnya dan lihat jika terdapat lubang pada lelangit. Kecacatan ini dipanggil lelangit rekah atau cleft palate.
  • Periksa kakinya empat dan ekornya satu.
  • Periksa pusatnya dan pastikan tiada lubang pada dinding perutnya.
  • Periksa di bawah ekornya dan lihat dubur dan kemaluannya ada.

Anak kucing yang tidak sihat ketika dilahirkan kebiasaannya tidak akan hidup lama. Ibu kucing mungkin akan meninggalkannya atau memakan anaknya yang tidak sihat.

Jika anda tidak berkongsi rencana ini
seekor kucing tidak akan dapat tidur nyenyak :(

© AlamKucing.com
Sila hormati dasar Hakcipta dan Penerbitan Semula kandungan laman ini.

Lazada Pets

7 ulasan:

  1. hi M!
    OMG! OMG! sukenye n happy nyer sy dpt tau psl blog awk nih=)
    best! best!
    he..anyway,sy dpt tau psl ur blog ni bile u tinggalkan komen kt my blog entry, something that has to do with using minyak gamat on cats. Tp br hari ni sy notice komen tu sbb sy dh lame tak update my blog..huhu.

    but now, i'm in the process of updating my blog=) so, i'll link ur blog to mine n hopefully we can tukar2 info about cats;)

    BalasPadam
  2. salam,

    blog ini banyak bagi info yg berguna kepada saya.

    terima kasih diucapkan.

    semalam kucing saya telah melahirkan anak sebanyak 5 ekor malangnya 2 ekor mati.

    mungkin kucing saya masih terlalu muda untuk beranak.

    dan anak yg terakhir amat memilukan saya kerana dia sgt2 lemah.saya cuba untuk dia menyusu tapi tak berjaya.tapi sy ttp mencuba sekerap yg mungkin.

    pada pagi ini sy lihat dia sudah boleh menuyusu dan nmpak sedikit sihat.namunn saya xpasti sama ada dia dpt bertahan atau tidak huhu

    BalasPadam
  3. Salam..

    Harini after 4th week.. bru perasan y kaki kitten mcm pendek sebelah di bahagian belakang.. i was scared.. ibu cat 1st time beranak and one already die, 2nd kitten ni pula.. ibu kitten keep nk hiding her baby at new place.. nmpk luka dekat bahagian leher kitten.. nmpk sakit sgt.. dah letak minyak gamat tp ibu cat jilat jilat pula ๐Ÿ˜‘๐Ÿ˜‘ ptg td pula dapat detect kaki kitten xsama pula... ka kitten y baru lahir masih xdpt berjln normal mcm cat? Sorry byk tnya.. sy 1st time jaga cat ๐Ÿ˜ฏ๐Ÿ˜ฏ๐Ÿ˜ฏn i do not know so much.. thanks 4 sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakinya bengkok ke, kalau ya mungkin masalah urat. Kalau sikit² boleh diurut, tapi kalau teruk mungkin perlu topang atau pendakap. Kalau tak biasa urut, kena bawa ke kliniklah.

      Tergeliat sikit² tu biasanya sementara. Umur 4 minggu memang diorang berjalan tak berapa betul lagi. Tapi kalau dia macam tak boleh tampung badannya, itu kena ke klinik.

      Luka tu tak boleh dibiarkan lama nanti bernanah dan jangkitan lain pula. Teruskanlah gamat tu tapi bersihkan kawasan luka tu dulu dengan antiseptik. Kalau tak kering², cuba cari ubat luka Betadine. Iodin pun boleh tapi cairkanlah sebab dia masih budak lagi.

      Padam
  4. Hi nak tanya anak kucing sy dah buka mata tp dy tak leh brjalan mcm kaki depan dy ok cuma kaki belakang, bila dy nk jlnkn kaki dy mcm merangkak sy nk tulis mcm mna pon x reti tp lbh kurang mcm tulh kaki dpn ok but kaki blkg dy je mcn tolak2 badan dy ke depan cara jln dy tak mcm kucing lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masih terlalu awal untuk dia berjalan betul. Peringkat ini kebanyakannya merangkak. Kalau dah sampai tumbuh gigi tapi masih belum boleh berjalan, masa tu perlu dibawa berjumpa doktor.

      Padam