Kucing Parsi

7 ulasan
Kucing Parsi sedang berbaring

Kucing Parsi, yang memiliki lapisan bulu panjang beralun dan muka penyek merupakan baka yang paling popular,mungkin juga yang paling mudah dikenali.

Walaupun tidak ramai orang yang boleh menamakan beberapa baka kucing, namun hampir kebanyakan mereka akan dapat mengenali dan mengingati kucing Parsi.

Dikatakan bahawa kucing Parsi pada hari ini telah dibawa keluar oleh pelayar Eropah pada kurun ke-17 bersama-sama permata, sutera dan rempah ratus dari pedalaman negara Parsi.

Kucing berbulu panjang yang lain datang dari Turki dan dikelaskan sebagai Angora. Dipandang sebagai barang mewah, mereka akhirnya menjadi status simbol elit bangsawan.

Kucing ini dipanggil Parsi kerana asal-usul negara mereka namun rujukan hieroglif terhadap baka ini ditemui seawal 1684 Sebelum Masihi menyebabkan ketidaktentuan terhadap kesahihan asal-usul mereka.

Kucing Parsi mempunyai susunan tulang yang padu, diseimbangi dengan sesuai dan mempunyai riak muka yang manis dan bulat. Walaupun penampilan yang besar, kucing Parsi bergerak dengan ketangkasan yang tak terduga.

Kucing ini juga mempunyai lapisan bulu yang panjang dan kelihatan tergantung pada badan yang tembam dan padat, disokong oleh kaki yang pendek dan tebal.

Kucing Parsi di tepi pintu

Matanya besar, bulat dan berjarak lebar dengan kepala yang bulat dan luas sementara telinga mereka kecil dan bulat. Ekor yang panjang selebar badan dan mengerbang melengkapkan gambaran fizikal kucing Parsi.

Lapisan bulu kucing Parsi yang cantik ini adalah panjang dan tebal. Bahagian kolar leher kelihatan besar, tebal dan merambu di antara kaki hadapan.

Penjagaan rapi diperlukan di mana bulu mereka perlu disikat setiap hari dengan sikat besi untuk mengelakkan daripada kekusutan dan bebola rambut.

Mandian juga diperlukan untuk memelihara kebersihan, kecantikan dan kesihatan bulu kucing. Komitmen dan masa diperlukan untuk menyikat bulu dan kebanyakan pemilik kucing Parsi berasa seronok dengan sesi menyikat kerana dapat meluangkan masa yang berkualiti dengan kucing mereka.

Kucing Parsi dapat menyesuaikan diri dengan baik terhadap persekitaran dalam rumah dan secara umumnya mereka agak pendiam, tenang dan selamba.

Perwatakan yang manis dan lembut dapat diserasikan dengan baik untuk kebanyakan rumah. Suara mereka yang perlahan dan bermelodi begitu menyenangkan.

Mereka berkomunikasi dengan baik dan meluahkannya melalui mata dan ini menjadikan mereka peliharaan yang sangat sesuai untuk semua golongan umur.

Mereka juga sangat mengasihi dan menyayangi pemilik dan sentiasa memberi maklumbalas terhadapnya. Walaupun mereka selalunya tenang, kucing Parsi ini suka bermain-main dengan cara mereka sendiri.

Parsi yang lembut ini sentiasa menjadi sumber ketenangan dan kesukaan manusia menjadikan mereka teman yang baik, rapat dan intim.

Jika anda tidak berkongsi rencana ini
seekor kucing tidak akan dapat tidur nyenyak :(

© AlamKucing.com
Sila hormati dasar Hakcipta dan Penerbitan Semula kandungan laman ini.

7 ulasan:

  1. Saya ingin tahu bagaimana menjaga kucing parsi seperti memberi suntikan . Berapakali dalam sebulan kita berikan suntikan kepada kucing parsi? suntikan apa namanya?

    BalasPadam
  2. salam, sori lambat reply..penjagaan kucing parsi sama mcm kucing biasa, cuma nk kena lebihkan menyikat, mandi lbh kurang 2 minggu seklai,

    berkenaan suntikan tu dipanggil vaksin, boleh lihat di sini (bhg komen)

    BalasPadam
  3. salam...

    saya baru nak berjinak-jinak memelihara kucing

    kucing pertama saya jenis maine coon dan sekarang dah mencapai 6 bulan

    semalam saya ada beli lagi seekor anak kucing parsi yang berumur 2 bulan lebih

    saya tak faham nak jaga kucing kecil ni dia asyik berbunyi dan takmau kena kurung boleh beri sikit tip tak nak jaga anak kucing parsi ni tak...dan makanan apa yang sesuai untuk kucing

    BalasPadam
  4. biasa berlaku bg anak kucing yg baru berpisah samada tekanan, sunyi atau masalah kesihatan. kucing mengambil masa lebh krg 2 minggu untuk membiasakan diri di tempat baru.

    awk perlu 'ambil alih' tugas ibunya, membelai, bercakap, bermain dsb utk menenangkannya.

    tak perlu risau melainkan dia bising sepanjang hari. itu mungkin tanda masalah kesihatan, dan biasanya diiringi dgn perubahan perilaku lain.

    tips nak jaga anak kucign, telah byk disentuh pada kiriman sblm ini. boleh tgk pada kategori perilaku. begitu juga dgn makanan. kucing parsi sama mcm kucing lain dr segi penjagaan cuma bulunya sahaja yg perluu diberi perhatian lebih skt.

    BalasPadam
  5. salam

    saya ada masalah bulu,
    kucing saya tak pandai nk membersihkn diri selepas buang air besar,,najisnya akan melekat pada ekor dan dibawah ekornya,,apa yg perlu saya buat?
    terima kasih

    BalasPadam
  6. Saya baru pelihara kucing parsi tp tiba2 selepas seminggu bulunya tecabut apa harus saya buat

    BalasPadam
  7. chenta izmi

    masalah tahi melekat kat bulu tu memng biasa berlaku pada kucing parsi.Sebagai tuannya,, kita kena rajin tolong buangkan, atau nak senang, trim bulu kat montot tu..hihi

    hida
    www.kucingparsi.com

    BalasPadam